Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

29/07/2021

Baru Dapat AdSense

July 29, 2021 35 Komen


Mungkin ada yang perasan kot kat sini dah ada AdSense. Hahaha!
Baru je godek² semalam.
Sebelum ni AdSense ni tak connected pun dengan kakmim.com sebab masih site yang lama dulu.
Mulanya memang tak kisah sangat pun dengan bendalah Adsense ni.
 Tapi jadi seronok juga bila baca entri blogger² tegar share tentang AdSense diorang.

Kakmim ni..
Nak mengharapkan income yang banyak tu memang taklah sebab memang tak fokus pun serious sharing.
Content ala² diari mak-mak jer.

Walau bagaimanapun...
Kakmim kagum dengan blogger yang memang dapat banyak passive income daripada blog.
Kakmim tumpang gembira tengok adik² semua berjaya dalam bidang yang diminati.

All the best semua!
Selamat Hari Khamis.
Esok Kakmim BDR balik.. hehehe.


nota kakmim: menulis apa terlintas di hati
 

27/07/2021

Segmen Renew Bloglist 2021

July 27, 2021 6 Komen


Lama dah tak join segmen yang dianjurkan oleh sahabat blogger. 
Malam ni ada free sikit bolehlah nak mengadap blog ni. 
Mudah-mudahan bolehlah merapatkan ukhwah antara blogger walaupun di alam maya sahaja.


Nama segmen, Segmen Renew Bloglist 2021, anjuran blogger Ika Shoid
Macam biasalah saya akan sertakan T&C segmen ni dulu ye. 
Manalah tau ada yang belum join tetiba rasa nak join kan?
Instructions:

1. Follow blog JJM Jari Jemari Menari &  Instagram (WAJIB) 

2. Buat entry tajuk : " Segmen Renew Bloglist 2021'

3. Letak banner di atas & link kan ke entry ini. 

4. Minta kalian like gambar di Instagram Ika untuk support ika dalam meng-review buku. 

5. Letak link entry yang sudah di publish ke ruangan komen. 



Mudah saja kan? Rupanya saya dah follow pun blog Ika Shoid ni.
Tapi rasanya jarang pulak BW ke sana. 
Maaf ye Ika.
Insya Allah lepas ni kita lepak-lepak lah ye.

Bah, bah, apa tunggu lagi.
Mari memeriahkan segmen Ika.
Yeay!!




03/07/2021

Dapat Kad Raya Dari Blogger Shida Radzuan

July 03, 2021 12 Komen

Cerita Isnin lepas, penghujung Jun. Kita dapat kad raya!

Macam biasalah dah petang baru menjenguk ke dunia luar. Baru bukak pintu menunggu ketibaan si Ayah balik dari mencari rezeki.

Tiba-tiba.. eh macam banyak je benda kat dalam post box. Mintak tolong si Abang tengokkan dan dia pun ambillah semua benda yang ada dalam post box.

Saya belek satu per satu. Ada surat dari insurans, bil air dan eh, sampul personal dari Perak!! 

Baru saya teringat dulu Shida pernah mintak alamat saya. Selalunya memang saya guna alamat rumah mak sebab kat situ memang ada je manusia di rumah masa orang bekerja. Tapi memandangkan situasi sekarang yang masih BDR, saya guna je alamat rumah untuk semua urusan pos mengepos termasuklah urusan Shopee. Hiks! Kalau dulu takde rahsia, kalau ada beli barang wajib bapak tau sebab dia yang ada kat rumah untuk accept semua tu. Nasiblah tak kena marah. Cuma masih ada soalan, beli apa lagi tu? Hihihi.

Begitulah bapak-bapak kan? Walaupun anak-anak dah tua beranak-pinak masih lagi mengambil berat urusan anak-anak. Kadang-kadang kalau tengok apa yang kita beli macam best dia akan mintak beli jugak. Hehehe. Bapak saya pun suka tengok barang di Shopee. Nanti kalau ada yang berkenan dia akan suruh adik bongsu saya belikan. 

By the way, terima kasih Shida pos kad raya jauh ke Bumi Kenyalang. Lamaaaaa sangat dah tak dapat kad raya tau. Walaupun hari raya Adil Fitri dah lama melabuhkan tirai, Kakmim ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk Shida sekeluarga. Nanti dah clear pandemik jemput-jemputlah cuti-cuti di Kuching ye semua.

