Ke Johnny's Berlima Tanpa Si Kakak

Menaip sambil tunggu Abang balik KAFA ni. Hai.. kenapa masa sangat memcemburui saya sekarang.? Susah sangat nak curi masa. Awal pagi tadi sempat blogwalking setelah sekian lama tak menjenguk blog kawan-kawan. Lepas tu bila dah start buat kerja memang tak sempat langsung nak menyelit ke sana ke mari walaupun duduk depan pc je.

Apapun saya akan cuba update jugak.

Kisah Sabtu lepas, Hari Malaysia, cuti umum so saya tak kerja. Kak SA tanya saya memang kerja weekend ke? Ya, kami buat kursus pendek untuk komuniti pada hujung minggu, tapi takdelah setiap minggu. Perancangan takwim pun kami sendiri yang atur. Nanti capai KPI takdelah kerja buat kursus lagi. Fokus kerja weekdays je. Actually sekarang pun dah semakin slow sebab KPI dah capai tapi ada pulak program peringkat kebangsaan bulan depan. Sekarang tengah prepare mental nak hadap karenah komuniti. Hihihi.

Oh ya, si kakak plan nak keluar pdengan BFFnya. Plan asalnya nak outing minggu lepas lagi lepas hari pemuafakatan tapi Ibu pulak kerja, bila Ibu kerja takkanlah Ayah nak pergi hantar dia dan kawannya then nak balik rumah lagi lepas tu keluar lagi nak jemput diorang di shopping mall. Ayahnya pulak sejenis bila Ibu tak ada memang taklah nak ke mana-mana. So saya mintak kakak Iman tukar plan mereka outing supaya outing hari Sabtu lepas. 

Bila si kakak outing dengan kawan-kawan, kami-kami ni pulak pun terpaksa jugaklah jalan-jalan di mall. Maka berlima sajalah kami keluar masuk kedai di Viva City tu. Benda wajib masuk mall tak lain tak bukan ialah makan. Kami pun masuklah di Johnny's. Memang orang sangat ramai hari tu tapi dah rezeki kami ada famili yang selesai makan, kami pun ambil tempat mereka.

First time makan di Johnny's Viva City. Sebelum ni Johnny's ada di Aeon Mall je. Tapi bulan lepas yang di Aeon tutup dan bukak pulak di Viva City. Macam biasalah di mana ada Johnny's di situlah ada Black Canyon. Macam KFC dan Pizza Hut jugak, wajib bersebelahan. 

Kalau sebelum ni kami makan steamboat di Johnny's, tapi Sabtu lepas kami order ala carte je. Saya memang tak suka steamboat. Penat menunggu nak masak. Kami order Family Set yang RM56.90. Ada 4 lauk dan 4 nasi putih. Portion lauk cukup untuk kami 6 beranak sebenarnya. Tapi kalau kakak ada, memang kena order 1 extra nasi putih. 

Di sini order guna QR code, scan menu dan terus proceed order. Tak ada pun staf yang akan datang ke meja untuk confirmkan menu yang kita dah pilih. Tup tup datanglah si robot, BellaBot penghantar makanan hantar makanan ke meja.

Lauk yang pertama sampai, stir fried enoki mushroom. Selalu makan enoki goreng tepung je. Masak style ni sedap jugak rupanya. Ratah je dulu sebelum lauk lain sampai.

BBQ chicken, ni pun sedap.

Ni signature Johnny's dan Black Canyon. Cuba teka menu apa? Tebal gila telurnya. Dia guna 2 atau 3 biji telur kot. Bagi saya, standard je rasanya.

Tomyam seafood, pun standard tomyam je. 

Agak murah lunch kami hari tu berbanding selalu. Total bill termasuk air RM70++ macam tu. Air pula kami order 3 je. Order seorang satu memang jarang, #theIMANs ni memang dah terbiasa akan share air. Lagipun kalau makan kat luar kami memang akan bawa air sejuk sendiri dari rumah. Macam Iman lagilah, sejenis yang tak minum air manis, dia memang bawak air sejuk sendiri ke mana-mana.

Last but not least, bergambar jangan kurang. Kih kih kih. Agaknya beginilah kalau anak-anak saya semua lelaki. Ibu yang jadi Queen forever & ever. Yeehaaa!!

 

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. jadi ingin mampir ke kuala lumpur kalai begini

    ReplyDelete
  2. Sedap² menunya Kakmim 😋
    Trend budak² skrg kan, keluar dgn bff /geng... Anak PH, Angah tu pun dah plan nak outing dgn kawan² lepas habis PSRA nanti :D

    ReplyDelete
  3. Telur viral ka tu??? Hahaha.
    Lama tak makan Johnny's.. suka tengok robot htr makanan.

    ReplyDelete
  4. dapnya.. suka tom yam johhnys..dappp

    ReplyDelete
  5. Semua nampak sedap la kakmim..
    Kalau kat Johnys saya suka dessert dia yang ada nangka dalam kuah santan tu ..apa namnaya entah tapi sedap sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh tau tau.. tp xtau pulak nangka.. menunya lebih kurg menu black canyon je

      Delete
  6. dulu2 pernah suka mkn kat johhny tp sbb kedai mkn ni tak de tanda halal jakim, so MZ dh lama stop mkn2 kat sini...restoran ni memang tak de niat nak apply halal jakim tu sbb dh lama org tanya kat fb etc lg pun org islam tak kisah even tak de tanda halal pun sbb customer diaorg memang majority muslim pun.. (halal means halalan tayyiban termasuk bersih etc)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak customer majority bertudung, org kita.. sy br tergerak nk cek halal jakim, xde... huhuhu

      Delete
  7. Steamboat kesukaan ammi sefamily. Lama sgt tak pergi ke Johnnys sampai taktau dia ada family set gini. Tp murahlah harganya

    ReplyDelete
  8. Pernah masuk kedai lagi...walaupun pernah lalu dan limpas hehehehe

    ReplyDelete
  9. Mama nya jadi yang paliiiing cantik di rumah kalo semua lelaki ya kak 😄

    Saya pikir tadi johnys nih restauran steak, soalnya di sini ada restoran steak namanya Jonny 😂. Ternyata ala2 Chinese foods dan steamboat lah yaa. Nampak sedap semua. Steamboat memang lama lagi masak, tapi saya sesekali suka makanan tuh 😅

    ReplyDelete
  10. dah lamak sik makan johnnys..suka nasik goreng nenas, nasik goreng belacan dengan tomyam nya...nyumsss alu

    ReplyDelete
  11. Lama plak x makan kat Johnny's..selalu suka makan stimboat diorang

    ReplyDelete
  12. Semua menunya nmpk best. Kat sana sy biasa order nsi goreng

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form