Hari Ibu


Sejarah Hari Ibu

Dicetuskan oleh seorang aktivis anti perang Amerika, Anna Jarvis. Hari Ibu diisytiharkan sebagai hari cuti rasmi pada 1914 iaitu satu hari istimewa untuk anak-anak meraikan ibu mereka.

Jarvis melihat dirinya sebagai ‘Ibu kepada Hari Ibu’ dan idea kewujudan sambutan itu sudah lama wujud.

Sebagai contoh, Julia Ward Howe mencadangkan Hari Keamanan Ibu pada 1872 yang bertujuan memupuk perpaduan antara bangsa selepas berlakunya konflik.

Menerusi sambutan itu, wanita sepatutnya berkumpul beramai-ramai sambil berdoa dan menyebarkan keamanan.

Kredit: https://my.theasianparent.com/sejarah-hari-ibu


Realiti

Sebenarnya sambutan Hari Ibu bukannya budaya kita, macam Hari Valentine jugak. Setiap minggu dan bulan pun boleh je kita nak sambut hari Ibu. Tak semestinya tunggu hari Ahad pertama bulan Mei je baru nak menghargai ibu. Tapi, itulah, susah nak betulkan yang biasa.. lagipun zaman media sosial macam ni, bila dah trending tu, faham-faham je la. YTJT.

Semalam, Iman nampak busy je dari awal pagi. Ingatkan siapkan homework. Budak ni homeworknya memang tak pandai habis. Turun breakfast pun tak, Ayahnya cakap tengah siapkan kerja sekolah, bilik dah berselerak dah macam urgent je. Haa.. iya lah.

Bila masuk bilik, tetiba tengok ada kad atas katil. Eh, rupanya kad hari Ibu. Thank you, Iman!! Rupanya dia busy buat kad untuk Ibu. Adei, terharu pulak.


Jarang dia lepas Subuh tak tidur balik di pagi minggu, rupanya dia ada 'projek' ni.

Thank you, Iman. Semua watak adik-adik ada dalam lukisan tu.


“First-borns have the unique privilege of being their parents’ first love.” Setuju tak?

Raya 2010 vs raya 2024

“A first-born child is the living proof of a love story.”

Apapun, semua mak, ibu, mama, ummi, dan apa saja gelaran bagi insan yang melahirkan seorang anak dan berorang-orang anak, anda memang hebat. Kita mak dan kita pun ada mak. Kita hebat! Mak kita pun hebat.

 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Saya memang tak sambut hari ibu, tapi of course la kita sayangkan ibu.

    ReplyDelete
  2. Kacak kad hari ibu dipolah Iman ya.

    ReplyDelete
  3. haah betul tu kita tak sambut Hari Ibu sbb anytime boleh gembirakan Ibu hehe.. alololoo cutenya kad hari ibu dia buat special utk ibu hehe

    ReplyDelete
  4. cantik sungguh kadnya..

    kalau hari ibu disambut hari hari, takde la spesilnya kan.. huhuhu.. tetapi anak-anak ibu tak tahu pun hari ibu, maka lady xdapatla kad hari ibu.. hihihi.. kalau hari bapa, lady yang mintak mereka buatkan kad untuk ayah mereka.. begitulah.. hari ibu mereka x ingt.. sob sob sob.. hari hari hari ibu la kiranya..

    ReplyDelete
  5. Kreatifnya kakak Iman... cantik. siap ada kartun lagi.
    Acik nampak macam watak ala-ala serigala je yang last tu.

    ReplyDelete
  6. Setiap hari adalah hari ibu. Hihi

    ReplyDelete
  7. Saya pun tak sambut hari ibu, dari zaman kecil hingga skr. Krn itu memang tak pernah ucapkan ini ke parents .

    pernah anak2 saya ucapkan sekali, Krn dibagi tugas Ama guru mereka. Tapi yg ada saya canggung, mereka apalagi 🤣. Dah lah sekali itu saja.

    Cantiiiik kartu yg dibuat anak2 tu 👍😄. Kreatif sungguh mereka.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form