Masak Lemak Cili Api Daging Salai + Terung Asam

Dah lama dah mengidam masak lemak cili api daging salai. Baru-baru ni biras saya bagitau ada orang jual daging salai ni, so saya terus je order. Lama dah tak jumpa orang jual daging salai ni. Nak beli dari Shopee malas pulak. Asyik tengok je kak SA masak lemak cili api, akhirnya dapat jugak merasa hari ni. 

Selalunya orang campur belimbing tunjuk dalam masak lemak daging salai kalau tak silap sayalah. Tapi kat area rumah saya jarang jugaklah jumpa belimbing tunjuk ni so saya campur terung asam jer. Terung asam ni rasanya masam-masam. Ada jugak orang panggil terung dayak. Terung ni mahal, sebijik kecik pun dah mencecah RM5. Tapi memang sedap, favourite saya ni.

Hari ni mood nak menumbuk guna lesung, so blender boleh rehat hari ni.

Pati santan segar tak ada, no hal. Kita guna je santan kotak. Saya memang suka jenama Kara ni.

Kaler tak berapa kuning sangat, macam dah banyak letak kunyit hidup tapi tak naik jugak kuningnya  πŸ˜‚ takpelah janji sedap mengancam.

Kalau saya makan masak lemak wajib ada sambal belacan. Saya buat sambal belacan siam untuk gu kan dengan masak lemak saya hari ni. Sambal belacan versi Sarawak tak macam ni, kalau kat Semenanjung memang wajib ada sambal belacan ni kalau makan kat kedai siam kan?

Kalau kuningnya lagi pekat baru feeling makan kat Melaya 🀭 selalu masak lemak kat sana memang kuningnya terang kan? Bab ni saya masih lagi failed, tak cukup kunyit πŸ˜‚ Takpe, nanti kita cuba dan jaya lagi. Saya suh Encik Suami hantar kat rumah mak sikit untuk diorang makan tengah hari. Fuh, berpeluh Encik Suami makan balik solat Jumaat. "Cabik apa pakei kitak tok Yang?" Hahaha. Masak lemak pedas, sambal belacan pun pedas, hari pulak panas. Memang terangkatlah πŸ€­πŸ˜‚

 

17 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Haha..baru la terangkat semua menu pedas, cuaca pulak panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala boleh la semua pedas 🀭

      Delete
  2. Sambal belacan tu yang membuat lagi syahdu apabila makan nasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Makan kari pn kena ada sambal belacan.. asal masak bersantan mmg sedap kalau gu dgn sambal belacan

      Delete
  3. uiiii sedapnyaaaa masak lemakkkkπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  4. Nang antap πŸ‘πŸ» Resipi olahan dikpun, pakei terung asam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak lemak cili api versi serawak πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ€­πŸ€­

      Delete
  5. mak aisshh tertelan airliur...sambal belacan sarawak macam mana kakmim?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X cair.. kalau versi cair utk ulam2 πŸ˜…

      Delete
  6. Jadi tu, kakmim. Nampak sedap! Belimbing tunjuk tu, belimbing buluh yang saiz kecik tu ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ya.. belimbing buluh.. sini panggil belimbing tunjuk πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  7. Mujur sy di Semenanjung Kakmim, kalau tak dah tumpang makan sepinggan dua dah haha...

    ReplyDelete
  8. waduhhhh waduhhhh daging salai + sambal belacannn menduga imanku hehehe

    ReplyDelete
  9. sedap tu daging salai masak lemak

    ReplyDelete
  10. Terliur....terung dayak tu sedap kan kalau masak lemak cili api..masak asam pedas pun nyaman tok🀭

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form