Dating di IG Aiskrim

IG Aiskrim Gulapong
Hari Sabtu dah jadi hari dating Ayah Ibu dah sebab #theIMANs pergi Kumon. Itu pun kalau Ibu tak kerja. Macam tu lah bila dah lama kahwin ni kita memang perlu cari dan adakan masa yang berkualiti untuk pasangan. Me time gitu.. tanpa anak-anak. Masa ni lah kita flashback balik time kita dating masa muda remaja dulu. Sembang-sembang, makan-makan, gurau-gurau. Haha! Walaupun tak lama ok lah, at least feel dating tu ada. Kalau pillow talk lain sebab selalunya pillow talk cerita serius-serius saja. Tapi, lain pasangan lain pendekatannya kan?
 

IG Aiskrim Gulapong
Semalam cuaca di Kuching agak sendu. Dari bangun pagi dah lembap basah kerana hujan. Plan semalam nak pergi gotong-royong mengemas kelas Awan tapi tangguh pulak. So free & easy je semalam tapau breakfast dan makan kat rumah selepas hero bertiga balik mengaji. Lepas hantar mereka ke Kumon boleh pulak Encik Suami kata nak makan aiskrim. Hmm.. hari sejuk nak makan aiskrim?? Layan je lah. Ikut je dia bawak ke kedai IG Aiskrim di Metrocity. Saya tak berapa suka aiskrim gulapong ni sebab extra manis so dia order 1 je dengan topping cornflake & nestum.

Layan. Saya kacau sikit-sikit je sebab dipaksa rasa. Setel makan aiskrim ambil semula #theIMANs di Kumon dan perlu 'melangsaikan' 1 hutang lagi pada mereka. Hutang apa ya?? Hmm.. tunggu!

 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Salam Aidil Fitri Maaf Zahir Batin. Bagus tu pendekatan berdating mengimbau zaman muda sambil makan aiskrim. Hutang apa tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya baby.. hutang terjawab dlm next pose nnt.. hehe

      Delete
  2. Salah satu cara untuk bahagia.. ibubapa bahagia, keluarga bahagia, anak2 pun ceria.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak SK? belajar dr orang tua² kita dulu

      Delete
  3. terus teringat ais krim gula apong mok ti's😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiap kali ke Kumon mmg lalu kedai mokti tu tp x try pun lg

      Delete
  4. uncle masih batuk! Pantang eskrim!

    ReplyDelete
  5. Setuju Mira. Macam kami ini sepasang merpati senja, sesekali mencari waktu dating-datingan gitu walaupun sekadar minum teh masala di kedai Pakistan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah kak.. kalau bukan kita, siapa lagi nak bahagiakan diri sendiri

      Delete
  6. Sy pun kadang tu mai teringin nak makan aiskrim , tak kisah hari senduk ke panas lit² ke layan je tekak .. aiskrim mat Kool pun jadilah hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mat Kool sedappp... ms peknen awan dulu tiap kali lepas lunch gerenti akn mkn esrem mat kool

      Delete
  7. musim panas nih memang sedap layan sekerim

    ReplyDelete
  8. Dating manis2 gitew hehehe... macam husband akak suka makan aiskrim tak kira lah aiskrim apa tapi akak tak berapa gemar.. cuit2 gitu je.

    ReplyDelete
  9. Kalau aiskrim gula apong mokti tak manis.. kikiki..
    Suka dating macam nie..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah...inilah masa yang bagus untuk mengeratkan silaturrahum suami isteri.....moga selalu dapat dating dengan suami

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form