Shida mana yang bagi kad raya ni? Jom jenguk blog beliau di sini https://www.shidaradzuan.com/?m=1

 

02/07/2021

Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com

July 02, 2021 11 Komen

 


Salam Jumaat semua!!

Entri pertama untuk bulan Julai kita rasmikan dengan join segmen dari Mia Liana. Korang dah join ke? Kalau baca post ni sebelum 10.30 pagi sempat lagi tu. Jom! Syaratnya senang je.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog MiaLiana.com / Like Fanpage MiaLiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #41 MiaLiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.

Bila nak follow blog Mia ni, rupanya dah follow dah tapi jarang pulak saya lepak kat sana. Insya Allah lepas ni selalu lah lepak sana, IG pun rupanya dah follow. Ai.. begitulah, bila jarang blogwalking ni rasa bersalah pulak main follow kemudian tinggal je. Maaf ye semua! Saya jenis tak feel baca guna henfon, kena baca bukak pc jugak baru puas mata memandang.

Hmmm... Ini kisah saya pulak. Semalam saya seharian berwebinar, straight 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Kalau webinar kitorang ni bukak program lain di pc memang dikira tak hadir, rugi je kalau attend sambil buat kerja lain nanti dikira tak hadir. So kenalah bukak Webex tu je sehari-hari. Kena fokus betul-betul. Bukan menyelam sambil minum air. Lepas tu malam ada baca Yassin jugak secara GM tapi guna henfon je. Bila nak buat keja guna pc ah sudah, pc tak boleh on.

So hari ni kita bersiaran langsung dari ofis!! Sebab ada bengkel online lagi hari ni. Sebelum tunggu bengkel mula tu dapat la menaip sepatah 2 kata di blog ni. Yahoo!!


28/01/2021

Throwback Thursday: Blog Wordpress 2008

January 28, 2021 13 Komen

Blog lama dah jumpa balik!!!! 


Rindunya blog Miss Chrome aka MC nih!!! 


Rasa nak melompat jer depan pc bila dapat track balik blog zaman BBNU ni. Poyo ah! Hahaha!


Warna hijau rupanya. Sampai warna template pun dah lupa.


Nak letak sini jugaklah screen shot Wordpress ni. Manalah tau suatu hari nanti Kakmim 'MIA' lagi di alam blog ni. Kalau tetiba muncul balik at least dapat jugak track dekat sini. Insya Allah


Tapi, Wordpress ni bukan blog pertama Kakmim. Blog pertama Kakmim dulu guna Blogdrive. Linknya nagacute.blogdrive.com sebab masa tu memang guna nick nagacute. Tapi email yang guna masa tu pun dah lupa, memang tak dapat nak login. Rasanya bila dah move on dengan 'sesuatu' dulu Kakmim delete kot blog pertama ni. Lepas tu bila orang dah ramai guna Blogspot barulah wujudnya kelisabiru.blogspot.com pulak.


Tapi....

Bila nak bukak blog tu, tak boleh pulak. Lupa dah username & password apa nak login. 


Itulah pengajarannya bila suka 'curang'. Sekejap di blogdrive, sekejap di blogspot, sekejap lagi di wordpress. Haaa.... ambik kau, padan muka.


Bila baca lagi di previous page wordpress tu kan, rupanya dulu kita ada Multiply jugak ye. Kalau tak silap memang lebih kepada untuk post gambar je. Bila klik je link http://sukmaville.multiply.com/ tu dah tak boleh access dah. Tak ingat pun ada akaun Multiply ni. Kalau Friendster tu ingatlah jugak. Ada 1 lagi tu yang seangkatan dengan Friendster, glamer jugak tu, lupa pulak namanya.


Apa ek? Adoi la... memang tak ingat ni. Ada sesapa yang ingat ke?

08/01/2021

Happy Weekend!

January 08, 2021 7 Komen


Hari Jumaat hari yang ditunggu-tunggu oleh kami-kami yang makan gaji. 
Sementara SYMA di hujung minggu belum bermula lagi, maka kita nikmatilah dulu masa berehat di hujung minggu!!



I am always happy to meet my friend, and my friend is my weekend. ~ Debasish Mridha



Selamat Berhujung Minggu semua!!!

07/01/2021

Giveaway by ejulz & anakdenesor

January 07, 2021 12 Komen
Hari ni kita join GA by Ejulz & Anakdenesor ni. Senang sangat syaratnya ni. 
Follow blog & IG diorang je. 
Lepas tu.. DONE!!





