Hari Sabtu Kami

Woohoo!! Hari ni Ibu kerja tau, #theIMANs pun 4/4 sekolah ganti. Awan Alan pakai jadual hari rabu, Abang Kakak pulak jadual hari selasa. Ibu pulak jadual hari sabtu, hehehe.

Hari ni Ibu mengajar kursus pendek Microsoft Office Advanced. Peserta terdiri daripada komuniti setempat. Permohonan banyak tapi yang datang 5 orang je. Tapi kita on je. Lagi seronok mengajar sikit. Semua boleh dapat 'perhatian lebih'.

Kalau advanced ni tak sah kalau tak on mode developer. Advanced kan? Bila tab Developer dah activate barulah kita dapat buat form. 

Objektif kursus hari ni, di akhir kursus, peserta boleh design simple form untuk key in data menggunakan MS Word. Tak masuk pun part macro. Bukan apa, mail merge (intermediate level) pun baru belajar jugak hari ni. Sumbat banyak-banyak tapi nanti tak ingat kesian jugak. Kita ambik konsep less is more untuk komuniti.

Fokus sangat di makmal tak sedar pulak hujan lebat sangat-sangat kat luar. Bila kursus tamat, call Ayah nak tanya dah ambik 4/4 #theIMANs ke belom. Rupanya masih stuck dalam jem sebab kereta banyak hari hujan. Oh ya, banyak jugak ek sekolah yang buat sekolah ganti hari ni. Ganti untuk cuti hari raya haji nanti. Tengok jam pun dah lambat so keluar jugak ambik Kakak sementara Ayah ambik yang lelaki. Lepas tu kami jumpa di Mydin untuk lunch.

Tak plan pun lunch sama hari ni. Asbab hari hujan dan jem, kursus pun habis awal kami dapat lunch bersama. Rasanya 2 bulan dah tak makan di foodcourt Mydin area rumah kami. Setel makan, Ibu masuk ofis semula, dan yang lain pun balik rumah dengan Ayah.

Begitulah hari sabtu kami. Cuaca sampai petang pun masih mendung. Nasib la hujan dah berhenti.

 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Mun kmk di siya, kmk pun mok jadi peserta kursus juak hihi. Lamak dah sik main dgn MS Office sejak semuanya kenak bayar monthly subscription.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpa... main dgn google apps jak... gdocs, gsheet, gslides.. hehe

      Delete
  2. sek anak linda belum lagi buat sek ganti..tak tau lah nanti macam mana kan..
    sygnya yang dtg fizikal sikit je, kadang tu yang betul2 nak datang, tak dapat mohon, sebab dah penuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekolah ganti hari tu utk hari raya haji nnt linda.. anak² sy ingat minggu ni ada sehari x sekolah sbb dh ganti sehari sabtu lepas.. haha

      Delete
  3. Replies
    1. Ala.. siannya... plan la buat CSR sharing knowledge kt budak sch

      Delete
  4. Best betul if dpt join course gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy pun suka utk reskilling/upskilling.. kekadang jd peserta jugak

      Delete
  5. Kmk mok juak belajar MS word. Banyak benda Yang kmk perlu belajar dan dalami ...kinek DH banyak rugas simpan rekod

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh follow takwim kursus pendek Kolej Komuniti... join jak yg dipolah oleh KK Kuching atau KK Santubong... kursus weekend jak

      Delete
  6. selamat berkursus semuanya.. :)

    ReplyDelete
  7. Sabtu tu keja full day ye kakmim?
    Itulah hikmahnya ye, dapat pula lunch bersama 👍

    ReplyDelete
  8. Word ni saya guna basic je sebab accounting report lebih banyak guna Excel.
    Bagus juga kalau dapat upgrade skill.

    ReplyDelete
  9. Saya dah banyak lupa guna features dari MO ini, Krn sejak resign dah jarang pakai🤣.

    Rasa pengen kursus kilat lagi

    Ohh kalo libur begitu ada sekolah gantinya ya kak? Di sini rasanya tak ada, tapi palingan assignment jadi bertambah 😅

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form