Supper di Noms Metrocity

Tips nak blog update selalu, kena rajin ambik gambar makanan. Kah kah. Kalau masak, ambik gambar. Kalau makan pun kena rajin ambik gambar jugak. Paling tak pun adalah idea nak update blog kan? Daripada blog bersawang tak berupdate. Biasalah blog caca marba, macam-macam ada. 

Macam biasa rutin Jumaat malam, kelas di Kumon Centre. Habis kelas selalunya akan ada suara-suara sumbang dari belakang kereta komplen lapar. Malam tadi si bongsu pantun nak makan di N.O.M.S. Haaa... siap eja lagi kau.


Kami sampai agak lambat, dalam 9.15 macam tu. Risau jugak dah takmo terima order lagi. Tapi masih ada lagi customer dan staf pun mengalu-alukan kedatangan kami.

Sementara order sampai, snap snap di sekeliling. Walaupun dah beberapa kali jugak premis Noms Metrocity ni masuk dalam list entri di blog ni. Takpelah kan, view dari sudut lain-lain.

Oleh sebab air yang sampai dulu, snap dulu air Sjora ni.

Kaunter order makanan.

Akhirnya makanan yang diorder pun sampai. 2 set mac & cheese sandwich dan sticky wing. Untuk set sandwich kami ambil chicken slice dan beef. Setiap set memang ada fries. Friesnya gemok-gemok dan tak berminyak.

Ayah pula try order set Moora. Ada beef burger dan tortilla chips

Sandwich ni sangat mengenyangkan tau. Setiap set ada 2 sandwich.

Last but not least, KAMI. Hehehehe.

Setel untuk update blog di hari Sabtu. Jarang-jarang jugak update blog di hujung minggu. Hari ni saya update dari ofis sebab hari ni saya kerja! Yeehaaaa!!

 

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Betul Kakmim, memang betul hehe bila banyak gambar makanan dalam HP baru excited nak update. Sedap sangat tengok menu tu.

    ReplyDelete
  2. Sedap2 nmpk menunya... Tp, linda skang dalam proses tak nak makan malam.. Konon2 dapat lah turun sikit berat badan nie... Hahaha

    ReplyDelete
  3. sedapnyaaa..salam ari sabtu Mim! MZ pun baru update blog just now hehhe

    ReplyDelete
  4. Sedapnya burger!.
    Sy pulak suka update blog hari minggu sbb orang tak ramai.. haha.
    Motif :. Senang nak merapu sesuka hati tanpa rasa bersalah.

    ReplyDelete
  5. betul-betul... sebab setiap hari kite makan.. dan masak.. maka bolehla update setiap hari :D

    ReplyDelete
  6. belum gik kmk masuk kedei tok...tengok dari luar jer hehehehe

    ReplyDelete
  7. betul tu. kdg2 takda idea update, ada gambar mknan jadilah buat entry😁

    ReplyDelete
  8. tengok hidangan pasti mengenyangkan. tu kira supper lah eh

    ReplyDelete
  9. rare tu mac & cheese dlm sandwich...sedap nmpk

    ReplyDelete
  10. nampak besar portion. kalau saya tak habis makan

    ReplyDelete
  11. noms ni tak ada lg di penang.. nmpk mcm bask bear rupanya. memang kalau ada gambar makanan adalah post dlm blog kalau tidak tak idea. hehehe

    ReplyDelete
  12. Isssh kalo macam ni menu, confirm favorit anak2 saya juga 😄. Tapi keliatan sedap. Apalagi yg sandwich.

    Saya pun tiap kali traveling dan kuliner dah pasti ambil gambar kak, buat bahan blog. Tapi tetep saja kdg update nya lama 🤣

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form