Doa Khas Untuk Team Global Sumud Flotilla

Doa Khas Untuk Team Global Sumud Flotilla

Bismillah

Selawat

Wahai Allah, kami ada hajat Ya Allah. Kami bertawassul dengan kalimah mu yg kami baca, kami mohon, Engkau lindungilah semua pejuang team ini yang sedang menuju ke Gaza. Selamatkanlah mereka Ya Allah, pergi dan balik, perwira pertiwi kami ini Ya Allah. Lindungilah mereka dengan kekuasaanMu. Mereka berjuang atas perintahMu.

Wahai Allah.. Kami sandarkan kalimah Lailahaillallah, Kau gerakkan tentera²Mu untuk membantu khalifah²Mu ini, yang berjuang untuk Palestine. Engkau bantulah mereka Wahai Allah sepertimana Engkau membantu & menjaga NabiMu & kekasihMu. Engkau lindungilah mereka semua sepertimana Engkau mlindungi Nabi Ibrahim dari api dan Nabi Musa dari Firaun. 

Wahai Allah, Engkau tutupkan pandangan musuh² Islam dari melihat mereka sehingga mereka berjaya menyalurkan bantuan kepada saudara² kami di Gaza dan mereka ini selamat kembali ke tanah air masing². Sampaikan mereka ke destinasi dengan selamat kerana saudara² kami di Gaza sedang menunggu dengan penuh harapan. Anugerahkan team misi ini dengan kekuatan & ketenangan. Wahai Allah.. Kami serah dan letak mereka dalam jagaan dan lindunganMu dan sampaikanlah misi bantuan ini dengan selamat ke Gaza.

حسبنا الله ونعم الوكيل

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِالله 

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّآ ۖ إِنَّكَ أَنتَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْعَلِيمُ

Makbulkan dan di angkat segera doa kami ini Ya Robb.. dengan nama AsmaMu Yang Agung. 

Allahumma Aamiin


MOHON DISEBAR

Sekurang-kurangnya kita boleh jawab, bila Allah tanya kita


Ini berita setakat 5.30 pagi, sekejap tadi kapal Farah Lee pun dah kena tahan. 😭


Post a Comment

12 Comments

  1. Amiiin~amiiin~amiiin Ya Robbal Alamin.

    ReplyDelete
  2. moga Allah lindungi mereka semua. aamin

    ReplyDelete
  3. Saya ikuti update berita ini. Memang sediiih dan maraaah sangat bacanya 😭😭😭. Doa saya juga untuk mereka yg ditahan oleh idf. Semoga Allah selalu melindungi dan menjaga mereka, juga bisa kembali dengan selamat

    ReplyDelete
  4. Aamin aamin aamin Ya Mujib 🤲🏻
    Hari ni mmg glued to this news je. Mata pun asyik basah je bila berdoa.

    ReplyDelete
  5. sedih sangat mereka tak dapat reach ke gaza. israel ni memang bregsek!

    ReplyDelete
  6. semoga Allah akan melindungi mereka drp kekejaman Israel Laknatullah! Aamiin..

    ReplyDelete
  7. Baca news terbaru, mereka dah dilepaskan dan selamat..Hidup Sumud...semoga 23 dari Malaysia selamat kembali..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!