Photo Diary #2

Photo diary ke-2 setelah cubaan berphoto diary yang pertama minggu lepas. Saya mohon maaf pada semua sebab minggu lepas mood blogging ke laut dalam sikit. Tak banyak sangat pun buat blogwalking, nak kata busy, takdelah sangat tapi begitulah, mood blogging ni boleh turun naik, panas suam, kecik besar.

Setelah 2 hari tak masuk ofis minggu lepas, masuk je ofis terus buat perancangan takwim untuk sesi baharu bulan 8 ni. Sesi akan datang ni akan berakhir pada Januari 2024 so terpaksalah print kalendar tahun 2024 dari Google sebab almanac 2024 belum ada lagi.

Awan sedang buat Ujian Saringan UKM1 Genius@Pintar Negara, UKM. Abang dah setel buat di sekolah sebab cikgu dah aturkan untuk semua kelas buat. Awan dan Alan lepas je cikgu suruh daftar, balik KAFA saya suruh terus buat. Alang-alang 3/4 dah buat Iman pun saya daftarkan dan buat jugak. Tapi semuanya tak layak dapat sijil. Hehehe. Janji cuba.


Breakfast di kala dah jemu makan masakan sendiri. Nak breakfast di luar malas nak keluar, maggi je lah yang terpaling sedap.


Suasana depan dewan sekolah Abang semasa tunggu Abang balik dari KAFA. Beginilah setiap Isnin, Selasa dan Khamis. 

Bila balik keja lepak rumah mak, beginilah, makan dan makan. Lama tak lepak lama di rumah mak weekdays sebab Isnin-Khamis rushing nak balik sebab nak kena prepare dinner dan tidur awal. Bila petang Jumaat, ok lah boleh lepak lama sikit sebab esoknya Sabtu, nak tidur lambat sikit pun tak apa. Lepak, sembang dan makanlah apa lagi bila dah berkumpul adik-beradik. Saya beli mee jawa, balik kerja makan ramai-ramai kat rumah mak, fuhh sedap, kenyang terus tak larat nak makan malam dah.

Sabtunya pergi mesyuarat PIBG di sekolah Awan & Alan. Ayah ada kerja pulak di ofis so saya pegi seorang je.

Balik dari mesyuarat PIBG, hantar #theIMANs ke Kumon centre dan lepas tu diorang request makan di Noms. Layan je tapi Alan kena call dulu Ayah sebab katanya kesian Ayah tak makan sama di Noms, kalau Ayah kata ok, baru kita pergi makan, kata Alan. Baiklah.

Ahadnya Ayah Ibu join kursus. Saja je kan nak upskilling. 

Benda dah lama tau tapi bila pegang handphone nak ambik gambar jarang nak apply. Biasalah bila nak cepat, main snap je. 


Lepas teori kita ada sesi hands on pulak. Bila malas, ambik je lah mana-mana subjek yang ada depan mata.

Sesi komen hasil kerja amali sempat lagi ber0.5


Malamnya gathering bersama geng-geng exco PIBG kami dulu. Lama dah tak duduk semeja bersembang isu semasa dan anak-anak. Selama pandemik, selama tu jugaklah tak jumpa duduk sembang semeja, nasib baiklah ada group Whatsapp.

Hujung minggu ni macam padat je jadual so tak ada marathon K-drama. Cuma saya sempat layan K-drama yang tak bersiri je, Unlocked dan Tunnel. Kena tunggu weekend yang panjang dan tak ada plan ke mana-mana baru sedap nak marathon tanpa gangguan. Harap-harap minggu ni bolehlah marathon K-drama yang baru. Er, korang layan cerita apa ye sekarang?

 



10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. all in one. pun boleh.
    happy monday & have a great week ahead!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. u too MA... minggu ni cuti... boleh layan korea.. hihihi

      Delete
  2. Best juak oo polah random photo diary kedak tok hehe. mun video nya tunggah vlog, photo jadi apa oo? Pholog?

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah juak... boleh pakei mcm #wordless wednesday juak tp harinya ahad/isnin

      Delete
  3. Setiap gambar ada ceritanya, cerita yang terpateri dalam memori.

    ReplyDelete
  4. waduhh Rule of Third pula terkenang juga wak mula2 amiek kelas foto dulu2 tuh., hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. basic concept ni kan wak? hehehe... wak mesti pro ni

      Delete
  5. Sekarang tnegah layan Black Knight..best gak

    ReplyDelete
  6. fuhhhh tak ada istilah rehat ya di hujung minggu. penuh aktiviti👍👍

    sedapnya mi jawa!

    sy layan dr cha pun tak abis lg. asik bertangguh je kek dah nya😂

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form