Review Faber Castell 5 RX Color Gel Pen

Faber Castell 5 RX Color Gel Pen

Beli lagi. Hihi. Kali ni tak alang-alang beli 1 set, ada 5 warna. Gold, pink, purple, hijau dan light blue. Suka! Suka! Dulu masa student memang suka beli pen warna-warni macam ni untuk buat nota lipat-lipat tu. 



Nota Awan-Awan, Lipat-Lipat Menggamit Memori

Korang pun mesti ada cara study sendiri kan? Dulu saya dari sekolah menengah lagi suka tulis nota awan-awan. Hahaha. Apa pulak nota awan-awan ni? Saya guna kertas A4, kemudian lipat 4. Cara tulis notanya macam mindmapp yang lukis awan-awan tu. Setiap topik or subtopik lain-lain warna pen. Then nota yang dah berlipat tu selit je dalam buku rujukan. Nanti nak exam, boleh baca lagi. Begitulah kaedahnya saya.

Boleh imagine ke tak tu? Ahahaha.

While anaknya, mereka sekarang ni lebih prefer baca buku teks. Mungkin sebab buku teks sekarang pun dah berwarna-warni kot. Siap ada kod QR lagi untuk nota/latihan tambahan. Beli pun buku rujukan pun mereka study guna buku teks jugak. Whatever lah, janji bereka belajar, ikut cara mereka kan?


Buku Rujukan Dulu dan Sekarang

Zaman maknya dulu, buku rujukan memang takde warnalah. Boring, tapi saya dulu memang bergantung dengan buku rujukan, untuk study masa PMR dan SPM. Buku rujukan paling dipercayai semestinya Pelangi dan Sasbadi. Sekarang nak cari buku rujukan #theIMANs pun suka jugak carik dari penerbit Pelangi dan Sasbadi. Tapi sekarang, berlambak dah penerbit yang bagus-bagus. Rambang mata nak memilih buku atau set soalan. Nak beli semua pun ada, er, ada lagi keluar word 'tamak' macam ni. Asyik nak semuaaaa je. (Rujuk posting sebelum ni). Ahahaha.


Throwback Thursday

Tetiba jadi entri throwback pulak ek? Throwback buku rujukan PMR dan SPM dulu-dulu. Throwback nota lipat-lipat dulu-dulu. Ngam jugak la tu sempena hari Khamis, memang trend Throwback Thursday. Kan? Kan? 

Hari Khamis hari Batik, Cik Puan Syasya membatik jugak ke tak hari ni? Hihi

 

Post a Comment

12 Comments

  1. Suka juga beli pen warna warni macam ni untuk buat nota poket. Tapi saya lipat 3 memanjang lepas tu lipat 2 melintang. Sekarang ni guna pen faber castell juga tapi saya perasan macam cepat nau habis ink dia. Padahal tulis diari je pun. Manis ayu berbaju batik harini.

    ReplyDelete
  2. kita dah lama tak beli pen, dok pakai yg ada je ni, gila dengan black white ja.
    nota awan, nota lipat, buku rujukan, kita geng kakMim. masa sekolah cikgu suka pinjam buku nota kita sebab colourful.
    terlupa nak pakai baju batik hari ni, minggu ni tema baju tTok.

    ReplyDelete
  3. kena tanya cikCha ja lah..linda pakai uniform je hari2.. hihihi...
    sekarang pun tak boleh tengok pen lawa2 gitu...tapi, asyik hilang je kalau linda beli..hahaha

    ReplyDelete
  4. Suka tulis nota dgn pen warna warni. Nampak nota menarik

    ReplyDelete
  5. Sama gak dulu.. buat nota lipat & awan².

    ReplyDelete
  6. warna brand faber ni memang bagus..

    ReplyDelete
  7. Zaman high school saya suka buat catatan di buku pakai pulpen warna warni macam itu. Rasanya kalo lihat tulisan colorful, langsung semangat. Teman2 saya banyak yg pinjam catatan saya untuk di fotocopy 🤣.

    Tapi saat kuliah dah beda. Saya lebih suka belajar dari text book. Dah jarang mencatat.

    ReplyDelete
  8. Faber castle ni kira jenama mahal zaman dulu2. Sama jugak dgn brand luna. Budak2 sekarang best sbb banyak pilihan pen color yg murah2 kat eco atau kaison

    Teringat dulu buat mind map awal2 tu. Pastu lukis corak lawa2 sampai tembus ke mukasurat sebelah hehe

    ReplyDelete
  9. dulu suka la kan beli pen warna warni macam ni HAHAHA. kengkonon sebab buat nota cantik! tp pen nye lebih. nota ke laut . ada yang sampai kering HHAHAHA

    ReplyDelete
  10. Dulu seronok kan menconteng. Nota awan tu mengimbau kenangan

    ReplyDelete
  11. Teringat zaman sekolah selalu beli pen pelbagai warna .. kadang nk buat peta minda.. kadang nak bagi notes tu rasa cantik bila baca ..guna faber castle ni laa

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!