Cerita breakfast semalam, awal pagi dah ketang-ketung masak angel hair carbonara. Kenapa angel hair? Sebab itu je stok pasta yang ada di rumah. Amirul dan Aydin tidur di rumah sejak malam semalam, makanya bertambah korum anak bujang saya hujung minggu ni. Ibunya (adik Ibu) tak balik minggu ni (kerja di Sibu), Ayahnya pula travelling. Awal pagi Sabtu & Ahad macam biasa diorang ni mengaji di masjid. Minggu ni turun mengaji dari rumah Awan Alan je la.
Hero-hero balik mengaji, ngam-ngam pulak siap setting meja untuk sarapan. Makan ramai-ramai biasalah, seronok, sembang-sembang lagi. Licin.
Ni untuk 4 bff, Awan, Alan, Amirul & Aydin.
Tengok je kaum lelaki ni makan berjemaah, dah kenyang. Ibu dan kakak batch ke-2, setel dulu hero-hero ni.
Kuching hujan pagi ni, amaran banjir pun telah diblast dari NADMA sejak semalam. Petang semalam king tide paling tinggi Sungai Sarawak, longkang depan rumah pun dah 3/4 tinggi airnya. Nasib jugak semalam tak hujan.



4 Comments
Semua boboy menikmati sarapan. Sedapnya carbonara lama tak masak.
ReplyDeleteyums, semua berselera mkn tu. nampak sedap!
ReplyDeleteSedapnya carbonara
ReplyDeleteTeringt pula Cuya masak carbonara utk raya, jarang2 berlaku sebb kt rumah ibu ayah tak suka western .Cuya suka spaghetti best2
budak-budak mmg suka pasta mcmni.... kalau buat mmg licin kdg tukang buat pun tak dpt... hihi
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!