Tikus Makmal Memang Wujud Ye
Iya, bukan sekadar istilah, tapi ianya benar, tikus makmal memang wujud. Alahai, dah nasib tikus makmal, memang takdirnya jadi bahan uji kaji makmal. Bertabahlah ye kaum-kerabat tikus-tikus putih ni.
Mangsa bedah siasat Iman dan partnernya hari ni. Sepatutnya lepas 'dibedah', jantung si tikus ni masih berdegup dub dab dub dab. Kalau diikutkan teori makmal ibunya dulu la. Tapi bila ditanya dengan Iman, dia cakap kawannya ada tergunting sikit urat si tikus ni, kiok la (dibaca:mati) tikus tu. Tak dapat la nak tengok degupan si jantung hati cik tikus putih.
Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
Memang advance silibus anak-anak sekarang. Form 4 dah bedah tikus. Zaman Ibu dulu masa matrix baru ada bedah-bedah macam ni. Zaman Ibu dulu bedah katak je. Matrix sains hayat kan mestilah masuk lab Bio. Tapi, bila dah degree lari ke lab komputer pulak. Plot twist rupanya ek.
Oops, back to subtopic asal.
Begitulah PAK21 yang merujuk kepada pendekatan pendidikan yang direka untuk memenuhi keperluan dan cabaran pendidikan moden abad ke-21. Pendekatan ini menekankan beberapa pendekatan utama, iaitu:
- Pembelajaran Berpusatkan Murid: Murid menjadi fokus utama dalam proses pembelajaran, di mana mereka lebih aktif terlibat dalam aktiviti dan pembelajaran mereka sendiri.
- Kemahiran Utama: PAK21 menekankan kemahiran seperti komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis, dan kreativiti. Elemen-elemen ini dianggap penting untuk menghadapi cabaran dalam dunia yang sentiasa berubah.
- Penggunaan Teknologi: Memanfaatkan teknologi dalam pembelajaran untuk meningkatkan pengalaman dan akses kepada maklumat.
- Pengajaran Berasaskan Projek: Menggunakan pendekatan projek yang membolehkan murid meneroka dan menyelesaikan masalah melalui kerja berkumpulan dan pembelajaran praktikal.
- Penerapan Nilai Murni dan Etika: Mengintegrasikan nilai-nilai positif dalam pembelajaran untuk membentuk watak dan perwatakan murid.
Mulanya saya agak pelik, kenapa STEAM? Bukan STEM. Iman cakap sebab 'A' tu stands for Arts. Bila saya tengok ebrochure, ya tak ya jugak.
Kira balance jugaklah, tak adalah asyik sains dan teknologi saja, sastera dan kemanusiaan pun sekali jalan. Pempamer karnival ni semuanya pelajar Form 4. Lower form dan form 5 jadi visitor saja. Dan Iman cakap ada beberapa sekolah rendah yang berhampiran pun ada dijemput datang memeriahkan karnival mereka. Best jugak murid-murid sekarang dah didedahkan dengan event management macam ni.
Seronok anak-anak hari ni. Siap ada syif lagi Iman hari ni. Petang dia jaga 'klinik' katanya. Abang pun seronok jadi visitor.



25 Comments
Tak bisa saya bayangkan kalo ada yg takut dengan tikus hrs membedah ini 🤣🤣🤣. Macam mana awalnya cara bedah yaa? Seriuslah dulu saya tak ada bedah langsung. Tp hanya melihat hewan yg sudah dibedah tapi sudah diawetkan.
ReplyDeleteNasib baik tikus putih. Kalo pakai tikus hitam, confirm saya tak berani dekat 😂ðŸ˜
Pernah dulu masa sy matrix, ada yg nak pengsan terus dia x masuk lab bedah² ni.. so far sy ok je la
Deletepelajar Biologi memang belajar benda ni...
ReplyDeleteYa, seronok belajar bio
DeleteNgeri plak tgk tikus tuuuu
ReplyDeletekalau yg hitam mst lg ngeri dan mual
Deleteaaa.... ngilu tgk tikus tu. patutla namanya tikus makmal kan? but normally for Biologi Subject.
ReplyDeletekakmim mcm kita, ambil biologi tapi ke arah teknologi komputer, ahah!
Ye ke? lari bidang jugak eh... sehati sejiwa la kita sya.. hahaha
Deletepernah juga bedah tikus ke katak..tak igt waktu sek men ke matriks..tapi, memang tengok lah jantung di aberdegup..kawan2 semua tak sampai hati, linda yang memotong, kejam ke tak agaka2 nya.. hahaha
ReplyDeletekami dlu masa matrix, time lab bio ada 2 org je pempuan, nak tak nak mmg kami berdua buat sendiri semua
Deletedulu masa sekolah pun ambik subject biology jugak.. tapi cikgu skip bab bedah2 ni.. sebab cikgu tengah mengandung, tak sampai hati nak bedah haiwan.. hehehehe..
ReplyDeleteYe lah, faham² belajar teori pun dah ok, tp bila hands on mmg paling ingat sampai bila²
DeleteItu lah dia... tikus makmal 😅
ReplyDeleteBesar peranan tikus ni.. tapi kalau ada tikus kat rumah memang nak kena perangkap je.
Itulah, kalau tikus hitam tu eei, xde maknanya peranan dia.. hihi
DeleteAdvance silibus budak² sekarang kan...
ReplyDeleteBaguslah Iman tak takut/geli ye
Mmg cita-cita dia tu..hehe
Deleteseronok anak-anak dapat jadi doktor bedah sekejap.....subject bio..sekor tu brp rm skrg?
ReplyDeleteTak tau pulak, xde tanya harga kt anak
DeleteTikus x per lagi..kalo katak tu boleh larikkkk...
ReplyDeleteHihihi.. sama je konsepnya.. geliii
DeleteNasib baik saya dah makan....
ReplyDeleteSorry uncle
DeleteDania dulu pun amik Bio gak, dia bedah katak.....tapi katak tu hidup 3 hari je..lepas tu kiok gak...kalau la akak ni...confirm gigil2 dan berpeluh ni..akak dah la penakut dan penggeli
ReplyDeleteZaman saya pun tak ada bedah katak atau tikus. Ke aliran sains je ek. Saya sekolah teknik ambil elektrik, tak terdedah kot dengan ujikaji begini. Tak dapatlah nak tengok jantung berdegup tu. Tersilap pulak terpotong urat tikus. Tak berani betul nak bedah tikus ke katak. Dah lah geli katak dan tikus tu. huhu...
ReplyDeleteCikgu ni kan..rasanya sains,kimia, bilogi , fizik sealiran kena belajar hayat pelajar ..semoga maju jaya..pelajar berkemahiran kita perlu dukung semangat mereka
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!