Alhamdulillah, anak ketiga dah selamat berkhatan hari ni, 29/12/2025. Kali kedua booking berkhatan di Klinik Bustari, area taman rumah mak. Ongkosnya di tahun 2025 ni RM300, kaedah laser.
Kelebihan sunat laser
Saya dah buat booking intuk Awan bulan 10 hari tu dah. Lepas booking, masuk inbox email je booking detail. Tiber minggu lepas dan semalam reminder masuk ke Whatsapp pulak. Email pun sama. Pagi ni pun ada reminder lagi.
Eh, dia ada kawan la. Memang plan pun dengan adik booking khatan sama-sama Awan dan Amirul. Beza 2 bulan je sepupu ni, dari taska sampailah tadika bersama. Sekolah rendah sengaja dipisahkan tapi masih juga rapat sampai sekarang. Kalau satu sekolah rendah entah-entah diorang berdua ni tak berkawan dengan orang lain kot. Ada geng menunggu giliran sama tak adalah nervous sangat.
Awan masuk dulu, Amirul kemudian. Awan masuk bilik doktor dalam 11.20 pagi gitu. Ada la dalam 20 minit gitu dia di dalam. Syukur takde drama, muka pun ada senyum je.
Muka selepas keluar dari treatment room.
Sementara tunggu Ayah ambik kereta, bergambarlah dulu buat kenangan.
Lunch orang selepas berkhatan. Sampai je rumah Ibu terus masak sup ayam dan sawi bunga.
Pantang zaman moden, takde ikat kain pelikat. Guna boxer khatan je, then letak meja mewarna tu, berpantang depan tv di ruang tamu. Senang. Lusa (Rabu) kena ke klinik ada follow up. So far ok, takde tangisan, ubat tahan sakit pun tak rasmi lagi.








13 Comments
Alhamdulillah selamat semuanya. Anak bongsu ammi pun sunat laser tapi nasib tak menyebelahi dia. Esok paginya bleeding teruk sampai kami bawa ke bahagian kecemasan dan petugas disitu semua ingat dia accident. Bayangkan punya banyak darah yang keluar
ReplyDeleteYa Allah.. teruk jugak tu.. mst nervous giler kan masa tu ammi
Deletegws!! my razeen tak leh buat prosedur biasa..nak kena buat full operation sbb faktor bdn bam2 dan bebirdnya 'buried'...segan plak nak tulis
ReplyDeleteOh, bila plannya nak op tu MZ.. semoga dipermudah urusan razeen ye
DeleteAlhamdulillah..tahniah Awan.. Linda tinggal dekat sorang tu je..risau pula.. yang masa abang² nye, kita risau infection masa dia bengkak dan nak kering tu.. sampai bergaduh dengan laki.. hahaha..
ReplyDeleteItu lahh.. sy serah semua kt pak dia.. x berani nk tgk
DeleteAdakah berkhatan cara laser ni tak sakit langsung? Tengok muka Awan relaks jer. Mesti syok Awan boleh baring² depan tv sepanjang hari.
ReplyDeleteDia ckp masa bius tu je sakit.. so far ok lah lps bukak bandage je ada pedih2 katanya
DeleteAlhamdulillah..Sy plk berdebar2..In Shaa Allah tahun dpn planning nk buat utk Ammar plk =D
ReplyDeleteKena jugak laluinya nieza.. sy 3 anak lelaki kena lalui 3x.. adik x sunat lg sbb badan kecik lg tgu next yr kot pulak booking lg sorg
Deletealhamdulillah..dah bujang dah
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tq MA
DeleteBetuuuul kak. Sunat zaman skr dah canggih 😄😄. Boxer khusus khitan pun ada. Tak payah sarung diangkat2 🤣🤣. Lebih tak sakit pula .
ReplyDeleteLagi libur sekolah yaa, makanya sunat 👍👍
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!