Progress Rumah SA3

Setiap hari kalau tak hujan memang akan ke rumah satu lagi, nak tengok progress. Alhamdulillah agak laju jugak progressnya. Sekarang tengah dalam proses mengecat, kitchen cabinet dan wardrobe pun dah dibawa masuk. Saya agak bila setel detailing mengecat naiklah kitchen cabinet & wardrobe tu. Macam boleh je setel sebelum puasa. Insya Allah, semoga dipermudah semuanya.

Dah nampak sikit dah design.

So far bilik tidur semua dah nampak konsepnya cuma bilik tidur 3 lupa ambik gambar. Master bedroom je belum lagi. Baru siap pasang dinding, sebab ada buat sikit renovation pada ruang master bedroom.

Sekarang nak cari frame kalimah untuk ruang depan pintu masuk rumah. Nak beli di Tiktok takut jugak masa postage nanti ada defect. Serba-salah dibuatnya. Kenapalah di Kuching ni tak ada yang mur-mur macam kedai-kedai yang ada di Tiktok??

Nak deco ruang ni. Nak letak frame kalimah atau surah je area sini. Masuk-masuk rumah terus nampak surah dan baca dalam hati gitu. Tengah survei design khat sekarang. Ada cadangan kedai yang korang pernah beli boleh post di komen k.



 

Post a Comment

21 Comments

  1. tak sabar dah Mim kan, nak masuk rumah baru, suasana baru, semoga di permudahkanNya buat Mim sekeluarga, aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nervous pn ada jugak kak, sayang pun ada nak tinggalkan kejiranan rumah lama

      Delete
  2. Wah..seronok tengok design2 rumah ni.. moga dimudahkan urusan kakmim

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah cantik rumahnya walaupun belum siap sepenuhnya.
    Cuba usha Dian's Signature. Cantik design nya & reliable sy rasa utk post.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ada pm saleperson Dian.. cantik design latest dia

      Delete
    2. Terima kasih PH.. syukur alhamdulillah

      Delete
  4. waahhh bestnyaaaa kak mim pun nak masuk rumah baru dah tak lama lagi!

    ReplyDelete
  5. Wah!!. Bestnyaaaa!. Tahniah Kakmim.
    I paling suka tgk org nak pindah rumah. Terimbau kenangan silam.
    Semangat tu lain mcm kan bila dpt rumah baru, ibarat mcm buka buku baru gitu.

    Klu crita pasal frame kufi, anak2 sedara I ada 2 org yg buat bisnes ni tapi semuanya kat Semenanjung. Jiham kot FB dia. Lama tak jumpa sampai terlupa. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak MM... dulu masa pindah rumah skrg mcm xde feel sangat, sbb pindah sikit² mcm x plan pindah tp terus je duduk.. mcm tu lah

      Ada tengok fb Jiham tu.. lawa² jugak design dia tu... kt sana byk kedai mcm tu.. sini x ramai yg bisnes frame kufi gitu

      Delete
  6. Wah…kita pulak yang excited tengok 😃
    Moga lancar semuanya ya.

    ReplyDelete
  7. Aiiiiih seronoknya rumah baru 😍😍😍😍😍. Semoga cepat selesai, dan aman dari segala defects yaaa. Paling seruuuu kalau part memikirkan deko nih 😍😍😍

    ReplyDelete
  8. Mesti amik dengan The Makeover Guys tok nak 😄

    ReplyDelete
  9. wah tak lama lagi tu. Semuga dapat beraya di rumah baru.

    ReplyDelete
  10. Sy tak tahu kedai... tp kalau shopping kat shopee selalu tgok di sini
    https://s.shopee.com.my/6fbh05ltrt
    https://s.shopee.com.my/8KjuzJtFhi

    Sabah sarawak ... alternatif nak murah terpaksa sea shipping ja ... huhu

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!