Khasiat Anggur: Buah Kecil, Manfaat Besar untuk Kesihatan

Semalam Encik Suami ke Pasar Minggu di Medan Niaga Satok untuk top up bahan dapur basah. Saya tak ikut sebab nak setelkan urusan baju-baju sekolah di rumah. Balik dari Pasar Minggu tak sah kalau tak angkut buah-buahan segar, dia bawa balik nenas dan anggur. Nenas dah siap potong dan hidang masa mak dan bapak berziarah di rumah semalam.

Geram tengok gemok-gemok anggurnya. Hidang jugak tapi tak larat jugak nak habiskan sekali duduk. Selalunya memang untuk stok beberapa hari termasuk untuk bekalan ke sekolah ni.


Kenapa Anggur?

Anggur bukan sahaja sedap dimakan begitu sahaja, malah kaya dengan pelbagai nutrien penting. Dalam dunia pemakanan sihat, khasiat anggur sering menjadi topik pilihan kerana kandungan antioksidan yang tinggi. Sama ada anggur merah, hijau atau hitam – semuanya mengandungi zat yang baik untuk tubuh.

Manfaat Anggur untuk Kesihatan:

1. Antioksidan Semulajadi

Anggur mengandungi resveratrol, antioksidan kuat yang membantu melawan radikal bebas dan melambatkan penuaan sel.

2. Menurunkan Tekanan Darah

Kandungan kalium dalam anggur membantu menstabilkan tekanan darah dan menyokong kesihatan jantung.

3. Melancarkan Sistem Penghadaman

Serat semulajadi dalam anggur membantu melancarkan pencernaan dan mengelakkan sembelit.

4. Menyokong Kesihatan Mata

Anggur mengandungi lutein dan zeaxanthin yang menyumbang kepada penglihatan yang sihat.

5.  Meningkatkan Imuniti

Vitamin C dalam anggur bantu menguatkan sistem imun badan agar tidak mudah jatuh sakit.


Cara Menikmati Anggur Secara Sihat

- Makan segar sebagai snek harian  
- Jadikan smoothie atau jus
- Tambah dalam salad atau oatmeal pagi

Muscat yang menggoda

Khasiat anggur memang luar biasa walaupun saiznya kecil. Jadikan anggur sebagai sebahagian daripada diet harian anda untuk manfaat kesihatan jangka panjang. Pernah cuba resepi berasaskan anggur? Kongsikan di ruangan komen yok!

Post a Comment

16 Comments

  1. Alamak... macam nak kena beli ni.
    Muscat ni isinya agak pejal, makan sikit boleh kenyang. Lagipun kan dia manis takleh makan berterusan. Rasa lekat manisnya kat tekak.

    ReplyDelete
  2. Cie suka anggur takde biji tu senang nak makan. Baru ni beli yang hijau tu patutnya rangup tapi tak berapa ranguo sangat.

    ReplyDelete
  3. Teringat dulu ke Sarawak pernah juga ke Tamu Medan Satok tu..banyak berbagai jualan..masa tu beli ikan terubuk sampai sekotak..ada kawan nak minta beli..

    ReplyDelete
  4. https://madey09.blogspot.com/2018/09/pasar-medan-niaga-satok-kuching-sarawak.html
    menulis di blog dulu dulu..bayak kelemahaannya maaf kan ya

    ReplyDelete
  5. bagus betul tak habis...anak2 linda seklai hadap je.. hahaha

    ReplyDelete
  6. My favorite la anggur ni Kakmim... nenas pun,,, pendek kata semua buah la kita suka :D

    ReplyDelete
  7. Segar betul tengok buah anggurnya. Banyak khasiat tapi itulah sejak pakai braces ni nak gigit anggur pun tak lut. Inikan lagi anggur muscat. Mampu tengok orang makan je lah. Padahal geram betul tu kalau dapat makan, rangup dan manis. Tapi kadang dapat yang masam sikit. Sekarang pun harga dia dah murah berbanding zaman kegemilangan viral dia.

    ReplyDelete
  8. sekarang ni pelbagai jenis anggur ada di pasaran kan Mim, muscat antara yang kak ana suka makan bolat-bolat gemuks :)

    ReplyDelete
  9. okey petang ni nak pergi cari anggur dgn epal hijau, mode diet is onz fire skrg ni.

    ReplyDelete
  10. Anggur memang disukai sangat2. Boleh habis sekali hadap.

    ReplyDelete
  11. Akak suka Muscat tu...hijau dia cantik dan crunchy tapi org diet x leh makan banyak..2 ulas je sehari...hahaha..kesian bila diet..nak makan buah2 sedap kena tgok dulu...

    ReplyDelete
  12. Anggur memang fav saya. Apalagi yg warna hitam. Tp agak susah mencarinya, mesti ke toko buah premium yg biasa menjual buah import.

    Muscat juga suka, asal kan manis. Sebab dulu pernah juga yg manisnya kurang.

    ReplyDelete
  13. Siapa jelah tk suka anggur kan. Buah ketagih ni hahaha
    Kalau dapat anggur yg crunchy tu memang best

    ReplyDelete
  14. Sedapnya tenguk anggur. Muscat tu cruncy. Dulu harga kayangan sekarang dah ada yang murah

    ReplyDelete
  15. CCL suka makan anggur ...Lagi best kalau dapat yang sejuk-sejuk fresh dari peti ais, fuhh nikmat! ✨

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!