5 Tools Wajib Digunakan Semasa Kuliah - Pensyarah & Pelajar Mesti Tahu!

5 tool wajib digunakan semasa kuliah pensyarah wajib tahu

Minggu ni minggu pertama untuk sesi baharu, Sesi 1 2025/2026.  Perasaan? Mesti la excited.. sebab nak kenal batch baharu. Kali ni batch 07, batch yang duduk SPM 2024. Tahniah semua sebab dah berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat sijil di Kolej Komuniti. Next target mestilah nak sambung diploma di Politeknik pulak kan?

Apa Aktiviti Kuliah di Minggu Pertama?

Takkan baru hari pertama terus nak lajak gear 3 kot? Sabar, rileks. Pelan-pelan kayuh. Pelajar yang baru masuk pun baru beralih dari sistem di sekolah ke sistem di IPT. Banyak benda yang baharu bagi mereka. Yang paling penting, di kolej, pensyarah tidak dipanggil cikgu, tetapi dipanggil Encik, Puan, Sir, Madam, Miss. Insiden tersasul panggil nama panggilan ni memang selalu buat saya senyum sendiri je bila ada yang tersasul panggil cikgu. Tapi sebenarnya saya pun tak kisah sangat la, cuma tak pernahlah pelajar di Kolej Komuniti ni panggil pensyarah diorang, cikgu. Lain la kalau peserta kursus pendek, biasa je kalau pakcik, makcik panggil kita cikgu.

First of all, bila jumpa orang-orang baharu, mestilah kita nak berkenalan kan, sesi takruf gitu, to break the ice kononnya. Atau orang selalu cakap ice-breaking. Selalunya untuk ice-breaking semasa first class atau kursus/bengkel, saya suka guna Mentimeter. Mentimeter ni bagi saya, simple je. Kita tanya soalan, focus group (pelajar atau peserta bengkel/kursus) akan jawab soalan kita, dan jawapan mereka akan terpapar di skrin. Jangan risau, nama mereka tak akan terpampang sekali.

Selain Mentimeter, saya juga suka guna Padlet untuk pelajar. Dengan Padlet, pelajar boleh join link atau scan kod QR dan tugasan saya selalunya mudah je. Upload gambar, add caption dengan nama penuh, nama panggilan, asal dan target untuk subjek tu. Then terpaparlah semua di Padlet. Saya suka ni sebab kalau terlupa nama or muka pelajar, saya boleh tengok Padlet ni balik. Mudah untuk saya buat rujukan. Bukan apa, kadang-kadang muka ingat, nama tak tau. Nama tau, muka pulak tak ingat. 

padlet untuk ice-breaking
Padlet untuk hari ini

Next, wajib ada taklimat ringkas mengenai kursus yang mereka akan belajar. Kami di sini panggil 'Rangka Kursus/Course Outline'. Pelajar diterangkan mengenai sinopsis kursus, CLO, PLO, kaedah penilaian, silibus dan senarai rujukan. Dah baca, dah faham,boleh tandatangan dan kita pula simpan. Nanti kena audit dokumen tu tau. Semua perlu bukti.

Seterusnya, taklimat keselamatan makmal dan peraturan di makmal. Segala do's & don'ts kena dijelaskan juga semasa kuliah pertama ni. Dan saya akan tekankan pantang-larang kelas saya jugak, masuk lambat ke kelas! Huhu. Memang paling anti pelajar yang suka masuk lambat ni.

0.5 pertama untuk sesi ini

Fokus PdP Hari Pertama

Hari pertama ni penting untuk kita proceed PdP kita pace laju ke sederhana ke slow. Oleh itu, kita perlulah mengenalpasti tahap literasi pelajar sama ada mereka pernah menggunakan komputer atau tidak pernah memegang komputer langsung. Masa ni lah saya gunakan Mentimeter, seperti di bawah.

Antara contoh slaid soalan.

Objektifnya supaya kita  boleh 'bergerak' dalam pace yang sepatutnya. Kalau ramai yang dah biasa menggunakan komputer, bolehlah bergerak dengan pace laju sikit. Kalau ada yang tak pernah pegang langsung, kenalah pace sederhana. Pace perlahan pun tak boleh jugak, nanti bosan dan tak habis pulak silibus. 1 sesi ada 14 minggu je untuk habiskan silibus. Huhu.


Tools Untuk Aktiviti Ice Breaking & Engangement Pelajar

Baiklah, nak kongsi sikit ni, nak try ke tools yang selalu saya gunakan untuk aktiviti ice-breaking & engangement pelajar/peserta kursus? Nak guna masa taklimat ke, mesyuarat ke, boleh jer.