 Syarat2 Penyertaan Giveaway by ejulz & anakdenesor


1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;
2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & anakdenesor". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;
3. Follow blog ejulz dan anakdenesor;
4. Follow IG ejulz dan anakdenesor;
5. Tinggalkan penyertaan dan nama  diIG korang post ini;
6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.



Tarikh Tamat : 15 JANUARI 2021



notakakmim: teringin nak anjurkan segmen ke GA ke, ada yang nak berkolaborasi ke? berdua lebih baik. meriah sikit ye dak?

15/12/2020

05/12/2020

Digital Arts Giveaway

December 05, 2020 16 Komen

Jom la kita join giveaway dari pemblog Cuya ni. Support rakan-rakan pemblog yang lain di samping memeriahkan blogsphere kita ni.



Kalau nak join ada syarat-syaratnya.. senang jer, cuba baca dulu pastu boleh lah join sekali.


Syarat-syarat dari Cuya:

1) Copy banner, backlink dan tulis entri blog bertajuk " Digital Arts Giveaway"
2)Follow setiap sosial media di bawah. Satu follow akan dapat  satu nama untuk undi.

*Follow blog ni  https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/ (satu cabutan undi)
@prelovebukubycuya (satu cabutan undi)
@artsbycuya  (satu cabutan undi)
@ _suhxj  (satu cabutan undi)
*  Subscribe Youtube La Dolce Ame (satu cabutan undi)

Ini bermakna,kalau follow ketiga2 instagram,blog dan youtube di atas, nama anda berpeluang dicabut sebanyak lima (5) kali.
Satu ig mewakili satu nama untuk dicabut undi.Begitu juga sekiranya anda subscribe channel saya.

3) Copy gambar dan ayat di bawah ke dalam entri anda.



 Anda suka sekiranya gambar anda dilukis dan menjadi digital?

Tak tahu mana nak cari orang untuk lukis?
Nah...jom order dengan cik Cuya kita.
Harga serendah RM6 sahaja untuk seorang!






 

Senang je kan? Jangan risau tempoh nak join giveaway ni lama lagi iaitu dari 5 Disember 2020 - 5 Januari 2021. Sempat lagi tu.


notakakmim: bakat yang tak ada pada kakmim ialah melukis! 

03/12/2020

Top Commentator - November 2020

December 03, 2020 10 Komen

Bismillahirrahmanirrahim..


Buat pertama kalinya Kakmim nak announce top commentator untuk blog Monolog Kakmim sejak Kakmim mula aktif berblog balik sejak Julai/Ogos hari tu. Alhamdulillah, ada jugak kawan-kawan baru yang sudi baca blog Kakmim yang tak seberapa ni. Terharu!


Pada mulanya Kakmim nak update blog saja-saja je sebab memang dah azam awal tahun 2020 ni untuk aktifkan blog balik. Tapi tak terjangka pulak sejak aktif dan dapat ramai kawan-kawan baru terus excited pulak nak update blog setiap hari. Setiap hari Kakmim akan tertunggu-tunggu update terbaru dari blog kawan-kawan lain. Tambahan lagi ada jugak siri cerpen yang terkait dari 1 entri ke entri yang lain. Seronok! FB personal sekarang memang dah jarang dah nak scroll kecuali nak tengok gambar-gambar dari Memories je. IG tu masih jugak la scroll tengok-tengok gambar.


Oleh itu buat pertama kalinya Kakmim nak bagi sedikit penghargaan kepada pemblog yang selalu komen bertalu-talu di sini. Nanti emailkan address korang kat Kakmim ye. Email kat mfaizura@gmail.com tau!


Jeng jeng jeng!! Tak surprise pun sebab boleh jer tengok kat kiri side bar tu kan. Hehe! Mereka yang bertuah untuk julung-julung kalinya pada tahun 2020 ni ialah pemblog seperti di bawah ni. Jangan lupa tau email alamat postage ke email Kakmim. Wajib!



Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada pemilik Blog Sihatimerahjambu atau Fiza si graphic designer ni yang telah berjaya mengungguli carta top 5 kerana rajin spam komen di setiap entri Kakmim. Setiap entri Kakmim dia baca dan komen kot. Terharu sangat. Auwch! Thank you Fiza.


Senarai nama pemblog di atas ni wajib email Kakmim ya!!


