TT 2018 - Majlis Resepsi Akhil & Farah

Ini sebuah kisah throwback pada tahun 2018, di mana zaman kami sekeluarga PJJ. Tahun-tahun PJJ ni saya kurang update blog so tahun 2023 barulah nak simpan story di sini. Better late than never kan?

Baiklah. Gambar terang giler okay dan ini zaman guna beauty. Flawless gila ek? Hahaha. Ingat lagi masa ni kami ambik 1st flight, awal pagi Kuching-KL. 4 pagi dah gerak dari umah.

Masa ni Awan baru 4 tahun. Tertidur jugak dalam flight, kemengantukan.

Alan baru 3 tahun.

Sampai je KL, Encik Suami dah tunggu di KLIA dan kami meneruskan perjalanan ke destinasi majlis walimatul urus Akhil dan Farah. Akhil ni colleague Encik Suami, junior dan pangkat adik-adiklah. Memang geng keraslah siang malam bersama, tapi sekarang dia pun dah tranfer dari Putrajaya. Semua geng keras Encik Suami dulu dah masing-masing keluar dari Putrajaya.

Tertidur jua dalam kereta, on the way ke Sungai Long.

Akhirnya kami sampai di homestay Villa Cinta Nirwana, tempat berlangsungnya walimatul urus Akhil dan Farah.

5 tahun berlalu.

Semua kecik lagi #theIMANs


Sebenarnya masa ni (2018) saya pun baru pernah hadir ke majlis kahwin yang diadakan di homestay. Villa Cinta Nirwana ni ialah homestay banglo 2 tingkat yang luas halamannya. Tahun 2018 belum ada lagi homestay yang disewa untuk buat majlis macam ni di Kuching. Sekarang 2023 dah ada dah. Ikut trend kan?

Pasangan mempelai yang dirai. Kelantan vs Johor.

#imanfamilia  wajiblah pose dengan pengantin, dari jauh datang tu.

Dari KLIA terus ke majlis kahwin yang ada macam-macam makanan. Seronoklah #theIMANs ada candy buffet, kambing golek, cendol, itu je yang saya ingat.

Alan peace.

Ibu dan kakak Iman.

Wedding cake.

Door gift.

Last but not least, kami tak melepaskan peluang untuk ambik gambar dengan photog yang disewa khas untuk guest majlis walimatul urus Akhil dan Farah ni. Masih lagi gambar-gambar ni dalam simpanan.

Sekian itu saja throwback hari ini, Khamis depan adakah throwback tahun 2018 lagi? Tengok dululah nanti ya. Hehehe.

 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. setelah 5 tahun, berapa agaknya cinta hati Akhil & Farah yang dah muncul?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan mereka ye ammi... setakat ni mereka blom ada rezeki lagi

      Delete
  2. salam kenal. tq sudi singgah kat my lil blog :) have a nice day!!

    ReplyDelete
  3. Jauh campak belakang tu, tapi betullah, better late then never.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jugak TT ni ada jugak content nak tulis

      Delete
  4. Dah berapa oranglah anak mempelai tu sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita doakan depa wak... semoga mereka dikurniakan rezeki secepat mungkin

      Delete
  5. nasibaik bole abadikan di blog kan..kenangan di kemudian hari...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah kak.. syok jugak baca kisah² lama dlm blog sendiri

      Delete
  6. Mujur masih simpan gambar dalam gallery. Memories remain kan.

    ReplyDelete
  7. Kakmim lagi lejen.. tadi gi blog MamaTisya citer raya haji tahun lepas haha...
    Tapi, best what, boleh imbau balik kenangan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. br jenguk ceta raya haji 2022 mama tisya... cerita throwback PH pulak.. hihihi

      Delete
  8. mesti senyum.akhil dgn farah baca entry ni😁

    ReplyDelete
  9. comel #theIMANs...wahh..ada kambing golek lagi...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form