Kerja di Hari Sabtu

16 Mei 2026, masih tak terlambat lagi kot saya nak mengucapkan "Selamat Hari Guru" buat sahabat-sahabat blogger saya yang juga bertugas sebagai guru dan pendidik. Mak-mak, bapak-bapak pun guru-guru pertama bagi anak-anak kita. So Hari Guru ni sebenarnya hari untuk semua jugaklah kan?

Kisah di hari Sabtu yang lalu, walaupun Hari Guru, kami tetap juga kerja. Macam biasalah kalau kerja di hari Sabtu semestinya buat kursus untuk komuniti. Biasalah Kolej Komuniti memang sinonim dengan pembelajaran sepanjang hayat (PSH), so hujung minggu hari untuk berkongsi ilmu bersama komuniti tak kira peringkat umur. 

Macam biasa sayalah tu, kerja di sebalik tabir. 

Kami anjurkan kursus yang ditaja sepenuhnya oleh MEITD (agensi kerajaan negeri Sarawak) so pada 16 Mei, 4 kursus hari tu adalah percuma. Siap ada lunch pack lagi untuk peserta.

Kursus-kursus kami untuk Karnival PSH, TVET & Keusahwanan pada tahun 2026 ialah:

  • Kursus Asas Pendawaian Elektrik Domestik & Keselamatan
  • Kursus Penghasilan Makanan Sejuk Beku
  • Kursus Strategi Pemasaran Digital Berkesan
  • Kursus Keusahawanan TVET dan Inovasi

Antara AJK yang bertugas, terima kasih semua!!
 

Post a Comment

10 Comments

  1. Kursus tu sehari je ke KM seperti talk atau 16hb tu hari pengambilan peserta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kursus sehari je kak, habis kursus dapat sijil penyertaan

      Delete
  2. tahniah buat kakmim dan team... selamat hari guru

    ReplyDelete
  3. Hari guru sambut sebulan...hahaha...Selamat Hari Guru buat Mim dan semua pendidik! Betul tu, mak bapak pun dikira guru pertama untuk anak-anak. Walaupun terpaksa kerja hari Sabtu sempena Hari Guru, tetap terbaik sebab buat program komuniti. Semoga segala urusan Mim dan team dipermudahkan

    ReplyDelete
  4. Best jugak program macam ni sekali sekala keluar dari office.

    ReplyDelete
  5. happy teachers day beautiful sista.

    ReplyDelete
  6. Selamat HAri Guru buat semua cikgu di Malaysia. Mak dan Bapak kita pun cikgu bagi anak-anaknya sebab mereka yang mengajar kita sebelum kita bersekolah dan berjumpa dengan cikgu.

    ReplyDelete
  7. selamat hari guru utk semua warga pendidik di malaysia

    ReplyDelete
  8. Dulu saat msh kerja, saya sukaaa sangat masuk Sabtu. 🤣. Krn awal2 dapat overtime kan. Lalu setelah jabatan dah tinggi, masuk Sabtu diganti hari libur. Bagus juga, sebab bisa utk tambahan traveling 😄

    ReplyDelete
  9. Dalam beberapa minggu ke hadapan..kmk orang ada berkursus di Kolej Komuniti Semariang...mungkin bukan pada hari sabtu hehehe

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!