Kepada kawan-kawan pemblog yang lain juga Kakmim nak ucapkan terima kasih jugak kerana sudi bertandang di blog Kakmim ni dan juga bagi respon walaupun takde review, takde resepi, takde contest, takde apa pun... cuma cerita peribadi dan anak-anak je. Terima kasih banyak-banyak tau. Semoga ukhwah kita tidak akan terhenti di sini sahaja.


Walaupun kita jauh di mata tapi tetap dekat di alam blog kan? Doakan Kakmim akan terus istiqamah untuk terus berblog sehingga tahun-tahun yang mendatang dan sentiasa istiqamah blogwalking ke blogsphere ni untuk meneruskan ukhwah maya yang telah terjalin. Insya Allah.. aminnn.

24/11/2020

Review daripada Blogger Misya

November 24, 2020 5 Komen

Terlebih dahulu nak ucap terima kasih kat Misya. Terima kasih, Misya cantik.

.

Sini ada sedikit trivia untuk nama Misya. Misya ni adalah nama watak kepada anak Zainal Arief dan Kamalia Najwa dalam teledrama Sehangat Asmara hari tu. Hihihi. Takde kaitan pun dengan blogger Misya sebenarnya cuma Kakmim teringat nama watak dalam cerita tu je. Ok closed case.

.

Semalam kan blogger Misya dah review blog Kakmim dah. Malunya. Hihihi. Kenapa pulak kena review? Alaa.. sebab dulu Kakmim join contest Misya, alaaa yang berkenaan no 10 sempena bulan Oktober tu.

.

Tak pernah baca ek? Baca sini ye Segmen 10 Blogger Terpantas

.

Nak baca review dari Misya? Haa.. sini tau. Ada jugak review untuk blog blogger yang lain. So marilah menerjah blog Misya dan menambah ahli kenalan alam maya yang lain.


Betullah Misya, Kakmim menulis dari hati je. Terasa macam bercakap dengan blog ni sebab tu lah tagline blog Monolog Kakmim ni suatu masa dulu ialah ngerepak dalam hati. Ngerepak dalam bahasa Sarawak maksudnya membebel. Yes, membebel dalam hati. Sekarang dah malas dah nak membebel, baik tulis yang baik-baik je. Iyer dok? Biasalah dulu muda-muda dulu emosional sikit. Sekarang dah nak senior dah malas dah nak membebel. Dalam socmed pun jarang dah nak update status.

.

Manusia berubah. Kan? Insaf tak? Hahahaha.

.

Tapi.. lucu pulak baca nota kaki Misya tu, ada ke penulisan ganas? Macam-macam je. Hehehe.



21/10/2020

Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya

October 21, 2020 13 Komen

Lama dah tak bersosial dengan warga blogger seantero alam. Hari ni macam ada mood jer nak join segmen yang dianjurkan oleh rakan blogger yang lain. Actually blog Misya ni Kakmim pun baru jumpa sekejap tadi selepas blogreading di blog Dunia Sebenar Syida. Memang sesuai sangatlah nak join kan sebab baru jer jadi follower dia yang ke-2269. So mari kita teruskan.

 1. Wajib follow my blog www.aimisyahirah.com - Done! Kakmim follower ke-2269. Hihihi.


2. Wajib follow my instagram @marvelousmisya dan @ftimber_putrajaya - Done! Kakmim dah follow tau, nak follow balik, silakan search @mfaizura 

3. Copy dan paste banner di atas dalam entry anda bertajuk 
"Segmen 10 Blogger Terpantas by Misya". - Ini pun done!!

4. Extra syarat dari Misya - berkaitan no 10.

Baiklah, 10 ye. Ada apa dengan 10 bagi Kakmim.



Kenapa no 10 special buat Kakmim? Bulan 10 ni lah Kakmim dengan rasminya telah mendapat gelaran keramat seorang IBU. Yes, anak sulung Kakmim telah dilahirkan secara ceaserean pada 30 Oktober 2009, iaitu 11 tahun yang lalu. Minggu depan genaplah 11 tahun perut Kakmim telah dibelah 7 lapisan. Ouch, ngilu pulak rasanya.

Dan kerana anak sulung inilah Kakmim mencurah semua rasa di sini. Sepatutnya EDD Kakmim ialah pada bulan 11 tapi oleh kerana si kakak ni dulu breech, maka Kakmim terpaksa dijadualkan bersalin awal secara ceaserean. Sepanjang tempoh nak 'dibelah' perut semuanya Kakmim dah coretkan di SINI.

