Bayaran Pertama Kolaborasi Artikel Blog


Dalam dunia digital hari ini, pengguna semakin bergantung pada Google Search untuk mencari maklumat dan produk. Sama ada ingin membeli barang keperluan harian, mencari perkhidmatan, atau membaca ulasan produk, hampir semua pencarian bermula dengan “Google It”.

Di sinilah pentingnya kolaborasi artikel blog dan industri. Blog bukan sekadar ruang menulis pengalaman peribadi, malah ia kini menjadi alat pemasaran digital yang kuat untuk meningkatkan visibiliti produk di enjin carian.


Kenapa Kolaborasi Blog & Industri Penting?

  • Meningkatkan Trust & Kredibiliti
Artikel blog yang berkongsi pengalaman sebenar dengan produk atau perkhidmatan memberi keyakinan kepada pembaca. Apabila blog bekerjasama dengan industri, ia bukan hanya promosi, tetapi juga review neutral yang lebih dipercayai.
  • SEO & Google Ranking
Google sangat menghargai content original, relevan dan konsisten. Kolaborasi dengan industri membolehkan blogger menghasilkan artikel yang kaya dengan kata kunci (keywords) berkaitan produk. Ini secara langsung membantu produk lebih mudah ditemui dalam carian Google.
  • Exposure Lebih Luas
Industri mendapat manfaat dari audience setia pembaca blog, manakala blogger pula berpeluang membina networking dan peluang monetisasi. Win-win situation!

Bagaimana Kolaborasi Artikel Blog & Industri Membantu SEO?

Penggunaan Keywords Tepat

Contoh: Jika industri menjual produk kecantikan, artikel blog boleh menggunakan kata kunci seperti “tips penjagaan kulit”, “produk skincare terbaik Malaysia”, atau “cara pilih moisturizer mengikut jenis kulit”.

Backlink Berkualiti

Artikel blog yang menyertakan link ke laman web industri meningkatkan domain authority (DA). Google akan menganggap laman tersebut lebih relevan dan berkualiti.

Content Evergreen

Artikel yang evergreen (tidak lapuk ditelan masa) seperti “5 cara pilih laptop terbaik untuk pelajar” akan terus membawa trafik berbulan-bulan malah bertahun-tahun selepas diterbitkan. 


    Tips Untuk Blogger & Industri Dalam Kolaborasi

  1. Kenal Pasti Audience Sasaran – Pilih blog dengan niche sesuai dengan produk industri.
  2. Content Berkualiti – Pastikan artikel bukan sekadar promosi, tetapi juga memberi nilai tambah kepada pembaca.
  3. Gunakan Visual & Infografik – Artikel lebih menarik dengan gambar, video, atau infografik produk.
  4. Call-to-Action (CTA) – Sertakan ajakan bertindak seperti “Klik sini untuk tahu lebih lanjut” atau “Dapatkan diskaun eksklusif di laman rasmi”.


Kesimpulan

Kolaborasi antara artikel blog dan industri bukan sahaja menguntungkan kedua-dua pihak, malah memudahkan pengguna untuk menemui produk yang mereka cari di Google. Dengan strategi SEO yang betul, kolaborasi ini mampu meningkatkan brand awareness, trafik organik, dan jualan produk secara berterusan.

➡️ Jadi, jika anda seorang pemilik industri atau blogger, inilah masa terbaik untuk mulakan kerjasama! Ya, saya cuba!!


Alhamdulillah, bayaran pertama saya untuk kolaborasi artikel di www.kakmim.com

Memang saya ada menerima beberapa email dan DM berkenaan kolaborasi artikel dengan pemain industri, tetapi saya tolak dengan baik kerana tak tahu bagaimana. Tolak bukan bererti tak berminat ye. Tapi memang tak tau nak mula macam mana.

Lepas tu saya bincang dengan Encik Suami, dia cakap, eh why not? Try lah buat. Sebab tak pernah, cuba mintak diorang advise, kata Encik Suami. So saya terima cadangan Encik Suami dan reply email dari Agness. Lepas dia bagi cadangan, saya pun setuju dan inilah akhirnya. Payment pertama berjaya mendarat selepas saya submit invois pertama Kakmimdotcom.

Saya pun tak tau macam mana deal blogger lain, tapi saya pun bukan buat review, saya terima je lah payment yang dicadangkan. Blogger lain yang berpengalaman boleh advise sikit?? Atau boleh terus email saya di kakmimdotcom@gmail.com

Yang nak berkolaborasi, kita boleh cuba deal sampai jadi!!



 

Post a Comment

12 Comments

  1. Pernah jugak dapat. Last hari tu tak ingat bulan berapa review service syarikat tu.

    ReplyDelete
  2. Wah, menarik sekali,tahniah teruskan blogging yang membawa rezeki tak disangkakan..

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah best-best.
    Saya pernah sekali kolaborasi dgn satu web, cuma dia pagi baucer. dapatla beli baju dgn handbag masatu.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Rezeki tu..
    Sha pun pernah juga dapat..

    ReplyDelete
  5. Saya memang belum berminat sampai sekarang cari income dari blog, jadi tak pernah monetize blog saya. Krn memang saya ingin bebas menuliskan review apa adanya dari tempat2 dan kuliner yg saya coba.

    Tapiiii saya juga belajar dari teman2 saya yg konten kreator, dan mostly memang terkenal di Indonesia karya2nya. Dari mereka, rata2 punya yg namanya Rate Card.

    Jadi tertulis semua berapa bayaran mereka, untuk setiap tugas yg diminta. Dan di dalam rate card itu, ada juga apa yg akan didapat seorang client jika memakai jasa mereka. Contohnya berapa insight etc.

    So, saat ada penawaran job, teman2 saya hanya tinggal kasih rate card tersebut. Si client setuju dengan rate nya atau tidak, tinggal bilang.

    Tapi beberapa temen juga menambahkan bahwa rate card bukan harga mati. Jadi seandainya client anggab terlalu tinggi, mereka bersedia nego asal tidak kelewat rendah.

    So memang rate card ini penting utk semua konten kreator termasuk blogger yg ingin monetisasi blog mereka.

    ReplyDelete
  6. semoga banyak lagi collaboration lepas ni

    ReplyDelete
  7. Tahun lepas kmk rajin ambik blog review sbb ada target income masa ya. Tapi kinek tok dah slow down sbb rasa mcm terikat mok kenak tulis something yg bukan dari jiwa tek 😅 all the best Kakmim!

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah rezeki. Tahniah Kak Mim. ;)

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!