Resepi Kentang Loyang Untuk Makan-Makan Sembang Raya


Selagi bulan Syawal tak habis, selagi itulah update masih berkisar tentang raya. Kita simpan sini semua kenangan raya tahun 2023 ye dok. Manalah tahu kot-kot tahun ni tahun terakhir dapat meraikan Syawal bersama yang tersayang. Adalah jugak kenangan dan memori untuk dibaca anak cucu sahabat-handai nanti-nanti.

Semalam kita main masak-masak lagi. Idok ler buat open house tapi kita jemput kawan-kawan yang belum beraya ke rumah kita lagi. Kawan-kawan lama yang dah lama tak berkumpul sama. Kawan-kawan lama yang dulunya satu bumbung pejabat tapi sekarang semua dah lain-lain bumbungnya. Menu semalam menu biasa je nasi arab, kari ayam, papadom. Menu paling senang gamaknya. Kalau kari ah small matters, memang pejam mata je buatnya, so kita kena playsafe, dah la masak sorang-sorang. Encik Suami request rendang daging tapi ada member yang tak makan daging, kesian pulak kawan nanti. Menu special semalam kentang loyang, resepi keluarga dan resepi kampung kami. Macam tak ramai pulak yang tau menu ni sebab tu kami claim reseli kampung kami. Saya pun tak tau nama sebenarnya tapi dari kecik lagi mak cakap kentang loyang. Ada jugak orang kampung panggil kentang goyang, what everlah namanya tapi bahan utamanya tetaplah ubi kentang.

Kentang Loyang
Member yang asalnya orang Kedah sebaik saja sampai di rumah, duduk di meja makan. "Dah lama aku nak kau buat kentang ni. Rezeki dapat jugak merasa hari ni." Alhamdulillah, terharu pulak ada orang teringin rupanya. Happy bila dapat jamu kawan-kawan makan. Satu lagi menu untuk melarikan rasa hari raya, saya mintak adik buatkan salmon mentai rice dan sotong mentai rice. Taste Jepun pulak, tapi lupak pulak ambik gambar mentainya.


Salmon Mentai Rice
Salmon mentai rice - gambar lama dari galeri handphone


Peserta terawal, seawal 3.30 petang

Peserta terakhir balik, selepas maghrib baru balik. Ada yang tumpang maghrib dulu baru balik.


Seadanya. Ni je yang berkumpul semalam termasuklah mak dan anak-anak, tak semua member-member ada. Kaum suami duduk di ruang tamu, layan netflix. Kaum ibu makan, sembang dari sebelum asar sampailah ke maghrib. Dah la hari hujan semalam. Syukur jugaklah bila hujan turun membasahi bumi Darul Hana, takdelah bahang sangat dalam rumah. Nak bukak pintu pun dah terasa bahang panas dari luar.


Mesti ada kisah nak balik baru nak bergambar, ada yang dah balik, ada yang belum sampai. Macam-macam. Nasiblah dapat suami jenis melayan.

Resepi kentang loyang
Breakfast pagi ni dengan sumber karbohidrat, ubi kentang. Saya tempek resepi di sini ya mana tau ada yang nak try, bolehla mempelbagaikan menu untuk bekalan anak-anak ke sekolah. Ni antara bekal yang saya paling suka masa sekolah dulu sebab kenyang! Mana tak kenyang, kentang kan?

Kentang Loyang

Bahan-bahan

10 biji ubi kentang (direbus dan dipotong dadu sederhana besar)
1/2 bungkus suun (lagi banyak lagi sedap) - direndam dengan air panas
2 biji telur (lagi banyak lagi sedap)
Minyak sapi (untuk menumis)
*3 biji bawang merah 
*1 ulas bawang putih (tak letak pun tak apa)
*2 sudu besar udang kering
Perasa garam/ajinomoto secukup rasa
Daun sup

Cara-cara membuatnya:

