Bermulanya Semester Baharu Politeknik & Kolej Komuniti

Selepas ni agak berkuranglah sedikit aktiviti latihan bersemuka dan online sebab semester baharu dah nak bermula. Selalunya memang macam tu lah, cuti semester je time tu lah masa untuk reskilling dan upskilling ilmu/teknologi baharu dan terkini.


Maksud Reskilling & Upskilling

Reskilling (Latih semula kemahiran):  
  • Belajar kemahiran baru untuk beralih ke pekerjaan yang berbeza.  
  • Sesuai bila kerja sedia ada tidak lagi relevan.  
  • Contoh: Seorang kerani belajar coding untuk jadi pembangun web.  
  • Fokus pada peralihan kerjaya.  
  • Biasanya melibatkan pembelajaran menyeluruh dalam bidang baru.

Upskilling (Naik taraf kemahiran):  
  • Menambah baik kemahiran sedia ada untuk kekal relevan dalam pekerjaan sekarang.  
  • Sesuai dalam dunia kerja yang berubah cepat.  
  • Contoh: Guru belajar guna AI/Canva untuk pengajaran digital.  
  • Fokus pada pengukuhan dan penambahbaikan kerjaya.  
  • Biasanya melibatkan kursus pendek atau latihan tambahan.


Minggu Pendaftaran Pelajar Baharu

Sejak Ahad lepas lagi sahabat-sahabat PolyCC dah sibuk dengan pendaftaran pelajar baharu. Selamat datang ye adik-adik dan anak-anak ke Politeknik & Kolej Komuniti. Kolej kami pula mendaftar pada hari ni. So dalam minggu ni masih sibuk dengan minggu suaikenal atau nama baharu sekarang, Minggu Transformasi Siswa (MTS). 



Minggu PdP Bermula

Minggu depan pula dah start kelas. Semoga saya masih gigih mengemaskini blog ya. Hihihi. Tak tau la apa pulak cabaran sesi ni. Biasalah budak-budak Gen Z ni macam-macam karenahnya.

Post a Comment

31 Comments

  1. Seronok meladeni student-student baru. Semoga dipermudahkan urusan kakMim.

    ReplyDelete
  2. Memang lain macam budak² sekarang, semoga Mim dapat menyesuaikan diri dan pelajar² bersungguh² menimba ilmu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Batch lain, cabaran pun lain... Insya allah.. tq kak

      Delete
  3. all the best new students and lecturer-nya juga :)

    ReplyDelete
  4. semoga mereka belajar bersungguh sungguh dan dapatkan keputusan yang baik....kalau rezeki boleh jadi biasiswa tu hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..terima kasih taufik doakan mereka

      Delete
  5. all the best!! uia sekrg tgh cuti semester, new sem will be in october

    ReplyDelete
    Replies
    1. UA baru cuti, kami pulak dh stat sesi baharu.. happy holiday MZ

      Delete
  6. selamat menenangi hati anak-anak new intake 💝😻😻

    ReplyDelete
  7. Untuk pelajar yang membuat rayuan, yang berjaya bila akan dipanggil mendaftar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semakan rayuan boleh disemak setiap hari Jumaat ya puan, nanti ada maklumat dalam surat tawaran

      Delete
  8. tahniah kpd pelajar2 baharu Politeknik. Ada beberapa org bekas murid sy SPM 2024 mendaftar di Poli Kota Bharu dan Jeli, Kelantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... poli di kelantan mmg selalu full house setiap kali new intake... syabas anak² kelate

      Delete
  9. Gen Z memang popular dengan karenah... hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. tau xpe... mcm² lah dgn kerenah parentsnya lg

      Delete
  10. Selamat menempuh semester baru Kakmim!

    ReplyDelete
  11. Sibuk ya nanti. Selamat menempuh semester baru.

    ReplyDelete
  12. Semalam baru hantar Hafizan daftar asrama. Alhamdulillah, dapat penempatan, walaupun sudah semester 3. Semoga dipermudahkan urusan Kakmim, ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, dia aktif di kampus agaknya tu kot

      Delete
  13. Masuk kolej ni ada tak agaknya yg nangis2 mcm masuk asrama masa F1?

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far x jumpa lg yg nangis... hahaha... mostly yg harian masuk daftar sini

      Delete
  14. Memang tantangan juga menghadapi murid2 zaman skr terutama yg gen z kan 😅😁. Semangaaàat kak Mim. Semoga dilancarkan semua urusan kerjaan dan dalam menghadapi murid baru

    ReplyDelete
  15. Terus bersemangat KM.. ayohhhhhhh

    ReplyDelete
  16. All the best student2 baru...belajar baik2 ye...Dania masuk Sem 4 degree dia 21hb hari tu..9hb ni semester break dah..cepat nau..

    ReplyDelete
  17. Mesti excited student-student yang baru masuk ni. Tak sabar nak mulakan dunia pembelajaran baru. Terus bersemangat KakMim mengajar mereka.

    ReplyDelete
  18. Semoga urusan lancar ..tahniah menerima pelajar baru

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!