16 Mei 2026, masih tak terlambat lagi kot saya nak mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat sahabat-sahabat blogger saya yang juga bertugas sebagai guru dan pendidik. Mak-mak, bapak-bapak pun guru-guru pertama bagi anak-anak kita. So Hari Guru ni sebenarnya hari untuk semua jugaklah kan?
Kisah di hari Sabtu yang lalu, walaupun Hari Guru, kami tetap juga kerja. Macam biasalah kalau kerja di hari Sabtu semestinya buat kursus untuk komuniti. Biasalah Kolej Komuniti memang sinonim dengan pembelajaran sepanjang hayat (PSH), so hujung minggu hari untuk berkongsi ilmu bersama komuniti tak kira peringkat umur.
Macam biasa sayalah tu, kerja di sebalik tabir.
Kami anjurkan kursus yang ditaja sepenuhnya oleh MEITD (agensi kerajaan negeri Sarawak) so pada 16 Mei, 4 kursus hari tu adalah percuma. Siap ada lunch pack lagi untuk peserta.
Kursus-kursus kami untuk Karnival PSH, TVET & Keusahwanan pada tahun 2026 ialah:
- Kursus Asas Pendawaian Elektrik Domestik & Keselamatan
- Kursus Penghasilan Makanan Sejuk Beku
- Kursus Strategi Pemasaran Digital Berkesan
- Kursus Keusahawanan TVET dan Inovasi
Antara AJK yang bertugas, terima kasih semua!!


2 Comments
Kursus tu sehari je ke KM seperti talk atau 16hb tu hari pengambilan peserta.
ReplyDeletekursus sehari je kak, habis kursus dapat sijil penyertaan
DeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!