Pasang Lampu Raya, Tukar DB Box

Semalam balik kerja singgah rumah baru sekejap, nak tengok progress kerja pasang lampu raya. Rupanya mereka masih ada di rumah. Uncle 3 beranak ni, tengah pasang lampu raya. Gigih tengok ex-student saya ni, baru sampai Kuching, beg luggage masih dalam kereta, terus diajak bapanya untuk setelkan kerja di rumah kami. Ex-student saya ni tengah sambung degree (Universiti Teknologi Sarawak), tapi part time masih tolong uruskan company keluarga. Untung laa banyak tranfer kredit so Khamis-Jumaat free takde kelas boleh balik Kuching untuk tolong bapa.


Yeay!! Dah ada lampu raya. Nak beraya di situ ke tu?? 

 
 "Puan rushing ke? Tunggu sekejap Puan, kami nak testing lampu raya lepas ni." 
Haa.. baiklah. Saya tunggu. Syukur alhamdulillah, setel dah lampu raya, aircond & waterheater. 
DB box pun dah tukar sekali.

DB box baharu

Sebelum, asal dari developer

Syukur dah sikit-sikit, ini pun dah delay banyak dah. Takpelah, slowly but surely. Sebenarnya target bulan 12 masa anniversary nak buat doa kesyukuran rumah ni tapi itulah, kita hanya merancang.

Post a Comment

13 Comments

  1. linda lagi delay dari kak mim.. hape pun tak buat dengan rumah yang dibeli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xpe linda... kalau belum nak masuk xpe, slow-slow

      Delete
  2. Awal dah pasang lampu raya. Luas jugak kawasan kat luar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awal pasang sementara masih dlm bajet, nanti² pun tetap nk kena pasang jugak.. hehehe

      Delete
  3. baru pasang lampu raya dah nampak seri rumah tu kakmim...tak sabar nak tengok kakmim deco2 nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... belum lg pasang tile carporch apa semua... byk plannya tp ongkos nya tu hmm..

      Delete
  4. masuk rumah baru ni memang seronok sangat kan Mim tak sabar rasanya.. awal raya MIm hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. walaupun bkn kali pertama tp perasaan excited tu tetap ada

      Delete
  5. wow bestnya. Besar laman depan. Insya Allah tahun depan raya rumah baru. Aamiin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah semoga dipermudah urusan kakmim sekeluarga.. Excited masuk rumah baru ni kakmim..

    ReplyDelete
  7. moga kerja-kerja pengubahsuaian berjalan dengan lancar. dah siap nanti tentu nampak berseri rumah

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!