Masih lagi cerita kuih bongkol. Jom klik pautan di bawah untuk melihat penghasilan kuih bongkol. Harap-harap fahamlah bahasa Sarawak. Macam senang je nak buatnya tapi bagi saya tetap susah. Sebab memang tak berapa nak minat baking kuih tradisional. Hihi.
Aah PH, guna daun pisang.
Gula apong atau gulapong ni daripada nira pokok nipah. Botok-botok yang isi ikan dan kelapa tu ke kak? Kalau tu, bungkusannya bukan dilipat macam tu, dalam video atas tu ada tunjuk macam mana nak lipat 'handbag' tu.
Selalunya gulapong dijual macam ni. Gulapong yang sedap orang cakap dari Pusa. Rasanya masih pure gitu. Sebab kekadang kita boleh rasa seller campur gula pasir sebab ianya tak berlemak.
Pembuatan Gula Apong
Terma ‘apong’ pula merujuk kepada gelaran pokok nipah dalam dialek Melayu Sarawak. Pokok ini boleh dijumpai di sepanjang Sungai Rajang. Setelah nira daripada pokok nipah dikumpul, ia perlu dididihkan selama 6 ke 8 jam. Ia juga perlu dikacau secara berterusan untuk mengelakkan daripada hangus. Gula apong Sarawak yang berkualiti tinggi dikatakan terhasil daripada cara lama iaitu menggunakan kayu api dan dapur tanah liat. Sebaik sahaja gula ini semakin likat, ia akan dituang ke dalam bekas dan dibiarkan sejuk.
Orang tempatan dan pelancong pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan gula ini di pasar serta kawasan tumpuan pelancong. Gula ini dikatakan mempunyai rasa yang manis, berlemak dan sedikit masin masam.
Kegunaan Gula Apong
Sesetengah orang turut menjadikan gula ini sebagai alternatif kepada gula pasir kerana ia kaya dengan mineral seperti magnesium, zat besi, kalsium dan natrium. Selain daripada digunakan dalam pembuatan kuih-kuih tradisional, gulapong juga telah diinovasikan menjadi syrup gulapong. Produk yang telah dikomesilkan menggunakan gulapong ialah aiskrim gulapong dan juga air teh C special atau 3 layer tea.
Sirap gulapong ni memudahkan kita nak buat sagu gulapong dan 3 layer tea.
Yang ni memudahkan kita untuk memasak dan dicampurkan ke dalam air. Kalau saya, masih lagi beli gula apong yang ori dari dalam bekas tipuware tu, selalunya kalau road trip mesti singgah di kedai-kedai tepi jalan mesti ada jual gulapong. Tapi di medan niaga Kubah Satok pun ada je jual gulapong, di supermarket pun ada je.
Teh C special atau 3 layer tea. Saya tak pernah rasa air ni sebab saya sejenis yang tak minum air berlemak manis gini. Tek tarik pun saya tak minum apatah lagi air macam ni. Selalunya geng-geng Semenanjung yang dah tranfer balik ke Semenanjung memang akan merindui air ni. Majoriti geng-geng Semenanjung saya memang suka gila teh C special ni.
Sekarang teh c special dalam tin pun dah ada. Dalam shopee ada.






11 Comments
Di sini sebut nya gula aren. Memang lebih sehat daripada gula pasir. Tapi tetap bijak dalam konsumsi. Di rumah sayapun gula pasir dah jaraaang sangat pakai. Saya lebih suka pakai gula aren seperti ini. Yg cair ataupun yg bulat. Yg cair biasanya utk buat kopi
ReplyDeletePernah makan aiskrim gula apong.
ReplyDeleteGula apong Sarawak memang sedap kan...berlemak dan kurang manis..Kalau ke Sarawak wajib beli banyak-bangak..pastu nyesal sebab berat🤭🤣🤣🤣
ReplyDeletePernah tenguk dokumentari buat gula apong air nira. Oh bungkus bongkol dengan botok-botok tak sama ya. Nanti nak tenguk video tu lah.
ReplyDeleteSedapnya lemak pastu manis
ReplyDeleteTq sudi jawab soalan PH :)
ReplyDeletePernah makan aiskrim gula apong, tapi tak sure la ori ke tak kan... Dah banyak by-products dari gula apong ni 👍🏻
kebetulan juak ketika baca posting tenah nunggu masa sungke...memang terasa la cabaran nangga air ya...memang terasa juak rasanya
ReplyDeletePernah makan aiskrim gula apong je.
ReplyDeleteKSarie mula kenal gula apong masa makan aiskrim mokti gula apong. Lepas tuh bila ke Sarawak akan makan macam-macam aiskrim yang ada gula apong juga
ReplyDeletemula2 try air yg guna gula apong sedap juga..opismate bg try...aritu ada mkn kt cafe swk ada dpt free menu teh peng gula apong
ReplyDeletetea c tu sedap tak? ada nampak di kedai haitu, rasa mcm hendak cuba la.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!