Hari Ahad Encik Suami ajak berbuka di luar, tapi cadangan ditolak, sebab macam tak best pulak kena rushing balik, nak teraweh, nak tadarus lagi. So Iman & Awan suruh tapaukan nasi kukus je. Iman sebenarnya nak nasi kandar tapi kedai yang selalu jual nasi kandar tu (bukan kedai mamak) tak ada pulak jual nasi kandar bulan puasa ni sebab diorang fokus kepada buffet ramadan. So ke Q Nasi Kukus je la, confirm boleh order untuk tapau.
Sampai je di Q Nasi Kukus, terus nampak ni. Apa lagi, selalu dengar je nama tapi tak pernah pun try rasanya. Lompat Tikam, macam manalah namanya boleh jadi Lompat Tikam ek? Ada yang tau sejarahnya ke?
1 box RM5, so far nampak bersih, menarik presentationnya sebab itulah terus rasa nak beli untuk cuba.
Selain tu, ada kuih akok jugak. Saya ambik akok pandan. Beli jugak akok dan Lompat Tikam ni untuk rumah mak dan rumah adik. Rupanya nak makan Lompat Tikam ni kena masukkan semua gula melaka tu eh. Sebab kuih hijau tu memang tawar ye, pulut tu pun sama. Saya bukan main letak sikit-sikit tapi masih jugak takde rasa, bila dah masuk semua barulah ada rasanya.
Setel tapau nasi kukus ayam berempah dan nasi kukus daging kerutuk. Gambarnya tak ada. Hehehe.
Air pulak buat sendiri je di rumah, dah lauk tapau takkan semua tapau. Saya buatkan Sunquick Mangga campur longan je. Sedap sejuk-sejuk.
Tapi kan, semalam (Isnin) si abang cir-bir pulak, dah siap nak ke sekolah, dah gerak dah pun tapi kena hantar dia balik rumah semula sebab sakit perut. Yang peliknya dia sorang je la kena cirit-birit. Mungkin dia makan sambal cili nasi kukus tu banyak sangat kot. Sambal tu memang pedas menyala. Lepas pergi klinik dapat MC 2 hari. Tapi hari ni dia sekolah macam biasa, dah takde ke tandas dah. Hopefully takdelah dia call cakap nak balik sebab sakit perut lepas ni.
2 Comments
Teringin pula nampak kuih akok tu hehe..
ReplyDeleteKadang gitu ler.. makan benda yang sama tapi ada pula yang tak selesa perut. Conclusionnya ada yang terlebih makan atau perut tak sesuai dengan makanan tersebut.
lama tk mkn lompat tikam...sedap buah longan tu
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!