Baju Raya Si Oyen

Semalam masuk Bulan Bintang, sengajalah nak tengok berapa range baju jenama tu. So far Encik Suami memang tak pernah beli lagi baju Bulan Bintang. Tu yang nak riki-riki untuk si bujang 3 orang. Ternyata hanya mampu tengok la dulu. Beli di Tiktok Shop lagi berbaloi.

Di suatu sudut tertengok baju size mini. Mesti romper baby. Saya belek-belek. "Baju kucing kak", kata si adik promoter. Ya ampunnnn biar betul. Si Oyen pun pakai baju Bulan Bintang ke???

No wonder price tag lain macam, gambar tapak kaki kucing, rupanya memang baju untuk kucing. 

Comel la. Banyak pilihn warna pulak tu. Kalau nak beli sedondon dengan ahli keluarga memang dah ngam sangat dah shopping di Bulan Bintang. Tapi harganya RM75 weyhhh!! Pencinta kucing memang akan sanggup berhabis ni demo raya sedondon.

Sajalah ambik gambar baju si Oyen ni untuk bagi kat adik ipar. Oyen si Farah bambam jugak tu, sebab dah sunat kan. Sekali dia reply baju Oyen dah sampai kak. Hahaha. Dia dah beli online rupanya.

 

Post a Comment

1 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!