1) Perlu faham dahulu, orang yang membayar adalah host. Jadi host ada hak untuk menentukan menu, menentukan tempat duduk.
2) Jika host berbesar hati minta anda pesan apa sahaja, itu bukan bermakna anda boleh pesan semua jenis makanan. Itu adalah adabnya (cara berbahasa) sebagai host.
3) Biar host pesan makanan dahulu. Jenis menu yang dipesan oleh host itu adalah panduan anda untuk memesan makanan anda.
4) Pilih jenis makanan, kuantiti dan harga makanan yang setara dengan pilihan menu oleh host. Ini penting supaya anda tak membebankan host.
5) Perlu ada rasa segan dan bukannya menjadi tamak dan rakus apabila host sudi membelanja.
6) Ucap terima kasih setelah selesai makan.
7) Jangan belikan (tapau) untuk suami/isteri, keluarga, anak, kawan atau sesiapa sahaja yang tak ada di situ. Jika host yang belikan atau berikan, anda boleh terima.
Kredit: Puan Mary #GuruImej

12 Comments
betul, walaupun org belanja, kita kena bertimbangrasa, jgn melebih-lebih...jangan ajak orang lain melainkan host yg suruh ajak....
ReplyDeleteSelalu kalau gie makan, pn is3 yang belanja
ReplyDeleteEtika ni tak diambil kira jika host adalah suami kita kan, hahahaha.
ReplyDeletethanks for sharing :) thanks jugak sbb sudi drop komen kat my lil blog...nama 'kak mim' reminds me of my late colleague, arwah dr hamimah,..i called her kak mim...
ReplyDeleteBetul ni walaupun orang belanja
ReplyDeleteTapi kita kena ada adabnya juga
Beneeeer kak 👍. Walopun yaaa, kalo mentraktir makan temen2, saya juga seneng kalo temen2 lahap makannya, suka dengan makanan yg dibeliin. Sebagai host saya merasa dihargai. Dan saya pun ga masalahin kalo mereka mau pesen yg lebih mahal harganya.
ReplyDeletePrinsip lain dari saya pribadi, kalo saya ditraktir, suatu saat ketemu lagi, harus saya yg bayar 😄
yess... sgt betul. tq for sharing!
ReplyDeletesetuju 100%! Orang berbudi, kita mestilah berbahasa..
ReplyDeletebtul tu..jgn over order menu dr org yg nk blanja
ReplyDeletePernah la terkena...belanja makan..sekali dia order steak harga 2 ratus lebih,,kita makan chicken grill je baru harga bawah RM30, sejak tu x pernah belanja dia lagi dah...
ReplyDeleteagak agak laa kn bleh guna common sense. mcm dah kebulur sgt bla org belanja tu..
ReplyDeleteIya sih. Sadar diri saja kalau ada yg traktir suatu saat akan traktir balik
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!