Mak Aydin Asyik Travelling
Minggu lepas adik saya (Mak Aydin) ke Jakarta lagi! Rasa macam baru je dia pergi jenjalan dengan geng-geng BFF dia bulan lepas, bulan ni dah terbang lagi ke Jakarta. Tapi kali ni urusan kerja pulak. Dia pun dah muak naik flight tu, dah ler PJJ. Setiap hari Jumaat balik Kuching naik belon, awal pagi Isnin dah terbang lagi ke lubuk rezeki. Begitulah, kalau dulu-dulu SYMP kata orang, saya yang menurut perintah. Keja gomen, memang haruslah SYMP. Kadang-kadang kesian jugak dengan Aydin & Amirul, maknya kerja jauh, Ayah pun sama selalu busy, sebulan tak sah kalau tak travelling. Kekadang sama hari travelling tapi flight je tak sama. Flight kan ofis booking memang taklah sama. Sebab tu lah adik saya on je bila anak dara sulungnya nak masuk SBP, tak adalah menyusahkan mak bapak sangat, cukuplah Aydin dan abangnya saja yang diuruskan nenek di rumah nenek.
Buah Tangan Dari Jakarta
Baru je ke Jakarta bulan lepas, bulan ni pergi dia tapau makanan je banyak. Telekung yang dia bagi dulu pun tak pakai lagi. Tapi sekarang, cemilan macam ni tak susah dah cari di Kuching, Boleh dapat dari Pasar Serikin.
Favourite Amirul ni, tapi #theIMANs tak berapa gemar. Bakso yang sudah matang, ready to eat. Saya pun tak pernah rasa sebab tak berapa gemar bakso.
Yang ni namanya dendeng, tapi bila bukak macam ayam salai je. Saya tak rasa pun. Mereka 4 beradik je makan.
Ok, yang ni saya suka. Memang favourite.
Yogurt ni sedap kata Abang.
Sambal ni memang kena ada stok. Hari tu terputus sekejap stok di rumah. Senang, Abang dan Awan lah paling suka, sebab pedas. Makan ayam goreng ke ikan goreng ke mesti carik sebungkus sambal ni. Sambal pedas serbaguna tu boleh buat perencah nasi goreng. Namapun serbaguna, nak buat terung sambal pun senang. Dan memang pedas ye, tapi ada satu yang lagi pedas, sambal rawit. Hahahaha.
Selfie Nampak Gemuk
Last but not least, selfie pagi ini. Pakai hitam tapi nampak gemuk. Pelik sungguh kan? Besok baru masuk kelas pertama untuk semester baharu ni. So esok kita pakai baju kurung. Semalam agak busy, hari ni sebelum busy, kita update dulu la. By the way, have a nice day everyone!






17 Comments
Bestnya sambal terasi tu jual peket2 kecik camtu...
ReplyDeleteHave a good day Kakmim
alhamdulillah..meriah, mcm2 ada tu
ReplyDeleteSambal terasi tu pernah beli masa pi batam dengan sambal ijo. Aduhaiii pedas kalau sambal rawit lagi le berasap mulut. Sweet je tu gambo selpie
ReplyDeleteNak buat macamana kan, terpaksalah SYMP. Bersusah dahulu bersenang kemudian. Pengorbanan dalam mencari rezeki membesarkan anak-anak. Semoga terbalas kebaikannya di kemudian hari. InshaAllah..Aamiin...
ReplyDeleteRezeki KakMim sekeluarga dapat ole-ole dari Jakarta. Disana banyak betul makanan yang boleh dibeli untuk ole-ole.Dulu saya suka bakso, tapi sekarang dah kurang makan. Kurang gemar pulak dah. Selera berubah begitulah.
Pernah juga rasa pakai baju hitam tapi macam nampak gemuk juga. Mungkin potongan baju tak kena kot. Tapi okay je KakMim tu tak nampak gems pun. Perasaan kita je tu kot.
DeleteBest dapat ole2 tu...
ReplyDeleteooo dh start new sem yer kat sana...uia akan start new sem awal october nanti ie normal sem
ReplyDeleteseronok dapat jajans.....comel jerkselfie, tak gumuk pun
ReplyDeleteBest juak ada stok sambal belacan instant di rumah. Kmk tok malas mok nutok cabik molah sambal belacan haha
ReplyDeletebeng-beng tu all time favourite. bestnya byk jajan.
ReplyDeletekakmim, i miss u. minggu ni kita tema black and white.
Eh saya sendiri belum coba sambal terasi itu kak 😍😍. Okelaah nanti nak beli hahahah. Biar tak letih uleg sambel sendiri 🤣.
ReplyDeleteBukan hitamnya yg salah, berarti cutting pakaian yg tak pas. Saya juga pernah. Bukannya nampak kurus, malah nampak mengembang 🤣
Wah bestnya kan dapat buah tangan dari luar negara..magic ja terasa tu
ReplyDeleteyg bakso tu nampak bestlahh. indonesia pun banyak juga makanan yg ready to eat camni.
ReplyDeletecoklat beng beng tu sedap, pernah makan dulu!
Sedap brand Kanzler tu...
ReplyDeleteBanyak betul ole-ole nya tu.
Seronoknya dapat buah tangan dari Jakarta...macam- macam ada tu ha...
ReplyDeleteAda beng beng share itu juga...sedap sekali itu Mbak, rasa coklat sangat manis.
ReplyDeleteKalau sambal, favorit saya sambal terasi...
Salam,
Banyak buah tangan dari Jakarta, sampai tak tau nak mula makan yang mana dulu
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!