Kisah hari Jumaat lepas. Risau sebab dalam telinga ada macam bisul, hari ketiga tak boleh terlanggar sikit telinga, sakit!! Ada macam bisul di salur telinga sebelum lubang menuju ke gegendang tu. Awal dah ambik paracetamol sebab takut demam. Ye la benda macam ni mudah nak jadi infection. Sebelum melarat, Encik Suami paksa saya ke klinik hari Jumaat lepas. Dan doktor mengesahkan memang ada bisul dan siap buat servis cuci telinga terus hari tu. Huhu!
Bulan 10 akhirnya pecah rekod jugak, dapat sijil sakit yang pertama untuk tahun 2025.
First time saya cuba ke klinik Dr Asma ni dan ternyata pilihan saya tepat, sebab saya baru jumpa jugak kliniky ang ada buat servis cuci telinga ni. Menarik!! Dan klinik ni pun ada program kuruskan berat badan. Encik Suami sempat juga tanya program pengurusan berat badan ni. Dr Asma baik sangat dia explain. Info yang kami dapat, kena dapatkan keputusan darah dulu dan BMI kemudian baru boleh proceed. Ubat untuk sebulan RM750. Boleh pilih samada ambik yang jenis makan atau injek. Lepas kita dah capai goal kita, boleh stop dah program tu. Pun menarik kan? Ubat ni akan kawal selera makan kita katanya.
Masuk bilik doktor dapatkan konsultasi telinga dan penerangan tentang progam pengurusan berat badan tu. Hihi.
Masa operasi klinik. Setiap hari bukak. Gigih. Klinik ni baru tahun ni jugak beroperasi. Tapi selalu jugak baca feedback di medsos itu yang nak try.
Kaunter pendaftaran dan dispensari ubat.
Antibiotik yang perlu dihabiskan dalam masa 5 hari. Seram pulak tengok warnanya, merah je.
Lama tak selfie kan? Rindu kot cermin kat tangga tu, mesti dia tercari-cari mana perempuan yang suka selfie awal pagi tu. Haha. Nah.. belanja selfie sebelum mohon cuti sakit di HRMIS pulak.
Biasalah hari Isnin banyak beg. Beg laptop, beg telekung, beg tangan. Beg bekal takde sebab puasa hari ni.






16 Comments
Alhamdulillah.. Bagus dapat rawatan awal ini.. Semoga diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.. Aamiin..
ReplyDeleteMenarik perkhidmatan yang ditawarkan.. Cuci telinga dan kuruskan badan..
wah kalau ada infection dalam telinga kena cepat dapat rawatan. Bahaya kalau di biarkan. Tapi bab pengurusan berat badan tu menariknya. Rasa nak pi serawak je nak cuba. hehehehe
ReplyDeleterasa puashati kan bila dapat cuci telinga tu. nampak clear gegendang telinga
ReplyDeleteAduhai..mesti sakit sangat tu...akak pernah kena infection je dalam telinga....x pernah kena macam Mim kena...nak buat camne terpaksa MC
ReplyDeleteBisa tu, Mim. Jangan lupa habiskan antibiotik tu tau, semoga sembuh dan tidak memudaratkan. Program pengurusan berat badan tu boleh tahan jugak regenya. Kompom kurus ni kalau ambil.
ReplyDeletepecah rekod lah ye kena MC...sama la macam linda juga..hari tu dapat MC 2minggu terus..setelah dari tahun 2023 @ 2022 takde MC
ReplyDeleteSyafakillah Kakmim 🤲🏻
ReplyDeletePernah kena infection dlm telinga, tapi bukan bisul.
Syukurlah dah dapatkan rawatan sebelum melarat. Kalau dah melarat, seksanya lahai bisul.
ReplyDeletesaya pun MC hari ni. harap kita sama2 cepat sembuh ek
ReplyDeleteMoga lekas sembuh. Bisul kat badan pun sakit, lagi la dlm telinga.
ReplyDeleteJulung kali klinik ada servis telinga. Menarik khidmat yang ditawarkan.
ReplyDeleteCie tahun ni ada MC dah. Memang klinik swasta ada perkhidmatan service telinga ada nampak iklan mereka. Bahaya kena infection kat telinga.
ReplyDeleteWindu tau lama tak nampak, semoga kakMim terus diberikan kesihatan baik yg berpanjangan.
ReplyDeleteI sukaaa outfit you tu, same theme with me last Friday.
Saya pernah merasakan bisul dalam telinga saat masih kerja dulu. Ya Allah sakitnya kak, sampai tak bisa tidur, dan menangis. Sakit sangat, dan saya sempat demam. Akhirnya memang ke dokter lah. Dikasih tindakan, lalu obat. Sempat tak boleh terbang kemana2 dulu 1-2 bulan, Sampai betul2 sembuh.
ReplyDeleteWaktu itu penyebab di saya karena dicurigai terlalu sering pakai headset yg model lama tuh, yg masih pakai cable. Sejak itu saya memang tak pernah pakai head set dlm bentuk apapun lagi. Macam masih trauma dengan sakitnya
waaa ada program weight loss laaa..menariknyaaaa
ReplyDeleteowh.. sekarang memang ada klinik yang menawarkan program pengurusan berat badan kot sebab ada terbaca juga satu klinik ni ada program yang sama.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!