Etika Jika Anda Dibelanja Makan



1) Perlu faham dahulu, orang yang membayar adalah host. Jadi host ada hak untuk menentukan menu, menentukan tempat duduk.

2) Jika host berbesar hati minta anda pesan apa sahaja, itu bukan bermakna anda boleh pesan semua jenis makanan. Itu adalah adabnya (cara berbahasa) sebagai host.

3) Biar host pesan makanan dahulu. Jenis menu yang dipesan oleh host itu adalah panduan anda untuk memesan makanan anda.

4) Pilih jenis makanan, kuantiti dan harga makanan yang setara dengan pilihan menu oleh host. Ini penting supaya anda tak membebankan host.

5) Perlu ada rasa segan dan bukannya menjadi tamak dan rakus apabila host sudi membelanja.

6) Ucap terima kasih setelah selesai makan.

7) Jangan belikan (tapau) untuk suami/isteri, keluarga, anak, kawan atau sesiapa sahaja yang tak ada di situ. Jika host yang belikan atau berikan, anda boleh terima.

Kredit: Puan Mary #GuruImej


12 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. betul, walaupun org belanja, kita kena bertimbangrasa, jgn melebih-lebih...jangan ajak orang lain melainkan host yg suruh ajak....

    ReplyDelete
  2. Selalu kalau gie makan, pn is3 yang belanja

    ReplyDelete
  3. Etika ni tak diambil kira jika host adalah suami kita kan, hahahaha.

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing :) thanks jugak sbb sudi drop komen kat my lil blog...nama 'kak mim' reminds me of my late colleague, arwah dr hamimah,..i called her kak mim...

    ReplyDelete
  5. Betul ni walaupun orang belanja
    Tapi kita kena ada adabnya juga

    ReplyDelete
  6. Beneeeer kak 👍. Walopun yaaa, kalo mentraktir makan temen2, saya juga seneng kalo temen2 lahap makannya, suka dengan makanan yg dibeliin. Sebagai host saya merasa dihargai. Dan saya pun ga masalahin kalo mereka mau pesen yg lebih mahal harganya.

    Prinsip lain dari saya pribadi, kalo saya ditraktir, suatu saat ketemu lagi, harus saya yg bayar 😄

    ReplyDelete
  7. yess... sgt betul. tq for sharing!

    ReplyDelete
  8. setuju 100%! Orang berbudi, kita mestilah berbahasa..

    ReplyDelete
  9. btul tu..jgn over order menu dr org yg nk blanja

    ReplyDelete
  10. Pernah la terkena...belanja makan..sekali dia order steak harga 2 ratus lebih,,kita makan chicken grill je baru harga bawah RM30, sejak tu x pernah belanja dia lagi dah...

    ReplyDelete
  11. agak agak laa kn bleh guna common sense. mcm dah kebulur sgt bla org belanja tu..

    ReplyDelete
  12. Iya sih. Sadar diri saja kalau ada yg traktir suatu saat akan traktir balik

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form