1. Bahan-bahan * ditumbuk dengan lesung (lebih sedap), kalau malas macam saya boleh guna chopper, saya jarang guna yang diblend dengan blender sebab rasa tak best, terlalu halus
2. Panaskan minyak sapi (anggaran 3 sudu besar) boleh disesuaikan dengan kuantiti kentang
3. Tumiskan bahan-bahan di  no.1 sehingga naik bau wangi
4. Pecahkan telur dan biarkan separa masak barulah dihancurkan
5. Masukkan suun yang telah direndam dan gaul sebati dengan telur hancur tadi
6. Perasakan dengan garam dan ajinomoto. Kalau tak suka guna aji, boleh guna tumix atau cukup rasa. Ada jugak yang letak gula tapi saya tak suka rasa manis
7. Masukkan kentang-kentang yang telah siap direbus dan dipotong segi empat. Saiznya anggaran bite size. Jangan terlalu besar pulak, dan jangan ikut saiz dadu betul-betul, nanti terlalu kecil
8. Gaul sebati kentang, suun dan telur dan masukkan daun sup yang telah dipotong.
9. Siap untuk dihidang!

Makan panas-panas memang sedap. Selamat mencuba!!



 

26 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Pertama kali jumpa menu kentang loyang ni. Baca mula2 ingatkan kentang dilenyek dalam loyang. Bolehlah cuba lain kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada yang panggil kentang goyang... xtau kenapa dipanggil kentang loyang... tp kentang ni x dilenyek kak.. mmg seketul-seketul dlm bite size.. hehe

      Delete
  2. saya pun duk bayang kentang yg dilenyek masuk dalam loyang mcm shepherd pie...boleh cuba ni senang je bahan2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nehi nehi.. ia x dilenyek 😂😂 try lah sikit dulu

      Delete
  3. selamat hari raya. macam2 tu hidangan tu. nice sharing the recipe tu. mana tau kan nnt terajin. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya jugak.. manatau nk try sikit kalau ok boleh buat utk open house 🤭

      Delete
  4. Mesti sedap ni Kak Mim.. tumis dgn minyak sapi, ada udang kering. Thanks for sharing tau!.

    ReplyDelete
  5. Wah ..menarik kentang loyang tu..
    Tapi saya terliur Salmon mentai rice..
    Nanti share la resipinya kakmim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak.. yg tu bkn genre sy kak.. kena tanya adik 😅😅

      Delete
  6. Tak pernah dengar, baca apatah lagi makan Kentang Loyang ni. Nanti nak cuba jugaklah, kalau tambah daging cincang ke, mesti lagi sedap ek, eh, pandai2 jer nak tambah daging, hehehe. Karang rasa bergedil pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh jugak la improvise 😂😂

      Delete
  7. kalau nak letak hirisan cili ok tak?

    ReplyDelete
  8. nampak mudah untuk masaknya kak... boleh dicuba nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Cuma kalau buat dlm kuantiti byk tu nak rebus n potong kentang tu yg agak bercinta sikit

      Delete
  9. Menarik resepi kentang loyang ni… nanti ada masa nak cubalah. Thanks, Kakmim 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try dlm kuantiti yg sedikit dlu farrah.. hehe

      Delete
  10. firts time tau & dgr .. mcm menariks. leh cuba nanti ni.tq for the recipe... suka menu yg unik mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt MA try k.. mungkin MA lg arif in case nk improvise resepi keluarga ni 😅

      Delete
  11. Sha baru nak tanya resepi kentang loyang tu.. tq kakmim.. nampak best sangat tamba Sha memang peminat kentang..

    ReplyDelete
  12. Terima kasih recipe nya kak Mim, mudah dimasak jadi ingin coba membuat untuk anak-anak di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utk dibawa bekalan ke sekolah pun mudah.. mlm dh ready semua kentangnya

      Delete
  13. Kak mim, kliatan sedaaaap resep ini. Apalagi saya penyuka kentang dan makanan gurih. Bahan2 dan caranya pun tak susah. Minyak sapi itu minyak Samin ya? Ini aja palingan yg hrs cari dulu. Saya jarang menggunakan minyak sapi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. peminat kentang emang harus coba resep ni.. minyak sapi tu kalau dalam tin ada brand ghee.. sama lah minyak samin kalau di indon.. guna yg dlm tin pun boleh tp yg dlm tin mahal lg harganya

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form