Alhamdulillah, hari ni dah tak hujan. Sang mentari dah mula memunculkan dirinya selepas seminggu hujan tanpa henti di Kuching. Bukan Kuching je kot, seluruh Sarawak rasanya. Kalau tak, takdelah banjir tempat banjir. Tempat yang jarang banjir pun banjir.
Bila musim hujan, baru sibuk nak ke dobi nak keringkan baju. Pernah jugak rasa nak kena ada dryer kat rumah tapi takpelah, takde space dah nak simpan, kang crowded pulak rumah. Lagipun takdelah tiap hari nak keringkan baju guna dryer.
Musim hujan, biasalah dobi memang penuh. Semalam saya dan suami ke dobi area rumah mak nak keringkan 2 bakul baju. Baju tak banyak pun, so basuhlah semua cadar dan selimut biar berbaloi sikit nak ke dobi. Tapi, tujuan utama ke dobi area umah mak bukan sebab dobi, tapi sebab saya nak makan rojak ayam! Hahaha!
Lepas masukkan baju di dryer kami laki bini pun berjalan kaki ke kedai makan yang ada stall rojak ayam ni. Macam lama pulak tak pekena rojak ayam stall ni.
Rojam ayam Sadam namanya. Lepas dah craving. Haha!
Encik Suami makan mee kari. Sedap jugak
Selepas. Encik Suami tak habis, dengan mee, dengan ayam lagi, dia full katanya. Sya pulak tinggal tulang ayam je.
Ini haa stall nya. Rojak Ayam Sadam di Kedai Tok Abah, Taman Sukma. Kalau yang first timer memang serabut baca menu kot. Nasiblah saya dah tau signature stall ni, rojak ayamnya. RM8 je sepinggan so 2 order RM16. Ayam goreng banyak, so berbaloi tambahan pula sedap. Memang no regret.
Eh, #theIMANs mana? Diorang kat rumah la, semalam hari dating Ayah Ibu. Sesambil mendobi sesambil la mendatingkan diri. Hihi.
Kami pun cari kedai dobi dekat kedai makan. Sambil tunggu kain boleh minum kopi, makan2 jugak.
ReplyDeleteWeiii tempting nya rojak ayam tu!! Alhamdulilah semoga seluruh sarawak akan pulih secepatnya ye..
ReplyDeleteAdik hantar gambar dia mendobi di Daro. Ya Allah sesak macam ada makan-makan!
ReplyDeleteSebab situ tak banyak kedai dobi, jadi semua bertumpu di kedai yang ada jelah.
Akak pun kalau mendobi, pergi tinggal makan di kedai sebarisnya. Set masa jugak, tengah makan boleh pergi lari jap urus baju 😁
Sedapnya nampak rojak ayam tu. tak pernah makan lagi jenis ni. Kat mana nak cari area utara ni?
ReplyDeleteBest jugak tu, perut kenyang, baju pun kering.
ReplyDeleteSedapnya rojak🤤
ReplyDeletekami panggil rojak keling.. tak tahula kenapa org panggil cenggitu
ReplyDeleteAduhhh...temptingnya tengok rojak...
ReplyDeletesambil menyelam mkn rojak ayam hehehe
ReplyDeleteKita tak pandai dobi di kedai, hahaaa. Jika ada, mesti berteman atau temankan org lain. Kita takut, rasa orang kat dobi tu semua pandang kita.
ReplyDeleteTertanya-tanya gak rojak ayam tu camne rupanya.
ReplyDeleteRupanya ada tambahan ayam. Nampak pun sedap tu.
Eh menarik juga nampaknya rojak ayam ini kak. Belum pernah coba kalo ini. Mirip pasembur kah? JD teringin nak coba 😍😍
ReplyDelete