Mentimeter - create akaun di https://www.mentimeter.com/
Padlet - create akaun di https://padlet.com/

Satu lagi kegunaan Padlet ni ialah bila kita nak buat refleksi ataupun biggest take away sesuatu majlis ilmu. Selain peserta boleh tulis sepatah dua kata, kita juga mintak diorang share gambar berkaitan majlis/program tu, kalau nak share selfie lagi bagus, sporting sangat dah tu. Happy tau bila peserta kita happy lepas sesi sharing kita. Sekiranya dah try, droplah komen untuk share experience korang k.

Tools Untuk Sesi Kuiz 

Sekarang ni kalau ada taklimat ke, seminar ke, penganjur pun selalu buat kuiz di akhir slot kan? Tujuannya supaya tak lain dan tak bukan supaya peserta jadi alert dan fokus. kalau di kelas pun macam tu lah, nak tau pelajar boleh tangkap ke tak apa yang kita bebel kat depan tu, bagi la kuiz sedas 2. Aktiviti ni pun kena tulis di rancangan mengajar jugak. Kalau saya, suka guna:

Quizizz, sekarangnya dah tukar ke Wayground - create akaun di https://wayground.com/
Kahoot - create akaun di https://kahoot.it/
Google Form - log in akaun Google & create form

Zaman AI dan Tiktok ni kita kena kreatif sikit. Budak zaman Gen Z ni celik IT, sukakan teknologi digital, makanya suka tak suka kita pun kena tackle diorang dengan teknologi IT jugak. Jangan kalah dengan mereka. Kah! Kah! Kah! 

Lagipun, sharing is caring kan? Nah, saya sedekah selfie sikit di pagi Jumaat. Kita pakai hijau hari ni Cik Puan Syasya. Hihihi. Awak kan peminat hijau kan?


Korang Pulak Share

Last but not least, apa kata korang pulak share pengalaman korang masa join kelas/program atau masa kelas zaman belajar dulu-dulu? Ke kalau ada yang nak share tools atau aplikasi lain yang menarik pun silakan jugak, drop di komen ya!! Kita sama-sama belajar benda baharu, yeay!




Post a Comment

15 Comments

  1. Selamat mengajar anak-anak batch 07.....semua ceria

    ReplyDelete
  2. Kahoot tu syok buat kuiz untuk peserta kalau soalan kelakar mesti gegar dewan dengar bunyi gelak.

    ReplyDelete
  3. Menarik entry, teringat masa study di U..memang ada situasi sampai kini tak lupa..semoga maju jaya di arena blog ..teruskan berkarya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengalaman byk mengajar kita.. budak sekolah skrg pun best siap present guna canva dah.. thank you anyway tuan E

      Delete
  4. Seronoknya masuk kelas Madam Mira. Baguslah KakMim up to date semua selari dengan teknologi dan zaman generasi Gen Z. Dulu study di UiTM Dip n Deg masuk kelas macam biasa je, dengar lecturer mengajar je. Attendance sign pun manual.

    ReplyDelete
  5. Selamat memulakan tugas mengajar anak- anak batch baru ye...

    ReplyDelete
  6. wah...hebat kak mim...linda sebenarnya kurang sikit dengan gajet2 nie...tapi, tulah, nak tak nak, kena belajar juga kan...sebab nak ajar anak2...

    ReplyDelete
  7. Kahoot tu selalu ada kalau joint kursus.. Sha pun pernah buat untuk pertandingan..
    Memang kena ikut teknologi, kalau tak nanti anak-anak ini kurang tumpuan kan..

    ReplyDelete
  8. Saya baru tahu tentang tools yang kakmim sebut. Selamat mengajar ye, kakmim.

    ReplyDelete
  9. nak masuk kelas puanMim boley tak? bestnya... dedulu gi kelas bawa buku log sekeping dgn pencil box mcm toolbox segala mcm stationary ada.
    iya kita pun pakai hijau hehari, ahahahaaa. i love green, nak comel mcm puanMim jugaaa.

    ReplyDelete
  10. Isssh dulu belum ada aplikasi macam ini lah kak 😄. Saya ingat saat kuliah di penang , berhubung kampus international, jadi panggil lecturer dah pasti sebutan Sir, Miss...

    Saya rindu masa2 study di sana dulu. Sebab lecturer ya baik2 sangat. Dan cara mengajar mudah dipahami.

    ReplyDelete
  11. MZ biasanya guna quiziz. yg lain2 tu jrg2 guna tp pernah lah try

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!