Sandwich Untuk Ibu Sambutan Maulidur Rasul Sekolah Abang


Hari ni sekolah Abang ada perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul. Tapi hari hujan pulak kan pagi tadi. Bila awal pagi bukak whatsapp kelas takde pulak cikgu mention apa-apa. So proceed je lah kot.

Bila cikgu dah share gambar di dalam whatsapp kelas, means program masih diteruskan. Cuma plan nak berarak bersama pelajar sekolah menengah jiran sebelah, tak jadilah. Mereka cuma berarak dalam kawasan sekolah je. Kesian pulak kelas yang dah buat sepanduk beroda, kena angkat pulak sepanduk tu bila ada tangga. Itulah kita hanya merancang kan? Lepas berarak tu program berselawat diteruskan dalam dewan sekolah pulak.

Dan tahun ni, kelas Abang tak dapat nombor!! Menang kalah dah adat bertanding, tak semestinya selalu bertuah je. Takpelah Abang eh.

Dan bagi parents yang nak bersedekah, dialu-alukan jugak hari ni. Boleh budak-budak makan sama-sama lepas tamat program. Bila balik sekolah Abang bagitau. 

"Ibu, kamek ada ambik sigek sandwich Aliff buat pakei Ibu. Semua orang cakap nyaman. Aliff cakap tuna nya buat sendirik pun, bukan beli."

Erk.. anak aku ni lah. Tengok sandwich, boleh pulak ingat kat Ibu. Sweetnya Abang. Anyway, terima kasih, Abang!!

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. tgk rupanya mmg nampak nyaman tu.. baiknya abang.. ingat ibu di mana2

    ReplyDelete
  2. Sekolah anak³ PH tunggu nx Friday baru buat sambutan Maulidur Rasul sbb depa cuti peristiwa this Friday.
    Memang nyaman nampaknya sandwich tu. Acik pun nak satu Abang 😁

    ReplyDelete
  3. alolo abang sweetnya....sebak pula acik,sentiasa ingat ibu ye bang......

    ReplyDelete
  4. Memang nampak nyaman sandwichnya tu, meleleh.....pergrrhh!

    ReplyDelete
  5. Bila anak- anak buat sweet moment, memang touching hati kita as ibu kan..

    ReplyDelete
  6. Sayangnya hujaaan yaa. Namanya planning, memang tak bisa menentang ketentuan yang di Atas. 🤗

    Sandwichnya kliatan sedap kak. Baiknyaaa abang, ingat ibu selalu ❤️

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form