Dengar teaser sebelum ni pun dah sedih. Malam tadi dah keluar videoklip dan lagu penuh di Youtube. Alahai, mendayu-dayu.. sedih. Teringat orang-orang tersayang yang telah pergi meninggalkan kita. Al-fatihah.
Lirik Senyum Gugur di Penghujung Doa - Dayang Nurfaizah
[Verse 1]
Raya ini raya yang berbeza
Sayu tanpa sahutan suara
Tiada tubuh memeluk
Bau harumnya tanganmu
Hanya Tuhan yang tahu
Betapa aku rindu
[Verse 2]
Raya ini raya yang berbeza
Sepi tanpa panggilan suara
Tiada lagi terasa suapan ikhlas jarimu
Hanya Tuhan yang tahu
Betapa aku rindu
Beraya denganmu
[Instrumental Break]
[Verse 3]
Raya ini raya yang berbeza
Senyum gugur di penghujung doa
Bahagia kau di sana sampai ketemu semula
Hanya Tuhan yang mampu menjagamu untukku
[Outro]
Andai syurga mendengar rinduku
Tembuskan salam rindu padamu
Pasti indah alunan takbir rayamu di sana?
Hanya Tuhan yang tahu aku terlalu rindu
Beraya denganmu

2 Comments
Lagu raya sekarang tak sama dgn aura lagu raya Dolu2
ReplyDeleteSuka dayang ni suara dia sedap.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!