Peristiwa Kontroversi Alan

Al-kisah hari ni, tak sempat blogwalking ke sana-sini. Lain macam pulak busy hari ni walaupun hari ni takde kelas. Kisahnya bermula sebelum pukul 7 pagi lagi. Selalunya saya sampai di ofis 6.30 pagi (plus minus) selepas hantar Abang. Tapi hari ni selepas hantar Abang, saya singgah di Shell dulu untuk isi minyak kereta so lambat sikit sampai ofis hari ni.

Sesampainya di parking ofis macam biasa saya check in dulu. Pagi ni pula saya terus naik ke ofis, okaylah sikit pagi ni, mata tak begitu mengantuk. Dalam minggu ni, saya selalu tidur sekejap dalam kereta, dah pukul 7 pagi baru naik ofis. Saya syak hutang tidur masa raya masih tak terbayar lagi. Makin teruk pulak kemengantukkan saya selepas cuti raya ni.

Baru je masuk lobi ofis, baru bukak botol biskut raya nak share dengan ofismate yang kebetulan ada di lobi, tetiba handphone saya berdering. Ingatkan Encik Suami yang call, tapi sangkaan saya meleset. Rupanya guru kelas Alan yang call! Kenapalah agaknya Alan ni, monolog saya dalam hati.

"Puan, saya guru kelas Idlan. Boleh tak puan ambik Idlan sekarang di sekolah, dia terberak dalam seluar!"

Astaga, anakku! Sakit perut agaknya. Atau pagi tadi tak membuang la tu.

"Oh. Baik cikgu, nak ambik di mana ya? Bla bla da da" 

Dan saya pergi isi form keluar pejabat dan terus pecut ke sekolah Alan.

Sesampainya di sekolah saya terus ke pejabat am, alahai kesian pulak tengok Alan sorang-sorang menunggu. Masa tu sekolah tengah ada perhimpunan semuanya ada di dataran.

"Cikgu suruh isi buku tu dulu sebelum balik", kata Alan. Saya pun isi buku rekod mengambil anak semasa waktu persekolahan. Selepas mengucapkan terima kasih kepada staf di pejabat am, kami pun balik dengan membawa seplastik seluar yang menjadi kontroversi hari ni. Haha!

On the way ke parking kereta, tetiba terdengar bunyi tapak kasut berlari ke arah kami. Bila saya toleh, Awan rupanya sedang mengejar kami! Drama sungguh! Awan dan air matanya, terus bertanya, "Ibu, Ibu, Ibu nak pergi sine?". (Dibaca - ibu nak pergi mana). Air mata makin laju  berjuraian. 

"Awan ok sik? Demam kah?"

"Ibu embak Alan pergi sine?" - Awan.

"Alan terberak dalam seluar, Ibu embak nya balit"

"Oh". Terus dia hulurkan tangan bersalam. Aik, terus salam. Dan dia pun berlari semula ke dataran.

Ya Allah anakku yang sorang ni, drama samarinda sungguh. Boleh dia keluar dari barisan kelas di dataran untuk mengejar kami. Yang hairannya nampak pula dia kelibat saya naik ke pejabat am dan berjalan balik dengan Alan. Awan, Awan. 

Bila dah di dalam kereta baru Ibu interviu Alan macam-macam. Nasib jugak dia tak menangis, orang lain pulak yang menangis (Awan). Hahaha!

Bila dikenangkan balik, lucu pun ada. Dengan Alan terberak dalam seluar, Awan menangis mengejar kami. Hahaha! 

Sampai saja di rumah, terus basuh bahan bukti kontroversi, mandikan Alan, basuh terus baju sekolah Alan yang kontroversi tu, jemur dan baru gerak semula ke ofis jam 9 pagi. Malas nak hantar Alan rumah mak, terus angkut saja ke ofis. 

Fuh! Awal-awal pagi dah penat. Sampai ofis baru sempat bukak bekal, kat rumah tak sempat pun nak makan. Lapar! Dan hari ni setelkan kerja hakiki sampai petang dan tak ada masa langsung nak bersosial di alam blog. Hihi.

 

18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Lain orang berak, lain orang nangis. Tedah. Ari panas tok bingung dengan nembiak, macam² ajak sidak. Anak kamek baruk Jak bait dari baruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tok kisah awal pagi lom stat gik kelas 😂😂 mun kafa lain gik cerita.. tedah nemiak kinek tok

      Delete
  2. Adoi... Sabor je la, ye, kakmim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. nasib x brp bz hari tu kalau x lg lah stress rasanya

      Delete
  3. adoi la...drama di pagi hari yer.. yg lain berak, yg lain nangis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah MA.. selagi masih di sekolah rendah mmg mcm2 je nk dihadap 😅

      Delete
  4. acik pula yg tergelak sorry awan...macam2 ragam keletah anak kan kakmim,sy anak sorang pun macam2 hal waktu pagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. nk tergelak tgk dia lari nangis2 😂😂 adik dia cool je walau terberak pakai seluar besar pinjam dr sekolah

      Delete
  5. Replies
    1. Itu lah.. dlm seorg anak mst ada sorg terjadi kot

      Delete
  6. Ada2 aja kadang kejadian ya kak 🤣. Tapi syukur Idlan tak menangis. Sebenernya ini wajar buat anak2 kecil, Krn anak saya pun yg bungsu pernah melakukan hal sama 🤣.

    Tadinya saya lebih kuatir teman2nya akan mengejek dia karena pup di celana. Tapi Alhamdulillah tidak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah blom sempat stat kelas so ramai yg xtau rasanya.. mmg itu yg menjadi kerisauan kena ejek kwn2

      Delete
  7. Aie, tedahnya terberak dalam seluar. Harap sik diejek oleh kawan2 di sekolah. Sik palah, pengalaman 'manis' bila dikenang bila dah besar kelak hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib bait juak koh blom stat kelas.. nang br sampei sekolah alu x sempat ke toilet.. alu x msk kelaslah nya ari ya alu diambik kmk balit.. mun x bingong juak tek kena ejek kwn2

      Delete
  8. Memang drama samarinda sungguh ni. Tak tahu mana satu dah watak utamanya sebab ketiga-tiganya menggerakkan plot bersama, konfliknya, suspennya. Aduhai!

    ReplyDelete
  9. Dapat panggilan dari sekolah pasti sangat mendebarkan kan!

    ReplyDelete
  10. Aduh.. orang lain pula yang menangis ye.. Sabar jelah..

    ReplyDelete
  11. Alahai Alan....sakit perut la tu pagi2...Awan tu sweet betul la

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form