Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & salam sejahtera, salam hari Isnin.
Mungkin hari ini ialah hari yang bersejarah untuk kita semua. Mungkin ada yang menyambut hari lahir, atau melahirkan zuriat, atau melapor diri di tempat kerja baharu? Atau-atau yang lain-lain lagi. Tapi sebagai ibu-bapa, hari ini merupakan hari yang penting untuk anak-anak kita. Hari ini merupakan hari pertama untuk UPKK di seluruh Malaysia dan juga Peperiksaan Amali SPM. Untuk ibu-bapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan hari ini:
- Hari exam ibu-bapa bangun awal, solat hajat, sahur, puasa & doakan untuk mereka & sekalian orang Islam sepanjang puasa.
- Banyakkan sedeqah walaupun pada binatang.
- Beri anak minum air zam2 atau air masak banyak.
- Pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.
- Amalkan doa ayat ke 74 surah al Furqan. Niatkan utk mereka agar diberikan idea, kefahaman & kelancaran dlm menjawab.
- Beri anak keyakinan bahawa mereka mampu lakukan yag terbaik, pesan mereka untuk baca doa sebelum memulakan jawapan, berselawat bila menghadapi kesukaran & petua2 yang lain.
- Ingat! Jangan sekali-kali menjadikan anak stres dengan permintaan-permintaan yang luar biasa, memadailah kata-kata berisi doa, motivasi & peniup semangat untuk mereka.
- Antara surah yg digalakkan untuk dibaca,
- Surah Al- Insyirah
- Surah al Hasyr ayat 21-24
- Surah al Rahman 1-13
- Niatkan semasa membaca surah-surah ini agar anak mendapat ilmu, mudah menjawab dengan cemerlang.
Wallahua'lam.
Jadual Waktu UPKK 2025
Doakan saya, Imran Mudzaffar bin Abdul Nizam ya uncle auntie semua.
Terima kasih, jazakallah.
Semoga anak-anak sahabat blogger yang menduduki UPKK hari ini pun sama diberikan ketenangan hati, dilancarkan dengan mudah untuk menjawab soalan-soalan UPKK, dan dipermudahkan segala urusan mereka selama 4 hari ini. Aamin, yarabbal alamin.


18 Comments
Aamiin... Semoga dipermudahkan untuk Imran Mudzaffar bin Abdul Nizam dan anak anak lain yang menjawab UPKK hari ni.. Thanks Kak Mim sharing amalan ibu bapa ni..
ReplyDeleteTerima kasih naniey... sharing is caring
DeleteAamiin.. Aamiin.. Semoga dipermudahkan segala urusan menjawab soalan dan diterangkan hati buat Imran Mudzaffar bin Abdul Nizam dan semua anak-anak yang akan menghadapi UPKK 2025..
ReplyDeleteTerima kasih Sha
DeleteAamin, semoga dipermudah urusan Imran Mudzaffar bin Abdul Nizam dan semua anak2 yang mangambil UPKK termasuk anak sendiri, Mueez Safwan bin Shahrizal.
ReplyDeleteterima kasih panduannya kak mim
Semoga anakanda Mueez Safwan bin Shahrizal pun dipermudah menjawab soalan UPKK minggu ni
DeleteAamiinn.. Aamiinn YRA
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan dan diberi kelancaran menjawab peperiksaan buat Imran Mudzaffar bin Abdul Nizam.
Terima kasih kak
DeleteGood luck! Semoga dapat jawab soalan dengan mudah.
ReplyDeleteTerima kasih Cie
Deletebittawfeeq wannajah utk anak2 kita semua.aamiin
ReplyDeleteAaminn... semoga semua anak kita dipermudah menjawab soalan UPKK minggu ni
DeleteAamiin...Semoga Allah terangkan hati Imran Mudzaffar, dapat menjawab exam dengan tenang dan mudah. Seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang.
ReplyDeleteAamin... allhumma aminn... terima kasih fiza
DeleteSemoga success anak-anak UPKK.
ReplyDeletePatutla sunyi je halaman sekolah yg menempatkan 3 buah sekolah.
Terima kasih atas perkongsian...semoga semua anak- anak UPKK succes dalam peperiksaan
ReplyDeleteNak lakukan juga di saat nanti anak2 saya exam. Semoga utk semua students di sana yg tengah ujian, diberikan kemudahan dalam menjawab soalan ❤️🙏🙏
ReplyDeleteMoga semua calon dapat menjawab dengan tenang dan moga semuanya dipermudahkanNYA.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!