Semangat Lain Macam
Pagi ni semangat bangun sahur, jam 4 pagi alarm bunyi terus bangkit dari katil. Kalau tak, off alarm sambung tidur lagi sampai 4 setengah. Di luar kedengaran bunyi hujan. Tak perasan pulak rupanya hujan malam tadi.
Macam pelik kenapa semangat je hari ni bangun sahur, rasanya sebabnya dah Jumaat kot. Seperti yang dah dijangka, trafik agak perlahan pagi ni sebab hujan. Tapi sayang masih lagi la sampai di ofis 6.40 pagi. Nak tidur mata segar pulak, pelik sungguh. Selalunya memang lemau je nak tidur bila sampai ofis.
Masak Tapi Tak Snap Gambar
Semalam masak macam biasa untuk berbuka, ikan tenggiri masak kicap dan kari. Sayur kacang panjang tumis udang. Tapi itulah takde mood pulak nak ambik gambar. Pelik kan? Jadi pagi ni ketandusan idea nak update apa di blog Scroll-scroll galeri di henfon, eh ada gambar chia seeds ni. Lupa pulak masa awal puasa hari tu memang amalkan minum air yang dah direndam chia seeds semalaman. Lepas tu ABC, tak puasa, jadi lupa dengan kewujudan chia seeds ni.
Ada ke yang amalkan ambik chia seeds ni? Khasiat chia seeds adalah seperti di bawah:
Khasiat & Cara Pengambilan Superfood Chia Seeds
Terima kasih NotebookLM bantu saya jana infografik
2 Comments
Dulu akak pernah up beza chia seed dengan selasih. Bagus chia seed ni untuk diamalkan.
ReplyDeletehusband ada bli chia seed ...die buat air suka ltk chia seed
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!