Baru Siap Pasang Grill

Dah Khamis dah hari ni. Cepat pulak masa berlalu minggu ni. Minggu lepas yang macam agak slow je. Lama tak cerita pasal progress rumah baru kan? Baru hari tu kak Rawiwa ada tanya di komen. 


Kebetulan kan, minggu ni pun baru setel pemasangan grill. Lama jugak nak decide orang pasang grill. Bukan apa, takut kena scam. Susah manusia zaman sekarang ni.

Lepas ni nak install aircond dan water heater pulak then baru start major make over. Semoga dipermudah semuanya nanti. Tak sabar lah jugak rasanya walaupun ada rasa sedikit terkilan. Arwah Nek Aki tak sempat tengok rumah baru ni. Kalau dia masih ada, mesti macam-macam dia akan komen. Semalam adik lelaki yang baru kahwin tu pun dapat mesej dari developer yang kunci apartment mereka pun akan dihand over dalam masa terdekat ni. Kalaulah nek aki masih ada, banyak rumah baru cucu-cucu yang dia akan komen. Hmm.. Al-fatihah untuk arwah Abang Haji Salleh bin Abang Zain. Rindu kitak nek...


Bila nak fokus konsep minimalis, design grill pun pilih design basic je. Janji ada untuk safety. 

Post a Comment

12 Comments

  1. Minimalist better KakMim. Yang penting safety first. Alhamdulillah satu persatu dah selesai.

    ReplyDelete
  2. Wah...seronoknya ada rumah baru....Kalau ke Kuching nak kena singgah ke camana ni? hihihi

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah siap pasang grill...Arwah FIL sy pun x sempat dtg rumah kami...=(

    ReplyDelete
  4. waahhhhh bestnyaaa konsep minimalis better & mudah nak matching color ehehe

    ReplyDelete
  5. MZ tumpang tak sbr nak tgk semua siap heheheh

    ReplyDelete
  6. Waa... dah lama tak singgah sini... blog pun dah berubah wahaj... tahniah kak... semoga dipermudahkan urusan akak sekeluarga..

    ReplyDelete
  7. Apa yg penting utamakan keselamatan..bila la akak nak dapat duit terpijak..nak tukar banyak benda kat rumah tu

    ReplyDelete
  8. Mun dah siap renovation dapat la singgah beraya rumah baru kitak Kakmim hehe

    ReplyDelete
  9. Wah syioknya rumah baru. Nanti buatle citer jalan-jalan dalam rumah baru. hehehehe

    ReplyDelete
  10. Nice design basic ni.. nak lap-lap pun senang tak banyak kerawang.

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!