Duduk rumah hujung minggu dan line internet chipsmore! Begitulah ye nak blogwalking pun tak syok. Area taman kami ni Unifi tak masuk lagi, ada yang WFH yang perlukan internet diorang dah pasang Starlink. Kami masih tunggu Unifi ni, sebulan dia lagi katanya.
Nak reply komen pun nak loading page pun bercinta. So saya jawab sekali harung je lah ye untuk entri Mee Kampua semalam.
Ye, jawapan yang tepat dari SN Faaezahh, mee kampua ni asalnya menu kaum Cina. 100 markah untuk SN Faaezahh 👏 👍🏻 Tapi kat Sarawak ni mee kolok, mee kampua ni memang Melayu, Cina ada jual. Dah kita ni Muslim takkanlah nak makan stall or foodcourt yang non muslim pulak kan? Tapi non muslim nak lepak kedai muslim takdehal. So nak ke Sarawak janganlah takut nak makan ye.
Buat MZ, mee kampua tak sama dengan yee mee. Lain sangat. Struktur dan fizikal meenya macam mee kolok tapi mee kampua ni lurus je while mee kolok ada sedikit curly. Hehe. Tapi yang tak biasa memang fikir semua sama je. Tapi sebenarnya, tak 🤭
Macam laksa Sarawak sebenarnya dulu-dulu orang guna mee hoon yang kasar bukan yang halus tu. Sekarang jarang tengok orang jual laksa Sarawak guna mee hoon yang agak besar tu. Dan, laksa Sarawak tak ada telur rebus tau! Ahahaha. Ada tengok di FB ada yang letak telur rebus, memang dah derhaka resepi betul. Laksa Sarawak guna telur dadar yang dah dihiris halus.
Eh, masuk cerita lain pulak. Kalau yang bukan penggemar makanan chinese style mungkin takkan appreciate lah bila makan-makan di Sarawak ni. Hihi. Pernah dulu bawak member dari Semenanjung makan mee kolok Hj Salleh, dia tak masuk kau makan mee tu. Memang tak dapat nak habiskan semangkuk mee tu. Kecik hati kiter. Ahahaha. Iye lah makan tak tanya dulu terus dia curah semangkuk sup tu ke dalam mee, memanglah mee dah kembang 😆 memang lah dah lain rasanya. Makan mee kolok tu memang kering je sebab mee kolok tu dah digaul minyak bawang. Sup tu untuk dihirup je. Hihihi. Tapi ada je orang makan mee kolok sup tapi tu lain la pulak cara buatnya. Takpelah, kita raikan citarasa orang. Setiap orang tak sama citarasa. Macam saya, saya tak makan tempoyak dan petai. Itu je yang tak masuk. Ahahaha.

1 Comments
Oo.. gitu eh makan mee kolok.. akak campur kuah sekali tapi sebab mee kolok Hj Salleh sedap.. habis semangkuk🤭
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!