Petang semalam bukak thread, lalu posting novelis Damya Hanna di timeline thread. Auwww!! Dia ada buat revamp version lah. Ai.. ni yang macam excited semacam ni. Tapi kitanya dah terlupa jalan cerita Bicara Hati ni. Sebelum balik rumah, kita seinggah dulu rumah lama nak ambik novel ni. Tak sabar sungguh rasanya nak belek-belek lagi. Terkenang zaman dulu-dulu. Tak tidur malam sebab nak marathon habiskan terus novel 1 malam.
Tak cari lagi yg edisi revamp ni di Tiktok or Shopee.
Edisi revamp ialah edisi kemaskini dengan fakta dan elemen teknologi terkini. Mesti Tengku Syahran tak pakai Honda Prelude lagi kan? Kikiki. Tapi, rupanya ada sequel jugaklah, Bicara Hati 2. Wahhh... apa agaknya konflik yang akan diketengahkan ek?? Ada ke blogger yang dah beli BH2 ni??
Baru start ulang baca, nak ambik feel balik.
Siapa peminat novel Alaf 21 zaman dulu kala??? Crazy betol la zaman dulu. Teringat zaman baca novel Ali Setan 2 hari tak keluar bilik zaman di UPM semata-mata nak habiskan novel Ali Setan yang tebal tu. Ahahaha.

15 Comments
Tahu nama penulis ni tapi belum pernah baca karya beliau.
ReplyDeleteMim peminat tegar sungguh ni, masih simpan novel zaman remaja 😀
owh...kiranya cerita pun berubah la.. sebab baru ni, pernah nampak buku RAM macam tu, tapi tak pasti la edisi revamp juga atau saja nak ubah kulit muka baru
ReplyDeletePernah dengar nama penulisnya. Tak pernah baca lagi.
ReplyDeleteMengimbau kenangan post ni. Novel Bicara Hati tu antara novel terawal Faa baca masa remaja dulu. Tapi lebih banyak bacaan novel Ramlee Awang Murshid. Mama bising baca novel cinta2 masa sekolah 🤭
ReplyDeletekakmieja menjenguk min disini
ReplyDeleteZaman Cie bujang dulu gitu la selagi tak habis baca selagi tu tak puas hati nak tay kesudahan. Rasanya familiar nama penulis ni.
ReplyDeleteAduhai Mim, baca entri ni terus terimbau zaman muda-muda dulu! Betul sangat, kalau dah dapat novel best, memang sanggup marathon sampai tak tidur malam semata-mata nak tahu ending. Zaman Alaf 21 dulu memang betul-betul meninggalkan kesan, seronok dapat imbau kenangan balik..akak ada dekat 1000 koleksi novel..ada yang blom baca dan masih berbalut lagi
ReplyDeleteMim, kalau tak silap kak ana tak lama lagi cuti sekolah ada Pesta Buku KL , boleh lah maii sini jumpa novelis
ReplyDeleteaiii kakmim ngajak kita recall semula gini. weols ada all her novel, best. cuma skrg ni, hendak membaca one book pun aduih... (alasannyaaa).
ReplyDeletewaduh mim kita geng ni. Bicara hati ni best sangat. Betul lah dolu2 kalau dapat buku cerita yang best sanggup tak tidur malam nak habiskan. Kadang sampai tersasul tenguk jam dah pukul 1 malam padahal besok nak kerja. Jadi paling selamat simpan dan baca pada hujung minggu. Masa opis akak kat pwtc bila pesta buku je hari-hari pi. Koleksi novel melambak tu. Sampaikan penulis alaf dah geng sampai sekarang macam kak Anis ayuni, kak puteri andalas, Rose harisa. Ada beberapa penulis alaf yang peberet akak. Kalau keluar novel baru je mesti sambar.
ReplyDeleteMemori daun pisang sungguh ni. Sekarang nak habiskan 1 buku pun aduhaiiiiiii.
ReplyDeletezmn2 bujang memang suka baca novel fantasi...terbuai2 dgn fantasi gitu
ReplyDeleteyes....alaf 21..suka novel2 dia..best
ReplyDeletemcm ada jugaks novel damya ni..emmm
Aiiiiih saya sukaaaaa novel2 alaf21 😍😍👍. Zaman saya kuliah di Penang 2002-2006 novel yg saya beli banyaaak alaf21 kak. Tp penulis fav saya Aisya sofea. Penulis yg di atas ini saya belum baca lagi
ReplyDeleteAkak ada novel ni 😁
ReplyDeleteMinat baca novel tak menurun kat anak-anak, novel simpan dalam container je.
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!