Pasang Security Door

Setelah 9 Bulan

Setel 1 perkara. Memang kena mula dari depan jugak agaknya. Alhamdulillah selesai pemasangan security door di rumah kami yang ke-2. Kami beli dari MM Infinity, berkenan masa ada home expo hujung tahun lepas di BCCK. Lama jugak gap dari pemasangan meter air dan elektrik tu sebenarnya. Tapi beli security door ni bukan beli, bayar dan terus pasang. Kena order dulu. Dan yang paling best, bukan sekali bayar lumpsum. Macam kami, bayar deposit dulu, kemudian bayar half supaya mereka boleh proceed order dan last sekali bayar balance sebelum installation. Ok la takdelah terasa sangat berbanding bayar lumpsum.

Rumah samariang aman 3
Pintu asal. Pintu asal ni door knob pun senget. Hanpa betul dengan workmanship rumah ni. Bukan beli murah, tapi hasilnya macam  kerja cikai.

Tebuk Lubang Dan Bukak Jerenang Pintu Asal Dahulu

Appointment untuk pasang security door ni memang kami pilih hujung minggu. Kalau diikutkan mereka nak set appointment pada weekday, tapi saya request hari ni. Tapi sebelum staf  MM Infinity ni install pintu, kita kena tebuk lubang dulu untuk 'tanam' pintu tu. Tebuk dan potong tile ni kontraktor lain tau, MM Infinity ni diorang install dan welding pintu je.

Sorang type C, sorang type M. Pantas kerja diorang berdua ni.

Dah siap bukak pintu asal dan pecahkan tile. Kena tebuk lubang ikut ukuran yang MM Infinity bagi. 

Siap Pemasangan Security Door

Kerja pasang ni tak lama, tapi kami lama tunggu staf MM Infinity ni yang lambat sampai sebab mereka pasang pintu di tempat lain dulu. 

Staf MM Infinity ni pun sorang type C dan sorang type M. Yang buat kerjanya type M. Sekejap je dia buat.


Golden top security door
Dah siap, yeay! Tapi baru pintunya. Security door ni jenama Golden Top. Banyak pilihan material pintu keselamatan ni. Ada timber series, aluminium series, stainless steel series,  metal series. Paling mahal timber series la. Tapi memang cantik sangat. Yang kami punya Stainless Steel Deluxe Series (12 locks) with laser art grill. Smart digital lock belum lagi, nanti-nanti lah, penuhkan tabung dulu.

Tak Kemas Lagi

Yang kiri kanan atas bawah tu belum siap lagi. Berlubang lagi tu. Part ni kontraktor yang tebuk dan pecah tile tadi yamg akan buat. Isnin ni baru diorang touch up lagi sampai kemas.

Ini siap tips lagi, staf yang type M explain pasal setting kunci dan macam mana nak jaga pintu ni. Memang bagus budak type M ni explain. Nampak sangat memang dia profesional. 

Selesai semua staf type C request ambil gambar. Biar Encik Suami je lah, kang muka masuk FB diorang pulak dah, malas. Hahaha.

Ada Yang Temgah Survey Security Door Ke Tu?

Bagi yang tengah survey-survey tu boleh lah usha FB Page MM Infinity Holding Sdn Bhd ni. Recommended la bagi saya sebab senang je nak deal dengan sales personnya. Urusan pun semua online. Face to face masa booking di home expo di BCCK je dulu.

MM Infinity ni pun ada di Puncak Alam, Shah Alam, Rawang dan Klang. Di Sarawak ada di Kuching, Sibu dan Miri. Sabah tak sure pulak.







 

Post a Comment

26 Comments

  1. Kemas dan cantik ..solid pintu

    ReplyDelete
  2. Wah...dah berwajah baru...Linda tak buat apa lagi rumahnya kak..hahaha..adoi,kot lah ada duit nak terjatuh Dr langit ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit² linda.. insya allah ada nnt rezekinya tu

      Delete
  3. Nice.... simple tapi nampak mewah.
    Yang penting kualiti keselamatannya tu.... sampai 12 locks.

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. alhamdulillah.. sedap la mata org lain memandangnya... terima kasih MZ

      Delete
  5. Cie pun duk plan nak tukar security door rumah ni. Tapi tu la besar kos sebab Cie punya pintu ni jenis sliding tu. Memang banyak kerja nak kena buat kalau nak tukar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sliding door ertinya mmg kena byk hack tu cie

      Delete
  6. Kecewa betul kalau mereka buat kerja yang tak kemas ni. Kita dah keluar modal, buat tak elok pula kan. Besar juga modal pasang security door ni. Baguslah kalau mereka buat kerja betul dan elok. Cantik pilihan design pintu KakMim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar jugak la fiza... itu la nk kena menabung.. hihi

      Delete
  7. Banyak kerja juga nak pasang pintu ni, igtkan bole muat masuk je… hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan? sy pun ingat main letak dan pasang je... rupanya byk lg nk kena hack

      Delete
  8. Nampak kukuh 👍🏻
    Seronok kalau deal dgn org yang cekap buat kerja, urusan jadi mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... semua documentation pun di hujung jari je senang nk save

      Delete
  9. Lawa Kak Mim. Nampak elegance pintunya. ;)

    ReplyDelete
  10. wow! nice choice. ini pintu jika terkepit jari maunya meraung nih!

    ReplyDelete
  11. Saya tak tahu tentang security door ni. Lagi² ada 12 locks. Wow. 👍Ketinggalan dengan teknologi terkini rumah zaman sekarang.

    ReplyDelete
  12. Saya sampai buka FB mereka kak. Dan sukaaaaa lah. Nak cari yg dijual di Indonesia lah. Pengen juga pasang.

    Yg smart door sebenernya pasti bagus. Tp saya teringat pula ada cerita orang yg pakai smart door dan segala appliances di rumahnya. Tiba2 eror, memang tak bisa dibuka jadinya. Harus panggil teknisi lagi.

    Terkadang terlalu canggih, lebih complicated di saat error. Jadi better yg biasa lah

    ReplyDelete
  13. Pasang security door ni memang langkah bijak.. nampak simple tapi bagi rasa selamat yang berganda. Design pun sekarang dah moden, tak nampak macam pintu besi zaman dulu

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!