Tempah Baju Korporat di HK Design

Kalau tak tau Wisma Hopoh, jangan mengaku orang Kuching la. Haha. Apa yang jadi signature di Wisma Hopoh? Of course la kedai-kedai tailor yang legend. Kalau sebelum hari raya memang penuh la Wisma Hopoh ni. Apatah lagi dulu-dulu manalah ada baju-baju ready to wear yang jual online. Kalau nak tempah, di tailor di Hopoh ni la antara salah satu optionnya. Ada yang tempah di tailor kampung, ada jugak yang tempah dengan kedai tailor di sini. Harganya? Tentulah lagi mahal daripada tailor kampung tapi workmanshipnya kekadang kita tak nafikanlah, memang puas hati. Baju akad nikah saya dulu pun saya tempah di sini. Sekarang? Beli online je senang, Tiktok ada, Shopee ada, online boutique pun ada. Harganya insya Allah lagi berbaloi daripada kita beli kain pasang dan hantar upah dengan tailor. Upah tailor sekarang pun bukan macam harga upah tailor dulu-dulu. Itu la untung kalau orang yang pandai jahit baju sendiri. Saya? Memang tak... tak pandai pun.

Semalam saya tempah baju korporat di kedai di Wisma Hopoh ni. Bukan orang Kuching kalau tak kenal HK Design. Haha. Selalunya ofis-ofis kerajaan suka tempah di sini. Saya pun dah lama tak tempah baju korporat customised. Sebelum ni beli yang ready made je, tambah logo sana sini. Kali ni memang design dari HQ so tempah la.

HK Design Hopoh
Tauke sibuk draf design dan matching-matching kod warna.


baju korporat SCS
Oleh sebab pakai tudung, saya taknak berkolar biasa macam lelaki tu, saya nak design round neck tanpa kolar. So saya bagitau la tauke macam ni macam ni, terus dia ambik sample baju yang dah siap tapi orang tak ambik lagi. Haa... ngam sangat, memang seperti yang direquest.

Kami pergi bertiga semalam

harga upah baju korporat HK Design
Setel ukur badan semua, terus buat payment. Lagi 2 minggu boleh ambik. Sepasang baju korporat wanita  RM190 (customised, long sleeve), kalau lelaki RM180. Nanti pergi PICC bulan 11 nanti boleh guna baju korporat baharu. Yeehaa!!

Tiba-tiba pandang keliling, eh macam pernah tengok sijil ni. Rupanya sijil yang saya design untuk program pada tahun 2016 dulu!!! Lamanya dah tergantung kat kedai ni. Nampak kan memang kedai ni memang dah lama jadi 'tailor rasmi' untuk jabatan kami. Dengan bangganya saya nak jugak show off, sijil ni saya buat dulu boss, hahaha. Done membongkak dengan big boss tauke. Hahaha!

Post a Comment

13 Comments

  1. Betul di Kuantan ni pun ada beberapa tailor yang jahit baju korporat. Ngam2 cantik tak macam tailor biasa, kata mak yang pernah jadi penjawat awam.

    ReplyDelete
  2. Betul la Mim, kami yang perempuan, baju korporat semua buat leher ala ceongsam ni. Rimas jika berkobar, tapi jika bulat aje pun tak kemas.

    ReplyDelete
  3. Lawa baju tu. Tak sabar pulak nak tengok Kakmim melaram hehe...
    Mahal sikit takpe janji puashati esp baju korporat gini tak semua boleh jahit dgn elok dan kemas

    ReplyDelete
  4. hahaa~ kelakar ayat last sekali. best baju tempah sendiri, jadi lebih selesa dipakai.
    nanti dah pakai jgn lupa photokan okey.

    ReplyDelete
  5. unik nama kedai tu! (nama tailor tu lah kan)

    ReplyDelete
  6. HK Design ni banyak cawangan kot eh.. sebab uniform kami pun ada logo HK

    ReplyDelete
  7. Baju korporat akak pun round neck sebab bertudung kan...

    ReplyDelete
  8. baju korporat, baju uniform...memang kena ada tailor yang betul2 pandai...dan harga memang mahal la, sebab baju tu memang kemas helok la...orang cakap puas hati, terletak helok je..takde apa dah nak komplen bila dapat kat tangan

    ReplyDelete
  9. Memang skr upah tailor mahaaaaal kak. Makanya saya dah tak pernah jahit baju. Beli je laaah 🤣🤣. Nasib baik size badan saya tipe standard, jadi mudah kalo beli online. Trus ingat , menyesaaal sangat pas nikah baju pengantin jahit. Penuh Payet pula tuh, ada ekor sekali. Tak bisa dipakai lagi sebab hampir sangat 🤣🤣🤣🤣. Pakai cuma sekali, harganya mahal. Rugiii. Ntah kenapa dulu tak sewa saja 😅😅.

    ReplyDelete
  10. Cantik lah baju korporatnya. Nanti tayang le

    ReplyDelete
  11. Lama dah Sha tak pakai atau buat baju korporat ini.. Rindu pula nak pakai..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!