Dan kerana anak sulung yang dilahirkan pada bulan 10 inilah muncul akronim IMAN bagi keempat-empat anak Kakmim. Semuanya tak dirancang tapi memandangkan yang sulungnya IMAN (Iman Madihah Abdul Nizam) maka yang lain pun terIMAN jugak. Sebab tu suka guna hashtag #theIMANs

Kenapa 10 ni special? Kerana bulan 10 juga bulan kelahiran Encik Suami, which is birthdaynya ialah esok, 22 Oktober. Masa tahun 2009 dulu, seminggu selepas birthday Encik Suami barulah 'special gift' dia keluar. Syukur sangat.

Pendek kata, bulan 10 ni memang banyak throw back lah. Suka cerita dengan #theIMANs kisah-kisah semasa mengandungkan mereka dan cerita di sebalik kelahiran mereka. Benarlah setiap anak punya 1001 cerita, 1001 pengalaman.

Harap-harap sharing mengenai no 10 ni menepati syarat dari blogger Misya ye. Salam kenal ya, Misya. Bagi yang baru pertama kali membaca blog Kakmim ni juga salam kenal dari Kakmim di Bumi Kenyalang. Jenguk-jenguklah selalu Kakmim di sini. Walaupun Sarawak jauh di seberang Laut Cina Selatan tapi di alam blog kita bertemu jua.

So kengkawan yang lain yang nak join segmen by Misya ni bolehlah join di http://www.aimisyahirah.com/2020/10/segmen-10-blogger-terpantas-by-misya.html ye.



20/07/2020

Tiber

July 20, 2020 1 Komen
Tiber. 

Term budak² hipster zaman sekarang.

Terasa lama jugak tak bukak blog ni. Hari ni buka tetiba nampak banyak pulak orang selongkar post-post lama.


Siapakah gerangannya? Hahaha. Nantilah Kakmim update lagi. Jenguk sekejap je ni. Sekejap lagi ada sharing knowledge session. Kalau free adalah entri hari ni. Kalau senyap je, paham² je lah. See ya. Selamat hari Isnin.

17/01/2020

BLOGLIST 2020 BY NASIHATTERMASYHUR

January 17, 2020 1 Komen

Hai.. assalamualaikum
Salam Jumaat
Semalam tak update, sebab semalam cuti ganti
Kan hari tu dah kerja Sabtu & Ahad
Dan..
Bila cuti, mode pun bertukar ke surirumahtangga
Macam takde masa nak belek henpon ke apatah lagi nak on pc
So hari ni Jumaat belum ada review lagi
Kalau ada masa nantilah saya review k

Bila bloghopping blog blogger yang lain, ramai yang join segmen ni
BLOGLIST 2020
Actually saya, kalau jumpa blog yang aktif selalu je add terus ke bloglist
Ye lah saya tak ramai dah member blog dah sekarang
So follow je mana yang aktif
Kekadang rajin saya komen, kekadang jadi silent reader je

Ni usaha nak menambahkan kenalan blog, so kita join ikut trending
Ok ke idok?
Caranya mudah saje, tuan blog pun dah letak camne cara nak join dia punya segmen.


Cara nak join mudah sahaja. 

  1. Follow blog ni : nasihattermasyhur.blogspot.my 
  1. Make a post in your blog, title: BLOGLIST 2020 by nasihattermasyhur 
  1. Place banner segment ini sekali dengan backlink ke entry ni
  1. Comment di backlink kat no. 3 tu.

Ok, done!!

04/01/2020

Koleksi Banner Blog

January 04, 2020 0 Komen
Tiap tahun mesti tukar banner lah kan. Walaupun sebenarnya tukar kaler jek. Yang penting, tukar. Hahahaha. Tahun ni kita tukar font jugak. Hihihi.

2018

2019

2020


Koleksi banner untuk Monolog Kakmim dari 2018 hingga 2020. Sama jer. Jangan marah ye. Hihihi. Takde mood nak design, skill dah lama menghilang. 

Design untuk banner ni sebenarnya didesign pada tahun 2015. Masa tu kat ofis lain, bukan ofis sekarang. Hihihi. Tak caya ini haaa.

Ini original design pada tahun 2015. Ok, bye.

16/12/2019

Segmen Bloglist Safirul Amar.Com

December 16, 2019 4 Komen
Hai.. korang dah lunch? Masa lunch korang buat apa ye? Eh, mestilah makan kan? Alaa.. jangan la marah, tanya jer.  Kakmim dah makan awal tadi so sekarang bolehlah meronda-ronda di alam maya. Hehe. 

