Nasi Ayam Gepuk. Setiap kali ke kedai ada ajelah menu ni. Menu yang menjadi trending sekarang kan? Ayam gepuk ni lauk mudah sebenarnya, yang menjadi kekuatan menu ni ialah sambalnya. Sedap sambalnya, sedaplah ia. Tak salah kalau saya katakan kayu pengukur menu nasi ayam gepuk ni ialah sambalnya. Ada ke yang setuju dengan saya?
Di bawah ni ialah nasi ayam gepuk di sekitar Kuching yang menjadi pilihan saya. Review ini dibuat tidak berdasarkan ranking ya. Bagi saya setiap kedai ni memang ada kekuatan rasa masing-masing.
Nasi Ayam Gepuk Rasa Rabuyah
Sambal sedap, pedas. Ayam sedap
Nasi Ayam Gepuk Q Cafe
Sambal tak pedas tapi bayam crunchy tersangat sedap.
Nasi Ayam Gepuk Orked Cafe
Sambal di sini ada level, so kita boleh pilih tak pedas, pedas atau extra pedas. Saya suka extra pedas dan kobis gorengnya sedap!!
Ketiga-tiga kedai ni kebetulannya terletak di Metrocity. Yang di area lain saya jarang explore. Tapi pernah rasa ayam gepuk di Mom's Laksa jugak, sedap jugak. Korang pun mesti ada kedai favourite masing-masing kan?
Kalau korang, apa yang menjadi pilihan untuk menentukan kesedapan ayam gepuk, ayamnya atau sambalnya?



1 Comments
Sedap la pulak ayam gepuk ni. Pernah makan kat Top Global.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!