Tapi Sayang...

Sekali pandang terus jatuh cinta. Designnya estetik. Tapi cinta tak semestinya memiliki.

Oh ya, ini gambar semalam. Sampai je di bumi KL semalam, lepas check in hotel terus cepat-cepat ke Sogo. Cari makan katanya.

Tiba-tiha...


Sekali pandang, aduh terjatuh hati. Pegang, belek dan hati terpaut lagi. Adakah ia akan menjadi buah hati?


Harga asal RM399, mana tak jatuh hati bila tengok harga sekarang RM149. Nak beli tapi kuggage hanya 15 kg. Saat macam ni pulak ofis tak dapat nak sediakan tiket flight. Sebelum ni elok je dapat 40 kg luggage tapi tak beli apa pun. Sebab tu lah kena ambik gambar menandakan ianya pernah bertakhta di hati walaupun hadirnya sekejap cuma. Saya masih dapat bersiri di bumi nyata. Jangan dituruti nafsunya membeli.

Dan kali ni kami tak nak pisang berbuah dua kali. Masa rehat tengah hari je kaki pantas bergerak nak ke Jalan TAR dan seterusnya terus ke Sogo. Slot menyelinap keluar di sebelah siang berjaya dengan jayanya.

Sebelah petangnya kami bersemangat nak siapkan tugas masing-masing. Detik jam 5, laptop dimatikan dan terus segera naik ke bilit. Simpan laptop, tukar baju dan keluar lagi. Tengah hari kan dah keluar berbaju batik. Cukuplah sekali. Ayuh, aelepas tukar seluar dan blouse kami keluar lagi dan sasaran seterusnya ialah Sogo.

Tapi sayang..

Keluar je dari hotel, hujan pun turun. Dan kami hanya mampu melihat Jakel Mall dari kejauhan.

Tapi jangan bimbang, Ariani sale gila-gila. Beli 1 shawl, 2 tudung printed dan 1 tudung bawal plain, harga asal RM376 jadi RM126 sahaja. Saya suka!



Keluar dari Ariani, hujan masib lebat dan kami pun balik ke hotel. Plan ke Sogo kensel, tak sanggup nak berhujan. Akhirnya kami ambik keputusan dinner di hotel sahaja dan ready untuk slot sebelah malam. Back to square one. Kembali ke mode penjawat awam yang berdedikasi.

Esok balik! 





 

Post a Comment

11 Comments

  1. Sekarang dah masuk musim Tengkujuh. Pesanan khidmat masyarakat 'Sediakan payung sebelum hujan'.

    ReplyDelete
  2. Alahai godaannya menyinggah juga di hati PH ni 🫣

    Selamat bertugas ye kakmim

    ReplyDelete
  3. Ada hikmahnya Allah turunkan hujan tu, ihiii.
    Mungkin rezeki utk kembali lagi sekali.

    ReplyDelete
  4. Pernah ada juga tudung brand Ariani. Tudung jenis sarung.

    ReplyDelete
  5. Musim hujan memang kurang bestlah nak berjalan kan..
    murah betul harganya lepas diskaun..

    ReplyDelete
  6. yang penting, ada juga yang dapat di beli..puas la hati.. hihihi

    ReplyDelete
  7. Wow banyak tu diskaunnya. Sogo kalau Akhir tahun banyak harga runtuh apa lagi kalau krismas Dan tahun baru. Katanya habis kan stok lama nak isi baru. Kadang berbaloi beli time offer

    ReplyDelete
  8. jauh tu mim dtg berkursus yer..bestnya dpt selit shopping jugak sambil2!

    ReplyDelete
  9. laaaaa...datang semenanjung ke dia ni.

    ReplyDelete
  10. Aiiiiih terselamatkan dengan luggage yang limited kaaak 😄😄😂. Tapi cantiiiiik memang. Cuma tuhlaaah, saya kalau ketemu yang begini pun, akan berpikir berkali2, bagasi cukup tak. Nanti rusak tak.. akhirnya memang tak akan beli 🤣

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!