Sambal Tumis Ikan Long Masin

Ikan long masin atau ikan tenggiri masin. Hari tu kawan Encik Suami dari Putrajaya datang jalan-jalan di sini, ikan long ni antara benda yang dia nak cari untuk bawa balik ke sana. Selalu orang carik ikan terubuk masin, yang dia carik ikan long masin. Ikan terubuk memang wajib la beli. Orang pesan katanya.

Ikan long ni rasanya lemak-lemak masin gitu. Kalau kami makan kari memang kena ada ikan masin ni. Perah limau kasturi dan cili padi. Pergh terangkat, diaul-gaul lagi dengan kari.

Selain tu juga, ikan masin ni juga sedap jika dicampur dengan:

Nasi goreng ikan masin
Kailan ikan masin
Tauge ikan masin

Dan saya juga suka dibuat sambal tumis ikan long masin!!!


Selalu beli yang dah siap potong macam ni RM5. Balik rumah tinggal cuci dan goreng je. Kalau goreng memang tak boleh nak sembunyi, baunya memang harum semerbak. Hahaha!

Cara nak buat sambal tumis ikan long? Ala macam biasa je tapi kena letak air asam jawa dan bawang holland banyak-banyak. Kalau pedas, ada masam jugak, masin, memang sedap. Pagi-pagi makan dengan nasi putih je memang aummm!


 

20 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sedapnya makan dengan nasi panas2. Tak toleh kiri kanan dah ni.

    ReplyDelete
  2. Wahhh... semua suka makan ikan masin ya. Kalau akak, goreng sekeping jenuh nak habiskan sorang2. Boleh makan beberapa hari huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu regu dgn kari.. sbb tu kena ada stok ikan masin

      Delete
  3. Nama lainnya ikan long ye ... Tenggiri masin ni mmg sedap sesangatkan... Regu dgn nasi panas voila!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy br tau yg ikan long ni ikan tenggiri.. hehehe

      Delete
  4. Aduhai Mira....sedapnya makan dengan nasi putih, tambah sambal pun dah cukup!

    ReplyDelete
  5. Ikan tenggiri rupanya.... Makan dengan bubur pun sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. betul.. mkn dgn sup tulang pun sedap

      Delete
  6. Tak tau pun nama ikan ni ikan long🀣🀣🀣

    ReplyDelete
  7. ya Allah, mesti sedap ni kan... Ldy x pernah makan n buat lagi masakan begini.

    ReplyDelete
  8. sedapnya..mengimbau memori ke Miri ni

    ReplyDelete
  9. tebal isinya..yg slalu beli disini mcm nipis sangat. kalau goreng pun risau hangit sbb nipis sesangat

    ReplyDelete
  10. selalu ikan jenis gini mmg semerbak harum bau nya bila digoreng

    ReplyDelete
  11. memang sedap ikan ni. buat tambah selera

    ReplyDelete
  12. Belum pernah coba, tapi kalo lihat dari foto yg Kaka post, beuuugh ini bakal jadi favorit saya juga 😍😍. Buat pedas , lagi sedaaap , 😍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form