Hello Sarikei!

Hari Jumaat hari tu seharian duduk di rumah. Plan nak layan K-drama tapi end up saya membasuh baju, towel dan macam-macamlah sebab cuaca panas. Syok pulak, kering saya angkat dan lipat, jemur lagi yang baru siap dalam washing machine. Begitulah mak-mak semangat bila cuaca panas. Paling best kain-kain yang baru kering tu bila terus lipat baunya memang lain macam, crunchy pulak tu kain-kainnya. Memang satu kepuasan kat situ. Hahaha 😂

Tiba-tiba hari Sabtu, eh kami dah di Sarikei. Ayoyoyo!

Sarikei merupakan salah satu daripada 11 bahagjan yang berada di Sarawak. Kalau dulunya Sarikei ni dikira bahagian keenam. Perjalanan dari Kuching ke Sarikei mengambil masa 4 jam menggunakan jalan Pan Borneo. Banyak jugak kelebihan bila Pan Borneo ni siap, plan yang tak dirancang macam ni pun boleh jadi.

Semalam Sabtu, Awan Alan dan Abang pergi mengaji je. Kumon semuanya escape tak pergi sebab plan tiba-tiba ni. Sebelum bergerak ke Sarikei kami makan mee kolok dulu di favourite place kami di Sepinang Sari, layan dulu la mee kolok Haji Salleh.

Masa kami sampai tu queque tak panjang. So tak sampai 5 minit terus dapat meja. Luar pun luarlah janji boleh makan cepat, dan gerak ke Sarikei awal.

Budak ni memang boleh tahan. Dia memang suka sup kat sini. Ada juga orang tak suka mee kolok Haji Salleh ni sebab supnya rasa herba lebih. Tapi Alan suka! Mungkin sebab dari kecik lagi dah selalu bawak makan di sini kot. Confirm ada aksi hirup sup macam ni. Alan.. Alan.

Dalam pukul 12.10 tengah hari, selepas mengisi minyak di Shell, kami pun meneruskan perjalanan keluar dari bahagian Kuching. Cuaca panas tapi takdelah terik sangat. Nampak jugak ada awan-awan yang berat dan gelap yang menandakan hari akan hujan di mana-mana.

Area atas Bukit Bangunan, kalau dulu semasa belum ada Pan Borneo memang slow giler naik bukit ni yang curam dan tinggi. Sekarang no hal, view kiri kanan pun dah lain. Kalau dah sampai di Bukit Bangunan ertinya dah dekat nak menghampiri bahagian Sri Aman dah.

Simpang masuk ke bahagian Sri Aman di sebelah kiri. Nampak tak bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman yang putih biru tu? Kami terus je ke lane sebelah kanan yang akan menghala ke Betong dan seterusnya ke Sarikei. 

Dalam perjalanan Sri Aman - Betong - Sarikei, hujan pun turun. Nasib tak berapa lebat. Lebih kurang pukul 3.45 macam tu kami sampai di simpang Saratok. Ramai pulak manusia di food court. Mungkin sebab masih cuti gawai kot. Ada yang masih dengan baju raya gawai mereka. So kami tapau waffle je, nak lepak makan roti canai pun takde space dah untuk kami 6 beranak.

Simpang ni memang wajib berhenti jugaklah kot berhenti kalau dari Kuching sebab dekat sini ada tandas awam yang dijaga, ada tamu untuk beli buah-buah dan sayur-sayur hutan, ada food court Melayu yang variasi menu. Dan yang penting kat tepi jalan je.

Selesai 'membuang' dan top up jajan kami pun meneruskan perjalanan ke pekan Sarikei pada jam 4.00 petang.

Dan benarlah kata waze, 4.40 petang kami pun sampai di pekan Sarikei. Alhamdulillah.

Bersambung..



 

22 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Bestnya jalan2. kami cuti ni jalan2 lembah klang je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sarawak 5 hari cuti umum sbb tu lah ambik peluang ni

      Delete
  2. Cuti-cuti, jalan-jalan best juga, tukar angin. Cuaca nampak cantik. Mesti sedap mee kolok tu, sampai Alan hirup kuah macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. favourite dia mmg mcm tu... kuah kari pun dia buat mcm tu... hahaha

      Delete
  3. amboiiiiii betul betul menghirup sup tuuu... sedap sangatlah tu yaa😀

    ReplyDelete
  4. Best jalan2 hari cuti ni kak.. Ibu mendap duduk rumah tak jalan kemana pun.. Sedih!

    ReplyDelete
  5. wah x pernah jejak tmpt lain selain kuching je kat swak tu hahaha... klu ada rezeki dan peluang, myb bole try juga la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena driving br thrill kak ret... nk naik belon boleh jugak ada direct kl-miri atau kl-sibu atau kl-bintulu... hahaha

      Delete
  6. Bahagian tu mungkin daerah ye Kakmim kalau di Semenanjung ni?
    Seronoknya dapat jalan² gini... impromptu trip kdg² lagi best kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PH... daerah... x pernah jugak buat mcm ni sbb sblm ni jln x brp nk ok... skrg alhamdulillah lancar dah

      Delete
  7. Pasti seru jalan"bareng kluarga...jalan terlihat lengang dan lancar yaa...Saya follow balik kk😊

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Sempena cuti hujung mgu yg pnjg hari tu MA

      Delete
  9. Sarikei bandar yang best juak untuk dllawati...sik berapa jammed dan masih aman gik dengan hiruk pikuk kota raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok.. tenang jak.. ptg sabtu sunyik pasar ne gaya

      Delete
  10. teringin nak makan mee kolok kat sarawak, agaknya sama x mcm kat semenanjung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm x sama mama.. laksa swak pn x sama bila dh di sana org modified lain dh jadinya.. letak telur rebus pn ada 😅

      Delete
  11. Pan Borneo tu, highway ya? Nampak jalannya cantik dan masih baru. Taklah mabuk jalan jauh2, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. highway yg menghubungkan dr hujung sarawak di selatan ni sampailah ke utara swak.. kalau nk road trip ke sabah kena masuk brunei dlu

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form