Lagom Coffee and Tea

Rasa macam dah lama kami tak dating, just kami berdua, Ayah dan Ibu. Dating kami maksudnya makan, minum berdua tanpa #theIMANs, dating macam ala-ala muda-muda dulu la. Sembang apa saja sambil makan-makan. Sesambil tu boleh recharge, top up atau upgrade apa-apa yang terkurang sebab kadang-kadang walau duduk sebumbung, tidur sekatil, makan semeja ada jugak yang kita termisscommunication. Dalam sebuah rumah tangga, komunikasi tu penting. Masa berdua suami isteri macam ni bagi saya memang perlu untuk suami isteri. Bahagia kita yang cipta sendiri kan? Bahagia tak datang macam tu saja. So kita kena usahalah.

Hujung minggu kami dipenuhi dengan aktiviti duniawi, Sabtunya masing-masing bawa haluan sendiri. Saya dan #theIMANs, Encik Suami ke ofis. Ahadnya kami sama-sama menghadiri kursus, masa ni pun boleh dikatakan me time jugak la. Balik dari kursus, kami decide untuk lepak di kedai, minum² dulu sebelum balik ke rumah.

Pilihan kami di Lagom Coffee and Tea di Metrocity. Memang setiap minggu pun lalu kedai ni sebab berhampiran dengan Kumon Centre.

Nice kedainya, cozy & soothing. 

Cubaan untuk berflatlay tapi masih failed. Props bunga tu mengacau kot. Mungkin sesetengah flatlay tak perlu props rasanya. Kalau ada yang pro bab flatlay ni, boleh komen jugak kot. Saya tau dah flatlay saya tak menjadi tapi saya malas nak ambil gambar berkali-kali. Dah lah customer tak ramai, rasa macam diperhatikan je. Perasaan saya je kot padahal orang tak kisah pun kita buat apa. 

Oh, ya! Encik Suami order Hot Americano, ada marshmallow juga, tapi mistake teknik flatlay, marshmallow pun tak nampak. Dan saya yang bukan pengopi, order Ice Mango Earl Grey Tea dan share 1 slice red velvet cake.

Sebenarnya tak banyak pilihan kek yang ada, mungkin dah habis atau memang tak banyak pilihan. Ada dark choc cheese oreo cake dan red velvet cake je. Adik yang ambik order rekomen red velvet cake, dia cakap sedap. Sejujurnya saya kureng sikit dengan RV tapi order je lah, dah orang rekomen sedap kan. And suprisingly RV ni saya boleh terima rasanya. Selalunya saya tak suka RV sebab ada rasa yang saya tak suka bila makan RV. Tapi RV ni oklah pulak rasanya, so boleh repeat RV kat sini.

Ice Mango Earl Grey Tea.. air untuk orang yang bukan pengopi

Deco cantik, modern concept. Set sofa emerald green ngam sangat dengan wall panel deco & wainscotting berwarna coklat gelap untuk dinding.

Selain tu ada heavy menu jugak, tapi kami datang memang nak minum dan makan kek je.

Kalau nak lepak dengan kawan-kawan memang sesuai kat sini. Nak lunch ke hi tea ke sesuai je sebab menunya ada untuk lunch, hi tea, dinner atau supper. Tapi harga memang standard boutique cafe, bukan warung kopi. Nak lepak hari-hari memang tak sesuai lah. Hehehe.

 

18 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Seronok kalau masuk cafe yang cozy camni...plus tak crowded. Makan minum pun rasa lagi sedap hehe...

    ReplyDelete
  2. kalau uncle cop sofa tu cepat2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. encik suami mmg nk dok situ tp sy xnak sebab kami 2 org je... kalau ramai ok jugak... hehhe

      Delete
  3. kalau saya hari biasa kadang nak bercakap pun tak sempat apatah lagi nak bersembang berdua,dating memang sangat2 perlu untuk kami haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ai... bz nya afzan... walid selalu balik lambat ke tu?

      Delete
  4. kena ada masa berdua..kopi2...suka red velvet cheese cake yg moist ...certain tmpt kdg2 kering

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? at least ada masa bercakap tanpa ada anak²

      Delete
  5. kadang- kdang memang perlu berdua tanpa anak- anak kan...masa ni boleh mengimbau kenangan bercinta ye tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya... kami pun suka jugak cerita tmpt kami selalu dating dgn anak² hehehe

      Delete
  6. Mun kmk duak Jun keluar dating, masih juak klakar hal anak2 di rumah hehe. Sesekali jak embak topik lain sikit macam siney mok pegi camping agik, tapi pas ya back to topik anak2 gik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar... mst ada bab ceta anak² juak... mcm mkn rv cake ya alu teringat iman sbb nya suka rv... hahaha

      Delete
  7. nampak cozy sgt.. sofa tu mcm best je. tp kalau saya x boleh duduk kat sofa tu.. nk bersandar je nanti 😅😅 sesekali dpt dating berdua dgn en. suami bagus juga kan. kalau surrounded by anak² mmg susah nak dpt moment borak² dgn suami, ada sahaja yg nak menarik & mencuri perhatian...

    ReplyDelete
  8. menyelerakanlah red velvet tu sy tengok. terus rs mcm nak cari je RV esok hahaha

    ReplyDelete
  9. Nampak selesa dan tenang duduk lama-lama sambil borak.

    ReplyDelete
  10. Sayapun sudah lama tak jalan berdua saja bareng suami,kadang kalau weekend sudah capai dan malas mau keluar ..tapi Minggu lalu sempat pergi berdua saja walau hanya makan siang😀

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form