Apakah UPKK?
Ujian Penilaian Kelas KAFA atau singkatannya UPKK diadakan untuk menilai tahap kemahiran, kebolehan dan penghayatan murid-murid tahun 5 dalam bidang pengajian Al-Quran, Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah), Sirah, Adab (Akhlak Islamiyah), Jawi dan Khat dan Asas Lughatul Quran.
Terdapat 9 Subjek Peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) mulai tahun 2024 iaitu
- Amali Solat
- Penghayatan Cara Hidup Islam (PCHI)
- Tilawah Al-Quran
- Pelajaran Jawi dan Khat
- Sirah
- Ibadah
- Aqidah
- Adab (Akhlak Islamiah)
- Lughah Al-Quran
Format Baru Penilaian UPKK
5 Perubahan Format UPKK iaitu:
- Subjek Tilawah AlQuran daripada dua kertas menjadi satu kertas.
- Ulum Syariah dipecahkan kepada dua matapelajaran iaitu “UPKK 02 Akidah” dan “UPKK 07 Ibadah”. Pecahan ini menyebabkan UPKK menjadi 9A.
- Bagi subjek Adab sebelum ini ada kertas 1 dan kertas 2. Format baru Adab menjadi 1 kertas sahaja.
- Tempoh masa bagi ujian bertulis bagi semua kertas ditetapkan selama 1 jam 15 minit sahaja berbanding sebelum ini ada kertas 1 jam 30 minit dan ada juga 2 jam.
- Setiap subjek akan ada soalan berkaitan dengan perkara asas. Perkara asas ini akan ditanya di bahagian A setiap subjek.

16 Comments
Deus caritas est!
ReplyDeleteMoga dipermudah kan semua nya buat anak2
ReplyDeletesemuga semuanya berjalan lancar dalam menjawab soalan.
ReplyDeleteRasa macam baru je anak sedara ujian UPKK, ehh lupa dah masuk tahun baru pulakk date kann..
ReplyDeleteoo dah keluar ye.. adeh mula lah mak dia yang berdebar ni...
ReplyDeletemim nanti email kat saya notie.bakrian@gmail. Akak nak nama alamat dan no phone
ReplyDeletetahun depan baru ada yang nak UPKK..tahun ni mak rileks sikit
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan.
ReplyDeleteSemoga anak2 yg nanti akan mengikuti ujian ini, dimudahkan semuanya . Dibuka dan diterangi pikirannya dalam menjawab soalan ❤️❤️
ReplyDeletebittawfeeq wannajah utk anak2 kita semua
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan anak2 murid kita semua., aminn
ReplyDeleteHabis dah anak2 UPKK. Sek KAFA taman Cie ni dah busy kelas & kem setiap hujung minggu.
ReplyDeletesemangat-semangat-semangat~
ReplyDeleteTak perasan tahun ni ada anak buah ambil UPKK ke tidak.
ReplyDeleteBaca info ni pun dah buat mak-mak yang ada anak tahun 5 rasa berdebar sekali. Terima kasih Kakmim kongsi info padat macam ni. banyak juga ya perubahan format baru UPKK bermula tahun ni. Pecah sampai jadi 9A terus! Masa peperiksaan pun dah dipendekkan jadi 1 jam 15 minit je
ReplyDeleteTamat dah bahagian ammi untuk pantau anak-anak nak UPKK ni... tahun ni kita fokus kat PKSK pulak
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!