BFF Abang Beraya

Ini draft post semalam sebenarnya. Konon nak post cerita-cerita raya sempena 30 Syawal. Tapi kita hanya merancang. Memang tak dan nak taip semalam, sempat up gambar-gambar jek. 

Ini kisah BFF si Abang beraya di rumah. Tahun ni Abang puas beraya rumah kawan-kawan, bukan open house pun tapi parents open untuk BFF diorang je. Tahun terakhir di sekolah rendah kan? Sesambil beraya diorang ni nak main game sama-sama je sebenarnya. Sebenarnya ada lagi BFF Abang yang tak dapat datang sebab ada training nasyid kat sekolah. Yang tak terlibat dengan nasyid je lah yang dapat datang. Dalam gambar pun tak cukup korum jugak sebab ada lagi yang datang lambat. Yang lambat auntie dah tak teringat dah nak ambik gambar. Hehehe.

Sebelum makan berat, makan kueh dan biskut dulu. Pelbagai saiz kawan-kawannya. Ada yang paling kecik tak datang pulak.

Lepas tu, barulah melaksa. Seronok tengok budak-budak ni makan. Suruh tambah, tambah. Buah pun cepat je surut.

Auntie buat laksa Sarawak je hari tu. Memang tak beli pun daun ketumbar, daun sup, taugeh. Budak-budak selalunya tak suka 3 benda ni. Tapi rupanya ada jugak yang makan laksa tak letak sambal belacan. Tapi makan siap angkat mangkuk lagi hirup kuah laksa.

Kek batik cadbury almond, memang favourite budak-budak. 


Mochi, macam biasa order dengan jiran je. 


Ini yang terakhir auntie hidangkan untuk diorang. Panggil diorang yang tengah syok main PS, ajak unboxing kotak sama-sama. Bila bukak je kotak, auntie, auntie kamek ambik gambar dolok, kata salah sorang daripada mereka. Hahaha. Lepas tu, semua pilih flavor kegemaran masing-masing. Suka tengok diorang ni happy makan, lepas habis, ambil lagi. Lepas tu ada 2nd trip lagi makan, tapi makan lemang dan ketupat pulak.

Semoga berkekalanlah hendakNYA ukhwah mereka ni. Tahun depan dah form 1, entah sama sekolah ke tak nanti.



 

8 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. bagus tu panggil kawan anak2 dtg beraya di umah. dpt mengeratkan ukhwah...

    ReplyDelete
  2. Seronoknya tengok 😃
    Eh..ingat auntie je nak ambik eskrim cantik tu 😄

    ReplyDelete
  3. auntie geram tengok mochi tu..gebu kenyal je gayanya

    ReplyDelete
  4. menarik belaka menu2 nya tu...kalerful some more!

    ReplyDelete
  5. waahhhh laksa sarawak! kek batik premium ! wahhh mochi! sedapnya semua menu! ruginya tak jd kwn Abannnngg! hehehe

    ReplyDelete
  6. betul tu, kita hanya mampu merancang.. hahaha kak ret pun byk gila entry memanjang postpone hahaha draft ntah bila nak publish gak nya :D

    ReplyDelete
  7. Kalo lihat anak2 makan, memang senang hati. Rasanya sedaap sangat kan. Anak saya anehnya kalo makan di rumah tak terlalu suka. Sering sisa. Tp kalo ada temannya, langsung namboh2 😄.

    ReplyDelete
  8. ya Allah.. semua makanan yang dihidangkan sedap-sedap.
    bukan je anak2 teruja.. mak2 ni pun ikut sama.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form