Chicken Wing Ala-Ala KR dan Gravy

Assalamualaikum!!! Selamat hari Isnin ya sahabat semua. Nak cerita apa ya hari ni? Cerita makanan lagi okay tak? Iya lah, hari-hari kita masak, hari -hari kita makan. So kita cerita pasal makanan je lah. Ini antara komen-komen dari sahabat blogger di entri Supper di Noms Metrocity. 




Rupanya ramai je sepesen dengan saya. Gambar masak dan makan menjadi penyumbang utama di blog. Tak salah kan? At least adalah jugak berupdate blognya. 

Lauk makan malam kami sekeluarga malam tadi. Chicken wing AF, sup kaki ayam dan kacang panjang tumis telur. Alhamdulillah. Lauk ayam macam ni confirm dapat sambutan. Sebab dah boring goreng deep fry itulah yang marinade dan masuk dalam AF semalam. Alan asyik tanya, apa nama ayam masakan Ibu. Ibu masak macam mana. Campur apa, bla bla. Komplikated sungguh la anak bongsu ku ini. Last-last saya bagitau je lah chicken wing Kenny Rogers. Ala-ala je la. Baru dia puas hati. 


Sebelum dimasukkan ke AF.

Selepas, kena balik-balikkan baru sekata masaknya.

Puas hati, cantik kejadian. Masak sempurna, rasa pulak Allah bagi sedap di tekak anak-anak. Yang penting anak-anak je. Encik Suami jarang komplen, bagi dia isteri dia masak memang sedap. Hehehe.

Saya letak sini bahan untuk marinade, untuk rujukan saya sendiri nanti. Biasalah bila masak ikut suka letak ni, next time lain pulak bahannya, biasalah dah ikut suka kan.

Bahan untuk marinade chicken wing:

Halia dan serai (dikisar)
Honey
Kewpie Thousand Island Dressing
Sos Tiram
Sos Blackpepper
Olive Oil
Kicap Mahsuri Pedas Manis
Kicap Manis
Serbuk Maggi Cukup Rasa
Origano leaves

Agak-agak je semua bahan ni, ikut kuantiti ayam. Hahaha. Saya sejenis akan rasa dulu, so mana terkurang saya akan tambah. Kena marinade paling kurang setengah jam. Saya marinade dalam kol 2 petang macam tu dan masuk dalam AF kol 6.30 petang. Lebihan jus marinade saya renih atas api perlahan, masukkan sedikit tepung jagung, dan jadilah gravy untuk chicken wing ni. Siap!!


21 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. nampak pun dah sedap dengan berkilatnya...sy ambil resepi ye kakmim..hihi tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila afzan... boleh modify sendiri jugak tu... hehehe

      Delete
  2. gmbr makanan masak2 mmg kena update..senang rujukan nk masak kemudian hari...yummmy22 tgk chicken wing tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... kalau rasa nk buat yg sebijik kena bukak blog

      Delete
  3. simple tapi sedap... makanan macam ni la biasa Ldy makan setiap hari.. tanpa nasik.. :D

    ReplyDelete
  4. mmg samalah..bila ada gambar makanan at least bila kering idea boleh guna gambar tu jadi posting.

    ammi pun sama KM, kadang-kadang bahan2 ikut suka je pastu bila suruh repeat buat dah macam..eh haritu letak apa ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? ahaha... suka nk cuba-cuba tp bila x letak di blog terus lupa dah apa yg kita dok campur² tu

      Delete
  5. makan sendiri tentu lebih sedap boleh tambah banyak kali

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul tu nina... gravy siap boleh kuah dgn nasik tu.. haha

      Delete
  6. Share je Kakmim, boleh jadi ref juga utk anak² in future. Sy selalu cakap dgn anak4⁴, nanti nak masak macam Ummi, ambil je resepi Ummi simpan kat blog haha...
    Sy save resepi ni, nak kena cari sos black pepper. Si Abang perabih stok buat Ayam Gunting dia tu 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kan? so far si bongsu je suka baca blog ibu... blom lg ada minat nak masak tu.. sy suka guna sos blackpepper PAWADA tp xtau la kat sana ada x brand tu

      Delete
  7. Sedap sangat ni Mira... kalau saya mau makan sampai 6-7 ketul hihihiiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak... senang jugak kalau nk bawak bekal ke sekolah ni

      Delete
  8. Cantik dan sedap ayam tu.

    Kak Mim buat macam mana kulit tu tak melekat kat AF?

    ReplyDelete
  9. Mekasih share resepi, Kakmim. Nampak sedap, ayam masak dalam air fryer. Saya tak kisah baca blog kawan-kawan yang cerita pasal makan hari-hari. Lagi suka, sebab boleh dapat idea nak masak apa. :)

    ReplyDelete
  10. Paliiiing suka masak chicken wings 😍😍. Saya bahkan marinate semalaman, biar merasuk sampai jiwa 😄.

    Lalu dipanggang pakai oven, Krn tak ada AF.

    ReplyDelete
  11. nampak menyelerakan . makan macam tu saja pun dah sedap

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form