Petang semalam bukak thread, lalu posting novelis Damya Hanna di timeline thread. Auwww!! Dia ada buat revamp version lah. Ai.. ni yang macam excited semacam ni. Tapi kitanya dah terlupa jalan cerita Bicara Hati ni. Sebelum balik rumah, kita seinggah dulu rumah lama nak ambik novel ni. Tak sabar sungguh rasanya nak belek-belek lagi. Terkenang zaman dulu-dulu. Tak tidur malam sebab nak marathon habiskan terus novel 1 malam.
Tak cari lagi yg edisi revamp ni di Tiktok or Shopee.
Edisi revamp ialah edisi kemaskini dengan fakta dan elemen teknologi terkini. Mesti Tengku Syahran tak pakai Honda Prelude lagi kan? Kikiki. Tapi, rupanya ada sequel jugaklah, Bicara Hati 2. Wahhh... apa agaknya konflik yang akan diketengahkan ek?? Ada ke blogger yang dah beli BH2 ni??
Baru start ulang baca, nak ambik feel balik.
Siapa peminat novel Alaf 21 zaman dulu kala??? Crazy betol la zaman dulu. Teringat zaman baca novel Ali Setan 2 hari tak keluar bilik zaman di UPM semata-mata nak habiskan novel Ali Setan yang tebal tu. Ahahaha.

4 Comments
Tahu nama penulis ni tapi belum pernah baca karya beliau.
ReplyDeleteMim peminat tegar sungguh ni, masih simpan novel zaman remaja 😀
owh...kiranya cerita pun berubah la.. sebab baru ni, pernah nampak buku RAM macam tu, tapi tak pasti la edisi revamp juga atau saja nak ubah kulit muka baru
ReplyDeletePernah dengar nama penulisnya. Tak pernah baca lagi.
ReplyDeleteMengimbau kenangan post ni. Novel Bicara Hati tu antara novel terawal Faa baca masa remaja dulu. Tapi lebih banyak bacaan novel Ramlee Awang Murshid. Mama bising baca novel cinta2 masa sekolah ðŸ¤
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!