Masa bloghopping tetiba Kakmim terjumpa entri pasal Segmen Bloglist dan Banner Header Safirul Amar.Com ni. Why not kan Kakmim memeriahkan penyertaan segmen anjuran Encik Safirul Amar ni kan? Lagipun tak susah pun. Follow IG dia pun dah. Follow kat sini je instagram.com/safirulamar_ Sesiapa yang terbaca entri ni, ada blog, boleh lah join sekali k. 


Kalau nak follow IG Kakmim pulak boleh klik link ni je IG/kakmim 😜 Kah kah.. nak jugak. Lariikkk!!!

02/05/2019

Senang ke tak nak komen guna Disqus ni?

May 02, 2019 3 Komen
Biasalah nak balik ni blogwalking dulu so saya singgah di blog Mizan ni. Macam best pulak widget komen yang dia pakai. Saya try lah. Hihihi. 

Perasan tak ni??? Disqus ada kat bawah post ni. Haa.. macam ni lah rupanya.


So far tak tau lagi menyusahkan kawan² nak komen atau menyenangkan. Apapun, kita try dulu la yek. Apa kata kawan² try komen guna Disqus ni??

OK ke KO???

Kalo KO pasni saya remove widget ni. Hehehehe.

25/04/2019

SEGMEN BLOGWALKING TWJ APRIL 2019

April 25, 2019 3 Komen

Segmen Bloglist yang ke-3 saya join untuk bulan ni. Jangan tertipu dengan banner tu sebab segmen bloglist TWJ ini telah dilanjutkan sehingga 30 April 2019. So kepada blogger yang belom join tu meh la kita sama-sama memeriahkan segmen sahabat blogger kita di samping menambah kenalan di alam maya. 

Jom la singgah di blog The Wonderful Jannah!!


Segmen dilanjutkan sehingga 30 April 2019

Tapi lepak lah jugak di Monolog Kakmim ni tau. Tapi kan kat sini takdelah apa yang menarik sangat cuma Kakmim ada 4 orang anak yang comel je. Sebab Kakmim selalu cerita pasal diorang je. Hehehe. Kalau tak cerita pasal #theimans cerita pasal aktiviti dengan diorang je. Biasalah blog mak-mak macam tu lah. Hehehe.

Asalnya blog ni dulu pun sebab nak cerita pasal kerjaya, pasal persiapan kahwin, pasal pengalaman mengandung tapi sekarang ni dah nak masuk kategori mak-mak mestilah cerita pasal anak-anak pulak. Ye dok? Hehehe.

Ok tak? Kalau ok, follow lah Kakmim, k. Daaaa~

24/04/2019

Segmen Bloglist Fizacrochet

April 24, 2019 6 Komen

Ini kali kedua saya join Segmen Bloglist untuk bulan April ni. Bulan lain tak tau lagi sebab tak tau boleh aktif sentiasa atau tak. Hihihi.

Best jugak sebenarnya ada segmen macam ni, at least dapat jugak kenal geng blogger baru. Geng-geng lama semua dah pencen (kot). Hehehehe.

Bila first time baca blog Fiza ni excited sungguh saya. Ye lah jumpa orang kampung, walaupun tak berkenalan dari kampung mana. Hahaha. Tapi jarang jumpa blogger Sarawakian ni tu yang excited tu.

Sesiapa lagi yang nak join, jom la. Kita kenal-kenal geng blogger yang lain. T&C nya senang jer. Klik sini untuk join k.





17/04/2019

Bloghopping dan jumpa blogger aktif

April 17, 2019 2 Komen
Hari ni macam free sikit so banyaklah post ari ni. Ada yang dah draf tapi ari ni baru siapkan dan publish. Hahahaha.

Dan tetiba rajin nak bloghopping, excited tau jumpa blog yang updated. At least takdelah nak baca status FB orang jek. So iols pun join jugak lah segmen bloglist Shu ni.



Lagipun syaratnya senang jer:

Terma & Syarat :
1. Follow blog Shuhaida Saad ni.
2. Komen bersama link blog korang.
3. Entri nak buat atau tak, terserah.
4. Tunggu shu update dan masukkan dalam list shu.
5. Done.


Tarikh Tamat :
18-Apr-2019 (8.30 malam)


Tengok tarikh tamat, oh sempat lagi. So selamat berkenalan kepada blogger Shu.